Holiday

256 19 2
                                    

"Abang, jom pergi holiday nak? Tengok tempat ni, cantik sangat."

"Abang susahlah nak cuti."

"Bolehlah abang, abang sayang adik kan? Please.. Mintalah cuti tahunan, boleh holiday lama sikit."

"Anak-anak macam mana?"

"Arif dan Adam suruh alang tolong jaga. Kan sekolah. Kita je ye?"

Berbulu Arif dengar rayuan manja mak su. Bukan tak pernah dia mendengar rengekan manja mak su bila dengan ayahnya. Cuma kali ni dia benar-benar tidak selesa.

Selama ini dia hanya memandang kemesraan adik beradik. Tetapi sejak terlihat sekeping gambar yang terlalu mesra dan manja, gambar ayahnya memeluk erat mak su persis pasangan kekasih, dia mula penuh curiga.

Terlalu banyak persoalan bermain di mindanya.

Ayah dan mak su sumbang mahram ke?

Macam mana adik beradik boleh bercinta?

Mustahil tak bercinta, manjanya lebih dari adik beradik!

Pak su tak tahu ke? Pak su tak marah ke?

Kalau ayah dah lama cintakan mak su, kenapa kahwin dengan ibu dulu? Mak su pun kenapa kahwin dengan pak su?

Pak su ni biar je ke isteri dia bermanja dengan lelaki lain? Tak tercabar ke?

Kenapa mak su suka abang kandung sendiri?

Ahhh. Serabut!

............................

Ayah dan mak su benar-benar pergi bercuti, tetapi tiada siapa tahu mereka pergi bersama. Hanya Arif yang tahu kerana terdengar perbualan mereka.

Ayah memberi alasan kepada mak lang, atas urusan kerja selama 2 minggu. Mak su pula memberi alasan kepada pak su, ada rombongan rakan lama. Pak su menjaga anak-anaknya dan mak lang menjaga Arif dan Adam.

Semasa jagaan mak lang, mak lang yang menghantar dan mengambil mereka dari sekolah. Guru kelas Arif terserempak dengan mak lang di pagar sekolah dan menjemput mak lang ke pejabat untuk berbincang.

..................

"Puan, saya guru kelas Arif. Maafkan saya jika perbincangan ini buat puan rasa tidak selesa. Tapi, kami perlu mendapatkan jawapan dan penyelesaian."

"Boleh saya tahu, mengapa sebelum ni Arif dan Adam hampir setiap hari berjalan kaki pulang ke rumah?"

"Jalan kaki? Maaf saya tak tahu, saya hanya jaga mereka sementara sahaja. Betul ke jalan kaki?"

"Maaf, saya ingat puan maklum. Ramai guru dan guard yang sering mengadu mereka jalan kaki di tepi jalan besar yang bahaya. Sehingga malam pun ada. Jadi perkara ni membimbangkan pihak sekolah."

"Saya baru tahu hal ni cikgu, terima kasih maklumkan, saya akan siasat."

........................

Malam itu, mak lang memanggil Arif dan Adam untuk duduk berbual. Mak lang cuba mendapatkan kepastian tentang jalan kaki ke sekolah.

Pada awalnya Arif dan Adam hanya berdiam diri. Mak lang terus meyakinkan mereka untuk meluahkan setiap perkara.

Akhirnya, satu persatu rahsia yang terpendam terungkai. Selama ini mereka pendam dan pendam kerana takutkan mak su dan ayah.

Mak lang tidak berdiam diri, mak lang terus mengarahkan mereka bersiap dan ikut mak lang pulang ke rumah.

Mak lang tidak sanggup membiarkan anak-anak yang tidak bersalah terus terseksa. Mereka terlalu kecil untuk berhadapan dugaan seberat itu. Abang dan adiknya benar-benar melampau dengan apa yang dilakukan terhadap Arif dan Adam.

Mak lang paling marah apabila mengetahui Arif dipaksa membawa kereta dan Adam dipujuk menghisap vape.

Mak lang sedih dan risau dengan keselamatan Arif dan Adam yang dibiarkan berjalan kaki dengan jarak yang terlalu jauh untuk usia mereka.

Menitis air mata mak lang apabila mengetahui dua beradik itu sering kelaparan sehingga mencari makanan di masjid dan sehingga terpaksa tidur dengan beralaskan air kosong sahaja.

Mak lang cuba memujuk mereka, ayah pukul hampir setiap malam itu tanpa sedar. Ayah mungkin ada masalah depression. Ayah tidak sedar apa yang dia lakukan dalam keadaan tertekan.

Mak lang seorang yang penyayang tetapi tegas. Jika salah, mak lang akan tegur. Mak lang tidak gemar mendidik dengan cara terlalu manja. Tetapi mak lang tetap merasakan didikan ayah dan mak su bukanlah ketegasan. Tetapi jelas pengabaian dan penderaan.

Bukan tegas namanya jika membiarkan anak-anak kelaparan. Bukan tegas dan hukuman yang wajar jika penuh ugutan dan makian.
Bukan latihan berdikari jika berjalan kaki yang terlalu jauh dan membahayakan.

Mak lang tidak boleh berkompromi lagi. Mak lang nekad ingin menyelamatkan mereka. Malam itu juga, Arif dan Adam mengikut mak lang dan tinggal bersama mak lang.

TRAUMAWhere stories live. Discover now