"Angah, jom buat business nak? Kita jual air mangga botol. Mesti laku punya."
"Angah kerja dik, mana ada masa nak uruskan."
"Ala angah ni, balik kerja angah buatlah jus mangga tu banyak-banyak. Angah kan pandai buat air sedap-sedap. Nanti adik tolong promote kat kawan-kawan adik. Anak-anak angah pun boleh tolong time hujung minggu."
"Ok gak, boleh dapat duit lebih sikit. Angah pun dah lama tak buat business. Nanti adik tolong angah buat kira-kira ya."
"Ok angah!"
Gembira sungguh dia apabila ideanya dipersetujui. Dia tahu abangnya mudah dipancing kerana abangnya memang sangat gilakan berniaga.Abangnya sudah mencuba bermacam-macam perniagaan sebelum ni. Walaupun banyak kali jatuh bangun, tapi jiwa niaganya begitu menebal.
Abangnya sering berniaga selepas waktu kerja dan tiada masa untuk anak-anak. Kakak iparnya yang menguruskan anak-anak selama ini. Namun sejak pemergian kakak iparnya, abangnya terus berhenti dari berniaga.
..................
"Abang dan adik esok tolong jual jus mangga ni kat simpang tiga tu ya."
"Esok pagi-pagi pukul 5 semua dah siap mandi, nanti mak su hantar abang adik pergi niaga. Kira betul-betul tahu?"
"Ayah sekali ke?"
"Abang dan adik je. Dah besar kan. Kena belajar berdikari. Ayah nak pergi beli barang niaga lagi. Nanti petang pukul 3 ayah ambil."
Arif hanya menelan air liur. Fikirannya bercelaru. Macam-macam persoalan timbul.
Macam mana nak jual? Nak cakap apa?
Kalau ada penculik ke pencuri ke orang jahat ke datang macam mana?
Pagi sampai petang ke nak jual?
Nak kencing berak macam mana? Kena bawa adik dan barang-barang sekali ke?
Kalau salah kira macam mana?
Nak makan minum macam mana?
Kusut sungguh fikirannya malam itu. Dia tahu walaupun ayahnya lebih banyak mendiamkan diri, tapi memang sejak dulu kalau soal berniaga, pasti ayahnya tidak kisah akan mereka.
Ayahnya begitu bersemangat berniaga sehingga melupakan keselamatan mereka. Mereka sering diabaikan kerana ayah mereka begitu taksub nak berniaga.
Sudahlah ayahnya bekerja siang malam pun mereka terabai, bila berniaga bertambahlah terabai hidup mereka.
...............
"Abang, adik lapar sangat."
Arif buntu. Jam baru 10 pagi. Ayahnya akan ambil mereka pada 3 petang. Adiknya dah mula lapar. Mereka mula berniaga di situ sejak 5.30 pagi. Langsung tak jamah makanan. Mereka hanya minum air masak yang dibawa dari rumah.
Nak beli makanan, ayahnya tak tinggalkan wang belanja. Nak beli guna duit jualan, nanti dimarah mak su dan ayah.
Tepat jam 12 tengah hari, adiknya sudah menangis dan sakit perut kerana terlalu lapar. Arif buntu. Akhirnya Arif terfikir untuk menaikkan harga jualan.
Jus mangga yang pada asalnya berharga RM5, Arif jual dengan harga RM6. Bersungguh Arif menjerit menarik perhatian supaya orang awam yang lalu membeli jus mangganya.
Akhirnya setelah beberapa botol terjual, Arif berjaya mengumpulkan wang lebih untuk membeli sebungkus nasi campur dan air yang dikongsi bersama adiknya.
Arif lega kerana ada makanan untuk mereka pada hari itu. Lega juga kerana tidak menggunakan wang jualan.
Sehingga pulang, ayahnya dan mak su tidak tahu langsung yang mereka telah menjual jus mangga dengan harga RM6 untuk membeli makanan.
Setiap hujung minggu, itulah strategi rahsia Arif dan Adam untuk membeli makanan sepanjang berniaga. Wang jualan langsung tidak terusik. Mereka terlalu takut jika tersalah kira, jualan tak laku, atau mereka tidak senyum semasa berniaga. Walau lapar, penat dan dahaga, mereka tetap terpaksa menjual dengan penuh bersemangat.
Semuanya kerana sejak berniaga, ayah dan mak su tiada beza. Mak su akan mengadu macam-macam, dan ayah akan belasah mereka dengan teruk. Lebih sakit dari rotan mak su!
Pernah mak su mengadu Arif dan Adam duduk sahaja, tak senyum, tak panggil orang, salah kira, jualan sikit, gerai tak bersih, balik sahaja kerja, mereka disepak terajang.
Bagaimana Arif dan Adam dirotan bertubi-tubi oleh mak su di seluruh badan, begitulah mereka dibelasah ayah mereka.
Kepala diterajang, badan ditolak, dipijak, dibaling barang. Semuanya mereka pernah rasa.
Menangis? Tidak sama sekali. Walau dibelasah, diterajang, disepak macam patung yang tidak bernyawa, sekali pun mereka tidak menangis.
Mengapa? Hanya kerana jika menangis mereka akan lebih teruk dipukul.
"Kau diam! Kau jangan menangis sampai jiran dengar! Lagi teruk kau aku kerjakan!"
"Macam-macam hal korang buat! Menyusahkan aku! Bodoh!"
Bermacam-macam herdikan yang sentiasa terngiang-ngiang di fikiran Arif dan Adam.
Mereka tiada tempat untuk berpaut. Mereka hanya serap dan serap segala herdikan dan sepak terajang.
Mereka hanya mampu cuba sedaya upaya mengelak dari melakukan sebarang kesilapan.
Mereka hanya mampu menangis dalam hati.
Mereka simpan segala-galanya rapi dalam hati.Memori hitam sahaja yang menemani hari-hari mereka tanpa siapa tahu.
===================
Tersentuh dengan kisah ini? Klik vote, komen, dan share untuk memberi sokongan kepada penulis 💕
YOU ARE READING
TRAUMA
General FictionArif, 12 tahun dan Adam, 8 tahun baru sahaja kehilangan ibu mereka setahun yang lalu. Sejak ketiadaan ibu, mereka dijaga oleh ayah dan mak su. Memandangkan ayah mereka jarang pulang ke rumah kerana sibuk bekerja, mak su yang dipertanggungjawabkan un...