Demam Panas

231 10 0
                                    

Arif bangun dengan lemah. Kepalanya rasa sangat berat. Bibirnya kering, lidahnya pahit. Perlahan dia menyentuh dahi dan lehernya sendiri. Sah, demam panas!

Arif menoleh ke arah adiknya. Rupanya adiknya juga demam panas. Menggigil kesejukan. Mengerekot kakinya sehingga ke dada. Mengalir air mata Adam menahan sakit.

Arif tidak tahu apa yang patut dilakukan. Ayahnya tiada. Telefon bimbit yang dibekalkan pun telah lama dirampas mak su.

Apabila ayahnya tanya kenapa tidak dapat dihubungi, dia jawab sudah tidur atau sedang dicas. Langsung tidak berani beritahu hal sebenar. Bimbang akan dirotan mak su.

Arif teringat ibunya. Dulu, setiap kali demam panas, pasti ibunya akan gaulkan air asam jawa di kepala dan tubuh mereka sehingga panas turun. Menitis air matanya merindui ibunya. Kini mereka demam tiada siapa yang ambil tahu. Pilu.

Melihat keadaan Adam, pantas Arif mengesat air matanya. Arif bangun dan ke dapur. Mujur ada lagi asam jawa. Dia ambil segenggam dan gaulkan dengan air.

"Dik, jap abang sapu kepala dan badan adik dengan air asam ya. Biar turun sikit panas."

Adam hanya membiarkan abangnya meramas air asam jawa di kepalanya. Sungguh dia tak larat untuk berkata-kata.

Selesai sapu ke adiknya, perlahan Arif sapu sendiri di kepala dan badannya.
Arif terus baring kerana kepala dia berat sangat. Tak larat tapi cuba bertahan.

Arif baring berendam air mata. Rindu yang tak tertahan pada ibunya.

"Ibu.. Kami diduga lagi.
Serentak demam panas tanpa ibu tanpa ayah.
Abang sakit sangat bu.
Adik pun dari tadi menggigil.
Abang rindu ibu.
Abang tak tahu dengan siapa mahu mengadu.
Abang tak tahu sampai bila boleh bertahan.
Ibu, doakanlah kami diberi kekuatan.
Abang tak larat.
Abang takut.
Abang dan adik sakit tapi tiada siapa peduli.
Sampai bila kami begini.
Ibu.. Doakanlah kami."

Arif bermonolog sendiri.

===================
Tersentuh dengan kisah ini? Klik vote, komen, dan share untuk memberi sokongan kepada penulis 💕

TRAUMAWhere stories live. Discover now