Bab 2

181 7 0
                                    

LELAKI itu melangkah ke arahnya dengan langkah malas. Senyuman nakalnya sudah terbit. Dari gayanya, memang semua orang akan cap yang dia itu seorang bad boy. Berbaju t pagoda putih yang berleher luas. Tak dimasukkan habis ke dalam seluar jeans lusuhnya yang terkoyak-koyak. Rambut serabai. Pencungkil gigi, entah dari mana dia dapat itu digigit-gigit. Jambang yang mungkin lewat cukur dalam masa kurang seminggu kelihatan meliar di pipinya.

Fatiha berundur setapak demi setapak. Takut juga dia. Senyuman lelaki itu semakin melebar. Pencungkil gigi diludah ke tanah. Dah macam hero filem tamil pula lagaknya. Siap dengan angin sepoi-sepoi lagi mengibas rambutnya yang agak panjang itu. Kedua belah tangan masih digari di depan. Lengannya ditarik oleh seorang polis yang kelihatan lebih tua daripadanya.

Tapi kaki dia tetap juga melangkah ke arah Fatiha. Berdegil, menongkah arus. Kalau ada rentak yang mengiringi langkah lelaki itu sekarang, Fatiha rasa mungkin rentak awal lagu rock Smoke On The Water sesuai dengan situasi ini. Ish! Tak pasal-pasal bulu romanya meremang.

Kenapalah dalam situasi sekarang, dia dapat rasakan yang lelaki itu kelihatan seksi? Seksi kepala otak kau, Ti'ah! Seksa tu…

“Sinilah!” suara polis pengiring itu mengembalikan Fatiha ke dalam realiti. Polis pengiring itu menarik lengan banduannya namun ditepis kasar oleh lelaki itu dengan sikunya.
Hero, dia nak bercakap dengan gadis tadi. Tiada sesiapa yang boleh menghalang keinginannya. Walaupun dalam keadaan bergari. Ini sahaja peluangnya untuk bertentang mata dengan gadis cantik tadi. Mungkin ianya hanya kebetulan tetapi hati Hero kuat merasakan yang gadis ini jodohnya!

“Ish! Tepilah kau, sibuk aje!” marah lelaki itu pada polis pengiringnya. Fatiha menggeleng-gelengkan kepala dengan tahap biadap lelaki itu. Memang teruk sangat perangainya!

“Hai... kuat jodoh kita.” Tegur lelaki itu apabila mereka bertentangan.

“Euuu, please.” Ter…keluar pula perkataan itu dari mulutnya. Fikirnya, dia hanya akan mendiamkan diri dan berpura-pura bisu di hadapan lelaki tak bermoral itu. Atau berpura-pura cacat ke? Polis pengiring lelaki itu tadi tergelak dengan reaksi spontan Fatiha.

Hero menjeling Anwar. Geram bila diketawakan.

“Eleh, jual mahal… mujur lawa…” Hero  tersengih macam kerang busuk. Dipandang gadis cantik itu dari atas ke bawah. Betul-betul lawa.

“Tepilah! Orang nak lalu!” marah Fatiha bila rasa tak selesa dipandang sebegitu. Lelaki itu menghalang langkahnya. Kalau dia ke kiri, lelaki itu turut ke kiri. Begitu juga dengan sebaliknya. Sengaja tak nak bagi dia laluan.

“Tepilah!” jerkah Fatiha.

“Mak aih!” Hero terkejut dengan jerkahan itu. Tak sangka langsung dia. Nampak aje sopan-santun. Sekali terkeluar suara raksasa dia, haaa! Ambik kau. 

‘Garangnya cik adik manis ni…’

“Sayangnya. Muka lawa… tapi…” tak sempat dia nak habiskan ayat, seseorang sudah menyampuk.

“Mana kroni-kroni Hero? Alah! Tak syoklah kena tangkap sorang-sorang! Kosonglah trak tu.” sindir satu suara. Fatiha berpaling. Terkejutnya dia melihat Inspektor Ismail tadi menegur lelaki itu. Hero? Siapa? Takkanlah ini…

“Oh, boy…” macam betul aje tekaan dia.

‘Sungguh ni? Kenapa rupa diaorang tak ada ‘match’ langsung?’ gumam Fatiha di dalam hati.

“Bah. You miss me?”  soal Hero kepada ayahnya. Nak gugur jantung Fatiha dengan ‘kebetulan’ itu. Tumpuan Hero beralih kepada ayahnya, manakala Fatiha kekok sendiri di tengah-tengah. Oh, jadi dialah ‘anak setan’ yang Tuan Ismail ceritakan tadi?

