"Abang, tengok gambar ni. Ni ayah kan?"
Adam begitu bersungguh-sungguh memanggil abangnya kerana terjumpa sekeping gambar lama semasa ingin mencuci baju ayahnya.
"Ya, ni ayah."
"Tapi ayah peluk siapa tu? Macam bukan ibu je."
Arif berdebar. Dahinya berkerut. Dia cam wajah itu walau Adam langsung tidak dapat meneka mungkin kerana gambar itu dah terlalu lama.
Arif tidak keruan. Arif bingung kerana dalam gambar itu, ayahnya memeluk erat seorang gadis muda. Pelukan erat dan manja persis pasangan bercinta.
Dia bingung mengapa gadis dalam gambar itu bukan ibunya. Gambar yang sebegitu manja amat mustahil untuk dinafikan sebagai pasangan kekasih.
Arif risau jika Adam dapat mentafsir rahsia yang tersirat disebalik gambar itu. Arif segera menyembunyikannya.
......................................
Semasa mereka baru sahaja mahu melelapkan mata, mereka terdengar bunyi bising di ruang tamu.
Mereka mula berdebar. Mereka risau jika ada pencuri yang memecah masuk di saat ayah tiada. Hanya mereka.
Apa akan jadi dengan kita?
Pencuri akan culik kita?
Pencuri akan ikat dan pukul kita?
Pencuri akan tikam dan bunuh kita?
Satu demi satu bisikan Adam pada Arif. Arif hanya mendiamkan diri kerana dia juga berada dalam ketakutan yang cuba disorokkan.
Arif menarik Adam untuk menyorok di bawah selimut dan pura-pura tidur. Mata mereka dipejam erat dengan penuh debaran. Itu sahaja yang mampu mereka lakukan.
Tiba-tiba pintu bilik mereka dihempas kuat, dua sebatan hinggap ke selimut. Selimut mereka direntap dan dicampak ke muka.
Sah! Rupanya ayah mereka yang membuat bising di luar.
"Keluar sekarang!"
Mereka terus keluar sambil menahan sakit disebat tadi.
Terkejut Arif dan Adam melihat ruang tamu yang bersepah. Laci terbuka dan barang-barang dalam laci bersepah di lantai. Ayahnya seperti mencari sesuatu yang sangat penting.
Ayahnya menggeledah bilik mereka pula. Arif risau. Arif semakin pasti ayahnya sedang mencari gambar lama tadi. Mujur dia telah menyembunyikan di tempat yang sukar dikesan. Dia risau jika ayahnya tahu yang mereka telah pun melihat gambar yang menyimpan seribu rahsia itu.
Setelah puas menyelongkar rumah, ayahnya terus keluar dengan rambut dan baju yang tidak terurus.
...................
Malam itu Arif dan Adam tidur lewat. Terlalu banyak barang bersepah yang perlu mereka kemas. Satu rumah diselongkar.
Setelah siap mengemas, Adam terus tertidur tanpa mengerti mengapa ayahnya menyelongkar seluruh rumah.
Pantas Arif mencapai diarinya dan mula menulis.
"Ibu..
Gambar tadi dah lama sangat.
Mesti ibu pun tahu hal ni kan?Ibu simpan semuanya dalam hati ye?
Patut abang selalu nampak ibu bersedih.
Tapi ibu tak pernah luahkan.Dah lama ke ayah curang?
Kenapa ayah peluk gadis lain?
Abang tak pernah nampak ayah peluk ibu semesra tu.Kenapa ayah buat macam tu?
Kenapa mesti perempuan tu?Patutlah ayah tak pernah sayangkan kami.
Sebab ayah pun tak ikhlas sayangkan ibu.Macam mana ayah lukakan hati ibu,
Macam tu juga ayah buat kami menderita.Ibu sangat sabar dengan ayah.
Ibu simpan rapi hubungan mereka.
Ibu tabah sangat.Semoga abang dan adik tabah macam ibu.
Abang terlalu kecewa dengan gambar tu.
Tapi abang tetap bersyukur kerana gambar tu dah menjawab segalanya.
Walaupun abang masih tak mengerti kenapa mereka semesra itu.Ibu..
Jika abang dan adik memang langsung tidak dipeduli
Boleh ke kami lari jauh-jauh..
Biarlah kami ni merempat dari mengemis kasih dari yang tidak sudi.Kami hanya menghalang cinta mereka.
Kami hanya membebankan ayah dengan cintanya.
Kami hanya sampah dalam hidup ayah."===================
Tersentuh dengan kisah ini? Klik vote, komen, dan share untuk memberi sokongan kepada penulis 💕
YOU ARE READING
TRAUMA
General FictionArif, 12 tahun dan Adam, 8 tahun baru sahaja kehilangan ibu mereka setahun yang lalu. Sejak ketiadaan ibu, mereka dijaga oleh ayah dan mak su. Memandangkan ayah mereka jarang pulang ke rumah kerana sibuk bekerja, mak su yang dipertanggungjawabkan un...