Bagi Hero, seorang hero bermaksud berani menanggung risiko, lasak, kental, keras ‘pedal’ dan kadang-kadang gila. Macam dia. Zero pula maksudnya berada di zon selamat, iaitu menjalani hidup tanpa risiko dan cabaran. Macam budak baik dan skema yang terlalu banyak berfikir… membosankan.
Bagi Fatiha pula, hero maksudnya lelaki yang baik, penuh dengan kasih sayang, yang boleh melindung perempuan dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Berbeza dengan definisi zero baginya. Lelaki zero itu adalah seorang lelaki seperti Hero. Tahu buat masalah saja dan tiada masa depan.
Masing-masing sibuk mempamerkan prinsip Hero-Zero mereka. Fatiha dengan pendiriannya. Hero yang nakal dengan pendiriannya.
Prinsip Hero-Zero siapa yang betul sebenarnya?
YOU ARE READING
Oh, Boy!
FanfictionNovel ini telahpun dibukukan. Di bawah penerbitan Love Novel Publication. Boleh cari di mana-mana kedai buku. Stok tiada pada saya. Sinopsis novel ada di dalam. Jemput baca. 🚫 Dilarang plagiat