Van Sekolah

197 12 0
                                    

"Korang ni.. Bapak naik kereta mewah. Duit van pun tak mampu bayar. Nak naik bayar betul-betul. Kalau tak, ramai lagi budak lain nak naik van ni."

Abang Roy membebel lagi. Bising kerana sudah dua bulan sangkut duit van sekolah. Arif dan Adam hanya tertunduk malu. Hampir setiap hari pasti dengar bebelan itu.

Sampai sahaja di rumah, ada pula mak su di luar. Abang Roy jerit sahaja dari jauh. "Dik, ko pesan kat bapak budak-budak ni, ni bukan van kebajikan. Bayar tu cepat-cepat sikit. Ingat minyak free ke. Apa barang kereta mewah, bayar van pun tak mampu."

Kemudian, Abang Roy terus tekan minyak laju memecut. Muka mak su merah padam. Pasti jiran-jiran terdengar teguran yang memalukan itu." Malunya aku! Siap budak-budak ni aku kerjakan! " Getusnya.

" Arif, Adam cepat masuk. Apa terhegeh-hegeh sangat tu?"

Arif dan Adam mula ketakutan. Mereka tahu pasti akan dirotan.

Belum sempat mereka meletakkan beg sekolah, kedua-dua baju mereka telah direntap kasar. Mata mak su membuntang. Adam pejam erat mata ketakutan. Arif pucat lesi.

" Korang ni menyusahkan aku tahu tak? Korang punya pasal aku yang kena sembur. Aku yang tanggung malu!"

"Start esok jangan naik van tu lagi. Balik sekolah jalan kaki. Berani kau naik van tu lagi teruk aku kerjakan."

"Geramnya aku. Driver tu sesuka hati je jerit kat aku. Ingat aku ke yang beranakkan korang. Korang ni memang keturunan menyusahkan."

"Menangis je yang kau tahu. Yang malunya aku. Malu. Malu tahu tak!"

Jerkah mak su sambil rotan bertalu-talu Arif dan Adam. Tangisan mereka langsung tak dipeduli. Pedih. Perit yang tak tertanggung. Terasa bisa setiap libasan. Mak su libas sekuat hati melepaskan geram. Puas!

"Puas hati aku! Tak payah nak menangis sangat. Takde sape nak kesian. Pergi mandi sekarang! "

Arif dan Adam menggosok-gosok kaki yang dirotan bertubi-tubi. Perlahan mereka berjalan menahan kesakitan. Masih kedengaran tangisan perlahan mereka. Sungguh, sakitnya tidak terperi. Hingus dan air mata yang memenuhi wajah tidak dihiraukan kerana sakit itu lebih dari segalanya.

Melihat anak buahnya berlalu pergi, pantas sahaja dia telefon abangnya.

"Angah, tadi driver van beritahu tambang naik harga. Mahal sangat. Budak-budak ni pun asyik ponteng. Selalu lambat. Kadang-kadang je naik van tu. Tapi bayar sama je."

"Yeke.."

"Ye angah.. Kesian kat angah kena bayar mahal-mahal. Takpe lah angah, budak-budak ni tak payah naik van tu lagi, biar adik je yang ambil dorang balik sekolah. Takpe adik berkorban sikit untuk anak-anak buah adik. Bukan susah pun."

"Alhamdulillah.. Terima kasih banyak dik. Allah je mampu balas jasa dan pengorbanan adik jaga anak-anak angah selama ni."

"Takde ape pun angah. Darah daging adik jugak. Kesian dorang kecil-kecil lagi. Adik jelah tempat dorang nak tumpang kasih sayang. Oklah angah, adik nak masakkan untuk dorang ni. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam."

Arif yang terdengar perbualan telefon itu, hanya menahan rasa pilu. Berkecamuk hatinya.

"Ayah.. Ayah sanjung tinggi mak su.
Ayah harapkan mak su jaga abang dan adik.
Tapi ayah tak tahu apa yang kitorang hadap hari-hari.
Anak ayah ni terseksa. Bukan kasih sayang yang kami dapat. Tapi derita dan air mata.
Tapi abang tak mampu nak beritahu. Abang takut mak su lebih handal berkata-kata.
Ayah sayang sangat dekat mak su. Ayah terhutang budi.
Tapi hakikat yang terpendam jauh dari apa yang terzahir.
Anak ayah sekarang tengah sakit sangat. Kebas kaki kena libas ayah.
Bukan sekali, tapi tanpa henti.
Yang ayah tahu, kami ditatang dengan penuh kasih sayang.
Kami sakit. Sakit sangat. "

===================
Tersentuh dengan kisah ini? Klik vote, komen, dan share untuk memberi sokongan kepada penulis 💕

TRAUMAWhere stories live. Discover now