“AIK! TI’AH datang lagi???” Hero buat-buat terkejut sedangkan inilah waktu yang paling dia nanti-nantikan. Waktu Fatiha balik dari kerja. Izzul, awal-awal lagi dah bersiap sedia dengan alasan sibuk di stor dia tu untuk mengelak dari bertembung dengan adiknya.
“Cepatlah, isi bakinya.” Fatiha bercakap tanpa memandang muka Hero di sisinya yang sudah terjengul di tingkap keretanya.
“Berapa?” Hero menyoal dengan senyuman nakal.
“Empat puluh kan?” soal Fatiha geram. Kad Petron dihulurkan. Hero menyambut dengan senyuman. Sempat dia panjangkan tangan dia untuk menyentuh kekura tangan Fatiha. Gatal!
“Ish dia ni!” Fatiha menarik tangannya. Nakal sungguhlah Hero ni… nakal dan gatal.
“Hari ni lagu Europe pulak dia layan. Jiwa rock Ti’ah ni…” perasan aje dia… bisik hati Fatiha. Diperlahankan lagu radionya. Tak nak dengar nyanyian karut Hero lagi. Boleh pekak telinganya kalau dengar suara itu setiap hari.
Memang dia sukakan lagu rock lama. Tak salah sepatutnya.
“Tunggu ya, sayang.” Hero pergi ke kaunter. Baki duit Fatiha semalam hanya dibawa RM10. Besok dia bawa lagi RM10 sampailah RM40 tu habis digunakan nanti. Dia memang nak catu minyak kereta Fatiha. Biar padan dengan muka. Jual mahal sangat.
Lagi Fatiha nak mengelak dari dia, lagi dia akan buat Fatiha serabut dengan dia.
“Kenapa sepuluh lagi?” rungut Fatiha apabila angka pada pam itu menunjukkan 10.00. Memang tak berjaya dia nak lepaskan diri dari Hero nampak gayanya.
“Banyak tu je duit abang bawa. Besok datang lagi ye, sayang?” Hero tersenyum nakal.
“Awak tipu kan?” soal Fatiha tak boleh terima.
“Tak. Sungguh ni… tengok?” Hero keluarkan poket seluarnya. Kemudian, poket bajunya juga ditayang kepada Fatiha. Tak cukup dengan itu, dompetnya dibuka. Adalah tiga empat helai duit RM1.
Harap aje muka handsome, duit banyak itu aje dekat dalam dompet? Memalukan! Kutuk Fatiha di dalam hati. Entah-entah tiga empat keping duit RM1 itu pun baki dari duit dia semalam. Dasar Hero zero!
“Awak ni macam… eeee…” Fatiha genggam stereng. Rasa nak bubuh penampar dekat pipi Hero. Perangai macam unta! Dia yakin yang duit bakinya semalam sudah habis ‘dimamah’ Hero.
“Besok bawak 30. Kalau awak guna duit tu memang siaplah!” marah Fatiha. Hero hanya sengih. Dalam hati menjawab, ‘jangan harap aku nak bawak semua!’.
“Take care. Pandu elok-elok, Ti’ah.” Hero melambai. Fatiha pula naikkan penumbuk. Hero tergelak kecil. Dia dapat rasa ada ‘chemistry’ dalam hubungan mereka. Kimia yang kalau digabungkan, pasti meletup satu makmal. Tak apalah… meletup pun meletuplah. Dia tak kisah.
FATIHA masih lagi menyeranah. Tak sangka yang Hero berani berbuat begitu padanya. Mujur juga Hero tak cakap yang duitnya sudah habis dibelanjakan. Kalau habis, entah macam manalah dia nak berhadapan dengan lelaki itu lagi. Ya, RM40 bukannya banyak sangat pun bagi sesetengah orang. Dan dia pun tak rasa jumlah tu besar sangat.
Cuma, kalau Hero yang habiskan, dia rasa ralat sangat! Tentu lelaki itu habiskan untuk tujuan yang tak berfaedah. Bukannya boleh percaya si Hero tu. Kerana geram, dia bertindak menguatkan nada lagu yang didengarnya. Daripada volume 9, dipulas menjadi 15. Lagu kegemaran dia sedang berkumandang. Smoke On The Water.
Tapi kenapa dia terbayangkan muka Hero sewaktu lelaki itu bergari dan berjalan menghampirinya dulu? Lagi itu diperlahankan semula.
“Benci aku!” cemuhnya sendiri. Mata kalih pada radio, cuba alih lagu lain. Sekarang, lagu itu bukan kegemaran dia dah. Lagu Soldier Fortune berkumandang. Dia memandang ke depan semula.
Automatik kaki menekan brek sekuat hati. Mata memandang ke cermin pandang belakang. Clear! Mujurlah dekat Berembang itu tiada kenderaan sangat yang lalu lalang. Dia menekan brek mengejut hanya disebabkan seekor kucing yang duduk di tengah jalan. Fatiha menghentikan keretanya ke bahu jalan.
Dia turun dan berjalan ke arah kucing itu.
“Hai, meow… what are you doing here?” soalnya dengan suara halus. Itulah tabiatnya setiap kali dia ternampak kucing. Mesti nak bercakap dengan kucing.
Kucing itu menggesel-geselkan badan di kakinya. Fatiha pandang ke kiri dan ke kanan. Kucing itu didukung dan dia berdiri di tepi jalan.
“Mana tuan awak ni?” soalnya sampai memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada rumah di situ. Melihat keadaan kucing itu, dia yakin kucing itu tak bertuan. Lihatlah betapa tak terurusnya kucing tersebut? Mesti baru lepas kena buang.
“Kesiannya awak. Ikut akak balik nak?”
YOU ARE READING
Oh, Boy!
FanfictionNovel ini telahpun dibukukan. Di bawah penerbitan Love Novel Publication. Boleh cari di mana-mana kedai buku. Stok tiada pada saya. Sinopsis novel ada di dalam. Jemput baca. 🚫 Dilarang plagiat