“Macam mana boleh kena tangkap sorang-sorang aje ni?” soal Ismail lagi.

“Dia seorang je yang bersantai dekat situ. Siap nyalakan rokok lagi, macam ternanti-nanti bila nak ditangkap. Yang lain cabut lari tak sempat nak kejar. Rasanya ada spy beritahu diaorang kut.” Anwar bersuara bagi pihak Hero.

“Kenapa tak lari sekali?” soal Ismail kepada anaknya. Dia geleng kepala. Dah ada peluang, dia tak lari pula.

“Allah, Bah… nak lari buat apa? Diaorang dah kenal muka aku. Bazir tenaga je kalau lari pun. Biarlah. Dah dua bulan aku tak naik trak tu. Rindu.” Macam tak serius saja jawapannya.
Sebenarnya, dia sibuk mengutip duit hasil menang judi tadi. Bila dia hampir sampai ke motornya untuk melarikan diri tadi, polis pula dah sampai. Dah alang-alang polis tengok muka dia, biarlah. Malas nak lari, jadi dia relakan saja. Hari itu dia menang besar, jadinya mood dia agak baik.
Bila mood dia baik, dia rasa nak bertegur sapa dengan pihak polis yang menyerbu tempat mereka berjudi itu. Tapi sayang, habis wang yang disorokkan di bawah seat motor dirampas sama. Ingatkan ada canlah dia nak sorok-sorok sikit.

“Rindu kepala otak dia.” Tak sangka Fatiha termenyampuk. Geram dengan cara lelaki itu menjawab soalan ayahnya. Sambil lewa betul. Macam tak ambil serius langsung dalam setiap perkara dalam hidupnya. Memang Fatiha cukup menyampah dengan lelaki begini. Tak ada tanggung jawab dan tak ada masa depan.

“Eh, awak. Lupa ada awak. Bah, aku kenalkan… girlfriend aku. Nama dia… kejap, nama awak apa ya, sayang?” Hero angkat kening. Terlupa yang dia masih belum berkenalan dengan gadis di hadapannya itu.

“Eeeuuuu.” Sekali lagi Fatiha buat muka meluat. Geli sungguh dia dengan lelaki itu. Lantaklah anak inspektor ke, anak doktor ke atau anak gajah sekalipun. Dia tak suka!

“Jangan eeuuu sangat, yang. Nanti kita naik pelamin sekali, tau?” giat Hero.
Fatiha rasa nak termuntah sangat. Kenapalah dia tak lari saja tadi? Kan dah terperangkap di tengah-tengah? Inilah kali pertama dia tengok seorang lelaki mengurat dia di depan abahnya. Sudahlah lelaki itu ditangkap oleh orang bawahan abahnya. Gila!
Kalau hantar cerita ni dekat Ripley’s Believe It Or Not pun rancangan tu sanggup beli dengan harga satu juta!

“Hero…” tegur Ismail. Malu dia pada gadis itu dengan perangai tak matang anaknya.

“Oh sorry. Where’s my manner, kan? Nama saya, Hero. Nama sebenar Hairul Azam bin Rashid. Ini abah saya. Tuan Ismail yang gagah perkasa, handsome sentiasa. Yang baik hati…” Hero memperkenalkan diri sambil memuji bapanya melambung-lambung. Saja nak bodek.

“Hero, stop it. Abah tak nak dengar.” Ismail angkat tapak tangannya. Tahu sangat dah cara Hero membodek. 
Kening Fatiha berkerut. Abah? Ismail. Tapi kenapa berbinkan Rashid? Anak luar nikah ke? Atau anak pungut? Kemudian Fatiha terangguk-angguk sendiri. Faham. Patutlah perangai macam malaun sikit. Kurang kasih-sayang.

“Abah tiri saya ni, sayang.” Gulp! Tiba-tiba dia rasa bersalah sebab dah fikir yang bukan-bukan.

“Tak tanya pun.” Fatiha mencemik. Hero merapati Fatiha sehingga bahu mereka berlaga. Fatiha ketap bibir. Takut diapa-apakan walaupun lelaki itu bergari. Tapi kenapa dia tak boleh bernafas normal pulak ni?
Lelaki itu tak berbau busuk macam orang mabuk pun. Wangi gila. Macam bau perfume Paco Rabbane, Invictus. Sekejap saja dia boleh cam bau lelaki itu sebab dulu dia pernah bekerja di Sephora ketika di KL. Dari segi pemilihan perfume, lelaki ini nampak macam normal. 

