Mencapai beberapa helaian tisu. Hingus mula mengalir.
Ahh ahhcum!
"Ya Allah tak selesanya"
Mesti akibat semalam, mandi tengah malam tidak menggunakan heater. Lepas tu bila subuh badan menggigil, tekak pula rasa tidak selesa dan sekarang selsema.
Suara dah macam penyanyi rock pun ada.
Unknown number is calling...
Aku mencapai telefon bimbitku.
"Siapa pula ni?"
Aku menjawab panggilan lalu skrin telefon ditekap ke telinga.
"Hello?"
"Assalammualaikum?"
"Waalaikumsalam. Siapa ni?"
"Saya Adam, your future husband"
Garaunya suara.
Ni ke anak kawan mummy? Adam? Sama pula dengan nama Azeed.
"Owh awak anak kawan mummy saya ke? Yang pinang saya sebulan yang lalu"
"Ya saya. Saya call awak ni sebab nak berkenalan dengan awak"
"Owh... Nama saya Mun..."
Aku hendak bersin tapi tidak jadi. Hish!
"Nama awak Mun?"
"Ya panggil saya Mun je"
"Okay, awak sibuk ke sekarang ni?"
"Eh tak saya kat rumah, saya cuti hari ni"
"Awak tak sihat ke?"
"Ya tak sihat sikit"
"Owh..."
Eh dia tak tanya pun aku dah minum ubat ke belum? Dah pergi klinik ke...
"Saya nak tanya awak, jujur. Awak terpaksa ke setuju dengan lamaran ayah awak kat saya?"
"Dia tak paksa saya pun, saya sendiri yang setuju"
"Bukan apa sebab saya takut awak dah ada girlfreind. Saya tak nak jadi penghalang"
"Saya takda girlfreind lagi pun, saya single"
"Owh same"
Tapi tak available.
"Boleh kita jumpa?"
Alamak dia nak jumpa aku? Hish awalnya!
"Kenapa awak nak jumpa saya?"
"Saya nak tengok awaklah, nak berkenalan dengan awak. Kitakan tak lama lagi akan berkahwin"
"Owh macam tu... Boleh tapi saya tengah sibuk takda masa nak keluar. Saya ada banyak kerja"
"Takpa kalau awak dah free call saya, kita jumpa"
"Okay awak"
"Mun, saya kena pergi sebab ada kerja nanti kita borak lagi"
Mun? Kelakarnya.
"Owh okay Adam. Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"
Ahcum!
"Aduhhh gatalnya hidung"
Aku turun untuk cari mummy.
"Mummy? Where are you?"
"Kat dapur ni!"
Aku melangkah ke dapur. Mummy tengah sibuk kupas kulit bawang. Mak? Tak nampak mungkin dalam bilik.
"Kenapa cari mummy ni? Kan tak sihat"
"Dah sihat sikit tadi anak kawan mummy call Nur"
"Dia dah call? So apa dia cakap?"
"Dia perkenalkan diri, nama dia Adam. Dan dia nak jumpa Nur"
"Eloklah tu, pergilah jumpa dia"
"Nur tak ready, tak tahu nak hadap dia macam mana"
"Apa pulak? Jumpa dia, duduk minum-minum lepas tu boraklah pasal diri masing-masing"
Aku mengangguk tanda faham.
"Insyallah nanti Nur call dia"
"Jangan lambat-lambat"
"Okay mummy. Mummy ada gambar dia kan?"
"Ada tapi tak perlulah Nur nak tengok. Nanti korang akan jumpa juga"
"Alah bagilah Nur tengok"
"Yelah tapi lepas mummy masak"
"Okay. Mummy masak apa?"
"Gulai nangka"
"Hmm kecur air liur. Mak mana ni?"
"Mummy suruh mak rehat, hari ni mummy masak"
"Okay Nur nak tolong"
"Boleh tapi jangan bersin pulak kat tercemar makanan"
"Mummy ni!"
Mummy ketawa.
*****
"Mummy cepatlah"
"Nak apa?"
"Tengok gambar Adamlah. Mummy dah janjikan tadi?"
"Kena ke Nur tengok?"
"Mestilah! Nur nak tengok wajah dia mungkin Nur boleh tafsir dia jenis yang macam mana"
Mummy buat muka berfikir.
"Mummy? Please"
"Nur tengoklah sendiri masa korang dah jumpa, baru suprise"
"Eh takdah macam tu mummy, nanti Nur pengsan masa jumpa dia hah macam mana? Dibuatnya Nur terkejut tengok dia, kan buat malu"
Mummy ketawa.
"Yelah mummy nak ambil telefon kat atas jap"
"Okay cepat tau mummy"
Aku menunggu mummy turun semula dengan debaran.
Macam manalah rupa Adam yang call aku tadi tu?Mummy cakap Adam tu hansome dan aku pasti tertarik. Hmmm....
Mummy mengambil tempat duduk di sebelahku dan membuka telefon bimbitnya.
"Cepatlah mummy"
"Sabarlah, mummy tengah cari ni"
Aku melihat mummy, menunggu.
"Okay nah ni lah Adam"
Mummy menghulurkan telefonnya. Dan aku menyambut tanpa melihat telefon tersebut.
"Tengoklah"
Mummy senyum. Senyuman tu lain macam, ada sesuatu.
Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan.
Aku perlahan-lahan tunduk melihat telefon mummy.
"Ini ke Adam yang pinang Nur mummy?"
Aku melihat gambar itu dengan perasaan yang terkejut. Sangat!
"Yes. Why? Tak suka?"
"Tolong rahsiakan pasal diri Nur kat dia mummy"
Adam...
🌼🌼🌼
Hehehe tak lama lagi cerita ni akan dihabiskn sbb idea dah cetek sgt dah ni
YOU ARE READING
TAKDIR KITA✔
RomanceMengisahkan dua jiwa yang saling mencintai sejak zaman dibangku sekolah sehingga ke zaman universiti. Halangan orang tua menyebabkan mereka terpaksa berpisah dan Nur membawa diri ke negara Eropah untuk melupakan jejaka yang begitu dia kasihi. Masa m...