Menapak Ke Surau

292 10 0
                                    

Jam menunjukkan tepat 6.00 pagi. Arif terus bangkit mencari kelibat ayah di rumah. Arif ingin memberitahu ayahnya beras di rumah telah habis. Tapi malangnya, ayahnya tidak pulang ke rumah.

Seperti biasa, ayahnya kerap tiada di rumah sehingga dua tiga hari. Tempat kerja ayahnya terlalu jauh untuk berulang alik setiap hari.

Arif yang baru berusia 12 tahun diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Adam yang baru berusia 8 tahun.

Mereka sarapan seperti biasa susu dan nestum yang masih berbaki di dapur.

Pulang dari sekolah, Arif mula buntu makanan apa yang perlu dihidangkan untuk adiknya yang sedang kelaparan.

Lama dia termenung, terlintas di fikiran "mungkinkah surau ada sediakan makanan? Selalu nampak di tv ada makan-makan di surau pada waktu malam". Getus hatinya.

"Dik, cepat siap. Jom ke surau."

"Surau? Jauh tu bang.. Dah la lapar.. Tak larat nak jalan."

"Nak lapar sampai esok ke? Nak makan jom ikut abang. Mana tahu kalau-kalau ada makanan kat surau tu."

Dengar sahaja makanan, laju adiknya bersiap. Longlai langkah mereka ke surau kerana kepenatan dan kelaparan. Tetapi mereka tetap teruskan dengan harapan ada makanan untuk perut yang minta diisi.

Alhamdulillah sampai sahaja di surau banyak makanan terhidang. Mereka solat isyak di sana dan bawa pulang berbungkus-bungkus makanan.

Rezeki untuk mereka. Mereka dapat tidur dengan perut terisi malam ini.

Seperti biasa, Arif mula mengarang diari kecil selepas Adam tertidur lena.

"Ibu.. Malam ini ayah tak pulang lagi..
Abang tak dapat beritahu ayah beras dah habis.
Abang tak sampai hati nak bagi adik minum air kosong lagi.
Alhamdulillah mungkin berkat doa ibu di alam sana..
Surau tadi ada banyak makanan.
Dapatlah abang dan adik makan dengan gembira tadi.
Terima kasih ibu kerana mendoakan kami.
Ibu..
Tolong doakan ayah balik ye malam ni..
Abang nak beritahu ayah..
Beras dah habis..
Kesian adik..
Adik kecik lagi..
Selalu mengadu lapar..
Ibu doakan ye.
Selamat malam ibu. "

===================
Tersentuh dengan kisah ini? Klik vote, komen, dan share untuk memberi sokongan kepada penulis 💕

TRAUMAWhere stories live. Discover now