BAB 47

4.6K 85 1
                                    

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Azeed berwalikan Pak usu.

Mummy pantas mendakapku erat.

"Selamat pengantin baru sayang, jadi isteri yang solehah dan korang berdua kekal hingga ke jannah", ucap mummy.

"Terima kasih mummy"

Kolam mataku terasa panas dan mengeluarkan cecair, ya aku menangis. Menangis bahagia akhirnya aku dan Azeed berjaya disatukan dalam ikatan halal ini.

Selesai menunaikan solat sunat, Azeed melangkah ke arah aku yang duduk di atas pelamin dengan baju serba putih.

Upacara pembatalan air sembahyang dimulakan dengan penyarungan cincin nikah ke jari manis ku dan begitu juga sebaliknya aku menyarungkan cincin silver ke jari manis Azeed.

Klik! Klik!

Jurugambar yang disewa oleh mummy sentiasa menjalankan tugas.

Pernikahanku hari ini majlisnya tertutup, hanya kaum keluarga saja yang ada. Rakan bussines dan wartawan tidak dijemput hadir atas kehendakku.

"Salam tangan suami tu", tegur mummy yang duduk menemaniku.

Aku tersentak, mengelamun tadi sebab terlampau layan perasaan.

Aku tersenyum lalu mencapai tangan Azeed yang dia hulurkan dan aku tunduk mencium. Dia meletakkan tangan kirinya di atas kepalaku dan mulutnya membaca doa, aku pun tidak pasti doa apa.

Sekarang giliranku pula, bibirnya menyentuh kulit dahi bersihku. Lama.

"Terima kasih terima abang", ucapnya selepas melepaskan kucupan didahiku.

Aku membalas dengan senyuman.

Kami pun duduk bersanding seketika dan menjamu selera bersama tetamu yang hadir.

Majlis beransur tamat dan Azeed pulang ke rumahnya sebab esok hari persandingan kami lagi di hotel.

"Abang balik dulu"

"Abang?", usikku.

"Yes abang. No more I you and now just abang, honey"

Aku tersenyum.

"Baiklah abang", aku tekan perkataan abang.

"Malas abang nak balik, nak lama-lama lagi dengan Nur"

"Hish tak menyempatlah abang ni. Esokkan kita jumpa lagi"

"Gurau je. Abang nak balik nanti abang call Nur"

"Okay bye"

Tangannya dihulurkan.

"Owh ya lupa pula"

Aku pantas tunduk menyalam tangannya. Kali kedua aku sentuh tangannya setelah aku kenal dia bertahun lamanya.

"Papa balik dulu", pamit Tan Sri Iskandar.

"Okay pa", tangannya aku salam hormat.

"Jangan sedih pula, papa bawa Adam balik hari ni"

Aku tersengih. Malu pula.

"Saya tak kisah, asalkan dia balik rumah papa je bukan balik rumah orang lain", jawabku dengan usikan sambil menjeling Azeed.

Tan Sri Iskandar ketawa.

Azeed memandang aku dengan pandangan yang seolah-olah bagi amaran 'siap kau!'

Opsss! Aku berhenti ketawa.

"Yelah, kami balik dulu"

"Baik pa, hati-hati"

TAKDIR KITA✔Where stories live. Discover now