“Muka awak nak tahu sangat tu, sayang.” Hero berbisik di sebelah telinganya. Siap dengan pakej kucup cuping telinga dia lagi. Mata Fatiha membesar dengan jayanya! Merinding bulu romanya dikerjakan lelaki itu.

“Argh!” Fatiha terjerit, serentak itu tangannya naik ke pipi lelaki itu. Pang! Dia rasa nak samak di situ juga!
Hero hanya tersenyum walaupun dilempang gadis itu. Lempang manja… bisik hatinya.

Senyuman nakalnya itu yang menambahkan rasa bengang Fatiha. Kenapa dia tak sepak aje anu lelaki itu? Berani Hero mencabul dia! Tanpa sedar, air matanya bertakung. Dia takut.

“Gila seks punya lelaki!” Kalau Izzul ada ni, memang pecah muka lelaki itu! Dia tak hairan kalau terpaksa ikat jamin Izzul untuk sekali lagi. Menyesal dia tak tunggu Izzul dulu tadi. 

“Hero!” jerkah Ismail. Serentak itu telinga Hero dipiat-piat oleh si abahnya macam budak kecil. Hero mengaduh kesakitan. Tiada apa yang dia boleh buat dengan tangan bergari itu melainkan terima dengan hati yang tertutup.

“Mintak maaf sekarang!” Ismail nampak garang sungguh. Hero tergelak saja apabila dimarah. Lucu. Ismail tak sesuai jadi garang begitu. Nampak macam kartun!

“Kenapa? Aku tak buat salah pun…” selamba badak sahaja jawapan yang diberi. Terjegil mata Fatiha dibuatnya. Tak buat salah? Habis tadi tu apa?

“Boleh tanya kenapa? Mintak maaf sekarang!” gigi Ismail sudah terkacip geram. Hero menahan dirinya dari ketawa. Apa abahnya ingat, dengan meminta maaf, semua akan kembali kepada sedia kala?

“Okey, sorry.”

“Cakaplah betul-betul!” Ismail mendesak.

“Mintak maaf sebab dah cium kat tempat yang salah. Next time, tepat dekat sini.” Hero naikkan telunjuknya lantas ditekan ke bibirnya. Kemudian dia gelak nakal. 

“Hero!” serentak itu kepalanya diluku Ismail. Keletuk! Muka Ismail sudah merah menyala. Hero ketap bibirnya. Alamak. Cari bala betul dia sebab ambil mudah apa yang bapanya suruh.

“Dah, Nuar, tolong bawak dia masuk sebelum aku yang duduk sebelah dia kat dalam lokap.” Arah Ismail. Bengang dengan anaknya yang tak pernah serius itu. Anwar mengheret Hero masuk.

Fatiha terpinga-pinga. Apa yang dia dah saksikan ni? Mimpi ke realiti? Ada ke orang seberani Hero? Ish! Tak masuk akal.

“Bukalah dulu gari ni… aku nak mintak nombor dia.” Hero meronta-ronta.

“Takde, takde. Mati hidup semula pun dia takkan bagi. Takde sesiapa nakkan orang perangai buruk macam kau.” Anwar mengutuk selamba lantas diheret Hero ke dalam balai. Ismail menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tunduk, picit dahi. Pening kepala dia dengan perangai anak terunanya yang itu.

“Maafkan anak saya ya? Nakal sangat. Sebelum ni dia tak pernah buat perangai pervert dia tu. Maaf sangat-sangat ya?” Ismail serba-salah. Kesiannya dia pada gadis itu. Tentu trauma.

Gadis tadi tiba-tiba mengalirkan air mata. Malu sebenarnya dengan lelaki tua itu. Dia dikucup di khalayak ramai. Berani betul Hero! Trauma dia dibuatnya.

“Aduh, apa aku nak buat ni?” Ismail garu kening. Kelam-kabut sebaik sahaja tengok hidung kecil gadis di hadapannya itu mula memerah dan kembang-kuncup.

Fatiha tak mampu bersuara. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya saja. Tak terluah untuk dia bersuara. Fatiha mengesat air matanya sebelum berlalu meninggalkan Ismail. Debaran di dada tak surut-surut.
Ismail terpinga-pinga.

“Hero…” gigi terkacip menyebut nama anaknya. Siaplah kejap lagi…

Oh, Boy!Where stories live. Discover now