Bab 13

108 4 0
                                    

FATIHA di dalam bilik termenung. Apa yang Hero suka sangat dekat dia? Pada mulanya, dia merasakan yang Hero tu sekadar main-main nak menyakat dia. Biasalah orang nakal. Tapi makin lama dia berhadapan dengan Hero, dia mula rasa yang Hero benar-benar ingin memenangi hati dia.

Dia teringat pada renungan Hero. Kadang-kadang, sambil berbual dengan Izzul, Hero curi pandang pada dia. Kalau dulu dia tak selesa sebab dia rasa macam dicabul oleh mata lelaki nakal itu, sekarang dia mula rasa tak selesa sebab renungan itu mendebarkan dia.

Sudahlah Hero meminta nombor telefon dia berkali-kali. Memang dia takkan bagi! Dia tahu nasibnya nanti kalau dia beri nombor telefon dia kepada lelaki itu. Mesti hidup dia akan dikacau selama 24 jam sehari. Ngeri!

“Kenapa dia suka sangat dekat aku?” soal Fatiha sendiri. Bukan sekali Hero mengaku yang Hero sukakan dia. Dah banyak kali sampai dia naik seram mendengarnya.

Izzul kata, Hero mula bekerja sebab sibuk nak serius dalam hidupnya. Izzul ada beritahu dia yang Hero tanya dia tentang harga hantaran dia. Kalau dah sampai ke tahap hantaran tu, seriuslah agaknya.

“Tidur, Ti’ah.” Tiba-tiba cermin tingkap biliknya diketuk dari luar. Mujurlah terlindung dek langsir.

“Hish dia ni!” marah Fatiha. Terkejut dia dibuatnya. Dia dengar suara Hero ketawa di sebalik tingkap itu.

Hero di luar tersenyum-senyum. Dapat dengar suara Fatiha pun bukan main kembang lagi hati dia. Bukan niatnya nak terkejutkan Fatiha. Tapi dia nampak tingkap bilik gadis itu bercahaya. Mesti tak tidur lagi. Dah lewat malam ni. Izzul pun dah masuk rumah.

“Abang nak balik dah.” Hero meminta diri seolah-olah mereka itu pasangan kekasih.

Izzul mesti dah masuk rumah ni kalau Hero minta diri nak balik. Fikir Fatiha. Sekarang, itu saja cara Izzul nak ‘halau’ Hero balik. Jenis Hero ni, dia suka melepak lama-lama. Izzul pula, jenis cepat penat. Asyik nak tidur saja.

“Pergi ajelah! Orang lagi suka.” Jawab Fatiha penuh angkuh.

“Bye sayang. Muahhh! Sweet dreams. Mimpikan abang.” Boleh Fatiha bayangkan mulut Hero memuncung ketika ‘memuahkan’ dia. Euw! Hero selalu buat perut dia sebu.

“Allah.” Fatiha mendengus.

Love you shioooo much!” sempat lagi dia buat suara tak matangnya itu. Fatiha pejam mata dan gelengkan kepala. Entah betul entahkan tidak yang Hero itu serius dengannya? Macam mana dia nak bezakan kalau dah memang begitu perangai Hero?

“Balaslah balik.” Hero masih tunggu di luar.

“Nak balas apa? I hate you?” soal Fatiha geram.

“Tak nak ke pesan hati-hati di jalan raya ke apa ke?” Hero masih menanti.

“Saya nak awak balik. Tu aje. Dah, jangan nak membising kat sini. Pergi balik!” Fatiha menghalau.
Senyap.

Fatiha mendekatkan telinganya ke tingkap. Senyap juga.
Vroom! Bunyi enjin motor dihidupkan. Fatiha telan liur. Lama-kelamaan bunyi enjin motor itu semakin menjauh.
Macam itu aje?



“MUNCET…” panggil Fatiha perlahan. Baru dia tersedar yang Muncet ada di luar tadi dengan Hero. Semenjak dua menjak ini semakin rajin Muncet duduk dekat dengan Hero. Mentanglah kulit Muncet dah elok. Hero pula bukan main rajin lagi bersihkan telinga Muncet semalam.

Laju kakinya melangkah keluar.

“Muncet…” panggilnya lebih kuat. Di luar rumahnya tiada Muncet. Laju kakinya melangkah ke dapur. Tiada. Dia terjah ke dalam bilik Izzul. Izzul yang baru nak terlelap itu terkejut.

“Wehhh! Terkejut aku!” dada diusap. Mujurlah dia tak buat kerja yang tak bertamadun. Kalau tidak, memang malu teruk dia. Pengajaran! Lain kali, nak tidur kena kunci pintu.

“Kucing aku mana?” soal Fatiha dengan riak risaunya.

“Tadi dengan Hero.” Jawab Izzul.

“Hero dah balik!” Fatiha tiba-tiba macam nak terkena histeria kerana kehilangan kucingnya.

“Mana aku tau? Cari dah kat luar?”

“Dah, takde!” Fatiha menghentak-hentak kakinya. Bila-bila masa saja dia akan menangis. Menyesal pula dia tak kurung Muncet di dalam biliknya.

“Janganlah menangis. Kejap… cari dulu kat bilik mak.” Izzul bangkit, membantu Fatiha mencari kucingnya. Kalau ikutkan, dia lagi suka bila kucing tersebut tiada. Dia memang tak sukakan kucing langsung! Tahi busuk! Berbulu-bulu sampai terbersin orang dibuatnya. Lepas tu berkutu… lagi? Tahu nak menggesel saja.

“Bilik mak tutup rapat. Macam mana Muncet nak masuk?” Kening Fatiha berkerut kerisauan. Air mata dah jatuh setitis.

“Call Hero. Dialah tu bawak balik…” Izzul berkata. Takkanlah Muncet boleh hilang macam tu aje? Mesti Hero bawa pulang. Muncet memang selalu nak ikut Hero pun.

“Takkanlah?” Hero itukan naik motor? Mana mungkin dia bawa Muncet naik motor sekali? Sejuklah Muncet! Tapi, Hero tu bukannya betul sangat…

“Call laaa.” Izzul dah malas nak melayan. Sebab kucing aje pun. Bazir masa dia.

“Aku mana ada nombor dia. Kaulah call!” Rengus Fatiha.

“Aku mana ada kredit? Ambik nombor dia. Save ni cepat. Aku nak tidur. Mengantuk ni…” Izzul menyerahkan telefonnya kepada Fatiha.

Lama-kelamaan dia tersedar sendiri. Kepala digeleng-gelengkan tak percaya dengan kelicikan Hero. Sah! Kucing tu ada pada Hero. Baru-baru ini Hero ada kata nak guna cara ‘kotor’ nak dapatkan nombor telefon Fatiha. Kebetulan tadi, dia mengadu kreditnya dah tamat tempoh. Panjang akal sungguh Hero ni.

‘Kau memang pengganti Ali Setanlah, bro.’ bisik hati Izzul. Sebenarnya, dia kagum dengan pemikiran Hero. Tak tercapai dek akal.

“Yelah…” Fatiha yang tiada sebarang syak mengenai hal itu terus mendail nombor telefon Hero.

Oh, Boy!Where stories live. Discover now