Baju Lusuh

229 10 0
                                    

"Alamak! Hari ni ada Spot check. Mesti kena tulis nama lagi." Keluh Arif sendirian.

Setiap kali pasti namanya ditulis gara-gara baju yang kotor dan tidak kemas. Yelah, itu sahaja satu-satunya baju yang dia ada. Isnin hingga jumaat itulah baju yang dia guna.

Basuh hanya seminggu sekali. Hari-hari akan ditabur bedak seluruh badan bagi menutup bau busuk bajunya yang tidak bercuci.

Ayahnya sibuk bekerja siang malam dan jarang balik. Tidak sempat pun untuk melihat makan pakai anak-anaknya.

Ayahnya hanya bergantung kepada mak su untuk uruskan anak-anaknya kerana rumahnya hanya sebelah lorong.

Malangnya, si ayah tidak sedar bahawa adik perempuannya itu sering kali memberi tekanan kepada anak-anaknya. Langsung tidak dipeduli. Tetapi depan abangnya, bagaikan sang pari-pari. Lembut tutur kata, manis senyumnya.

Sudah terbiasa, saban hari ke sekolah dengan baju kotor, stokin berlubang, kasut koyak, beg koyak, buku tidak lengkap.

Bukan guru tidak sedar akan pakaiannya, tetapi ramai guru pernah melihat ayahnya hadir ke sekolah membawa kereta mewah yang hanya mampu dimiliki golongan berada. Gajinya dalam sistem pula lebih dari mampu.

Tetapi mereka tidak mengerti mengapa dua beradik hadir ke sekolah dalam keadaan yang tidak terurus. Arif dan Adam pula tidak pernah mengadu apa-apa dan berkawan seperti tiada masalah di rumah. Tiada siapa dapat menduga rahsia derita yang terpendam kemas.

Walaupun memakai pakaian kotor dan koyak, sedikit pun mereka tidak mengadu kepada ayahnya. Mak su terlebih dahulu mengugut mereka jika terkeluar sebarang cerita, pasti teruk mereka dikerjakan.

Bukan ugutan biasa, selalu sahaja mak su menakut-nakutkan dengan menyebut pisau, pistol, bunuh. Mereka yang terlalu muda menjadi terlalu takut dengan ugutan-ugutan sebegitu. Sudahnya, mereka diam dan terus memendam derita yang dilalui.

===================
Tersentuh dengan kisah ini? Klik vote, komen, dan share untuk memberi sokongan kepada penulis 💕

TRAUMAWhere stories live. Discover now