Sampai sahaja di rumah, Arif ternampak dua buah basikal di laman rumah. Sebuah basikal besar berwarna merah dan sebuah lagi kecil sedikit berwarna biru.
Arif mula hairan dan tertanya siapa yang datang ke rumahnya. Belum pernah lagi mana-mana rakannya yang pernah datang ke rumahnya sebelum ini.
"Arif, Adam, tengok apa tu? Cepat ambil basikal tu. Yang merah untuk Arif, yang biru untuk Adam."
"Betul ke ni mak lang? Mak lang jangan main-main. Entah siapa punya basikal ni."
"Haha.. Betul lah sayang oi.. Masa tahlil hari tu, ramai yang sumbang duit untuk korang, jadi mak lang belikan basikal. Maaflah tak tanya dulu. Mak lang tengok kawan-kawan sebaya semua ada basikal, jadi mak lang rasa ini yang terbaik untuk korang. Ok tak? "
"Alhamdulillah terima kasih sangat mak lang. Memang ni yang kami idam-idamkan. Terima kasih banyak mak lang."
Gembira tak terkata apabila dapat hadiah yang tidak ternilai, sebuah basikal. Mungkin biasa bagi kanak-kanak lain, tapi tidak untuk mereka. Mereka dah cukup letih berjalan kaki dan basikal ini mengurangkan beban yang sangat besar untuk mereka.
Petang itu juga mereka mula bermain basikal di halaman rumah. Malangnya, Adam masih belum pandai mengayuh basikal walau berkali-kali Arif mengajarnya. Adam tiada keberanian, dirinya sudah terbiasa hidup dalam ketakutan sehingga keberaniannya hilang sama sekali.
Adam hanya mampu mengayuh sekerat-sekerat dan sering terjatuh apabila Arif melepaskan pegangan. Arif buntu. Adiknya masih belum boleh mengayuh basikal. Terpaksa dia lupakan hajat untuk berbasikal ke sekolah.
............
Rupanya mak su telah lama memerhatikan mereka bermain basikal dari jauh. Geram sahaja hatinya melihat anak buahnya gembira mendapat basikal baru.
Dia sedar Adam tidak boleh mengayuh basikal. Terlintas sahaja niat jahat untuk membuli anak buahnya. Pantas sahaja dia menelefon abangnya.
"Angah, angah tahu kan alang dah belikan Arif dan Adam basikal? Adik tengah ajar dorang naik basikal ni. Alhamdulillah pandai dah dorang kayuh basikal. Happy je.."
"Yeke? Alhamdulillah. Sukalah dorang tu. Nasib baik dorang ada mak lang dan mak su yang sangat baik untuk jaga dorang. Terima kasih banyak dik."
"Angah.. Lega sangat dorang ni dah pandai naik basikal, bolehlah pergi sekolah naik basikal lepas ni. Adik kesian kan dorang.. Selalu lambat tunggu adik ambil. Adik tak boleh ambil cepat sebab sekarang adik dah jaga anak orang."
"Takpe dik, angah faham. Nanti angah suruh Arif dan Adam pergi sekolah naik basikal ya."
"Ok angah. Jangan risau, adik dah ajar dorang naik basikal dari tadi lagi. Adam tu, laju lagi kayuh dari abang dia. Happy je tengok dorang main lumba-lumba."
"Ok dik, I trust u. Angah tahu adik sentiasa buat yang terbaik untuk anak-anak angah. Thanx dik. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam angah. "
Puas hati dia berjaya mengatur strategi.
"Gasak kau Adam! Pandai-pandailah kau naik basikal lepas ni. Puas aku tengok kau terjatuh-jatuh naik basikal!"
........
Esoknya, mahu tidak mahu Arif dan Adam terpaksa ke sekolah menggunakan basikal. Berat hati Arif melihat adiknya mengayuh basikal. Bukan dekat jarak sekolah dan rumahnya.
Adam terlalu muda untuk dibenarkan mengayuh basikal sejauh itu di tepi jalan besar yang sesak. Begitu banyak lori dan kereta yang membahayakan. Banyak simpang yang perlu mereka tempuhi. Bertambah parah, Adam masih tidak mampu mengayuh basikal dengan baik.
Arif hanya mengikuti Adam dari belakang. Kayuhannya tersangkut-sangkut. Tidak penuh satu pusingan pun kayuhannya. Handle basikalnya bergoyang-goyang. Sekejap-sekejap berhenti. Jatuh pun berkali-kali. Kotor lagi satu-satunya baju sekolah Adam.
Mahu sahaja Arif mengajak Adam turun dari basikal dan hanya tolak sahaja basikal tu. Maka, dia tidak perlu risau lagi kalau-kalau Adam terjatuh ke tengah jalan dan disambar kenderaan besar. Nauzubillah.. Tidak dapat dia bayangkan.
Tapi Adam berkeras ingin meneruskan kayuhan. Adam terlalu takut jika mak su ternampak dia tidak mengayuh basikal sepanjang perjalanan. Adam takut dirotan lagi. Keperitan dirotan sebelum ini pun masih jelas terasa.
Arif hanya memandang pilu adiknya.
"Ya Allah.. Selamatkanlah adikku sepanjang perjalanan kami..
Lindungilah dia dari segala musibah.Ibu..
Berat sungguh dugaan kami..
Jika begini, rela lagi abang jalan kaki.
Abang tak sanggup tengok adik bawa basikal bahaya macam ni.Abang tak kuat.
Doakan adik ibu.
Doakan abang dan adik selamat pergi dan pulang."===================
Tersentuh dengan kisah ini? Klik vote, komen, dan share untuk memberi sokongan kepada penulis 💕

YOU ARE READING
TRAUMA
Художественная прозаArif, 12 tahun dan Adam, 8 tahun baru sahaja kehilangan ibu mereka setahun yang lalu. Sejak ketiadaan ibu, mereka dijaga oleh ayah dan mak su. Memandangkan ayah mereka jarang pulang ke rumah kerana sibuk bekerja, mak su yang dipertanggungjawabkan un...