Kerja Gila

172 10 0
                                    

"Abang, kita kena ikut mak su pergi mana ni?"

"Tak tahulah dik, tiba-tiba mak su suruh siap-siap."

"Adik tak sukalah ikut mak su keluar. Nanti mesti kita kena diam-diam lepas tu tak boleh tengok kiri kanan. Buat apa suruh ikut lepas tu kita macam robot je. Baik duduk rumah je bang."

"Ala dik, macam biasalah mak su nak ambil gambar kita hantar ke maklang.   Nanti mesti dia cakap dengan mak lang kita seronok mak su bawa jalan."

"Oo mesti hari ni kita dapat makan sedap kan bang? Walau sikit je sebab kongsi pun takpelah. Macam selalu mak lang cakap kita best sangat sebab selalu jalan-jalan dan makan sedap-sedap."

"Mak lang tak tahu tu dik. Mak lang ingat kita bahagia sebab mak su bagi gambar jalan-jalan, makan yang sesekali tu. Tapi gambar tu bukan realiti. Takpe dik, doa orang teraniaya makbul. Kita doa je ye."

..........................

"Arif ko masuk depan ni. Duduk kat tempat driver tu!"

Arah mak su, sambil menolak tubuh Arif ke arah tempat driver.

Arif mula gemuruh. Apa pula mak su inginkan kali ni.

"Ambil kunci ni, start enjin."

Arah mak su yang duduk di sebelahnya. Arif mula menggigil. Terlalu banyak persoalan timbul.

Dia nak suruh aku bawak kereta ke?

Mana aku tahu! Dia gila ke?

Kalau terlanggar orang macam mana?

Kalau terlanggar sana sini macam mana?

..........................

"Termenung apa tu? Cepat start!"

Perlahan Arif memutar kunci. Jika setakat start enjin, Arif memang mahir kerana dia selalu disuruh memanaskan enjin kereta.

"Pegang stereng tu kuat-kuat! Kaki tu tekan brek kat bawah tu."

"Maaf mak su. Arif tak berani. Arif tak pandai."

"Sebab tak pandailah kena belajar! Mak kau dah takde. Bapak sibuk kerja. Siapa nak jaga? Belajar bawa kereta sendiri! Nanti nak pergi mana-mana senang."

Terketar-ketar Arif memegang stereng. Hatinya menangis ketakutan. Dia belum bersedia untuk memandu kereta.

"Pegang elok sikit stereng tu! Kaki kiri cepat tekan brek!"

Terketar-ketar Arif menekan brek kereta Iriz Auto itu. Mujur bukan kereta manual.

"Brek tu jangan lepas dulu. Gear ni gerakkan ke D."

Menggigil tangannya memegang dan menggerakkan gear. Mindanya masih ligat berfikir untuk mengelak. Pandangannya juga perlu mendongak untuk melihat cermin hadapan dengan lebih jelas.

"Picit hand brake ni lepas tu turunkan."

"Lepaskan brek kaki tu. Jangan tekan pedal minyak. Nanti kereta gerak sendiri."

Arif hanya mampu mengikut arahan demi arahan dengan perasaan takut yang amat. Mujur mak su tidak menyuruh menekan pedal minyak.

Tetapi kereta tetap bergerak perlahan. Walau perlahan, tetap mendebarkan kerana Arif masih belum mahir mengawal stereng. Mak su langsung tidak membantu mengawal stereng.

Hanya ketika kereta yang dipandu Arif hampir tersasar ke longkang dan rumah di tepi jalan, baru mak su bantu kawal stereng.

Mak su memaksa Arif memandu kereta itu di sekitar taman perumahan.  Tangannya sejuk. Dia benar-benar ketakutan.

Rupa-rupanya mak su suruh bersiap hanya kerana ingin memaksa Arif belajar memandu kereta walaupun hanya berumur 12 tahun.

Sudahlah begitu, apabila mereka masuk sahaja ke rumah, mak su memanggil pula Adam. Mak su keluarkan vape dari beg tangannya.

"Adam  sini, cuba buat macam mak su ni. Ni gula-gula. Rasa buah. Nah cuba."

Adam hanya mengikut sahaja arahan maksu. Adam cuba mengikut cara mak su menggunakan vape itu. Adam terbatuk-batuk.

Arif pantas memberanikan diri menarik Adam. Mujur mak su tidak memarahinya. Mereka terus masuk ke bilik.

Hari ni mak su benar-benar buat kerja gila. Melampau! Arif hilang sabar. Tapi dia tak mampu untuk melawan.

Mereka hanya duduk di bilik dan bersendirian. Mereka menanti mak su pulang ke rumahnya. Mereka berdoa agar tiada lagi kerja gila mak su arahkan.

Memang mereka tahu mak su merokok kerana sering terjumpa rokok setiap kali mak su menyuruh mereka mengambil barang di dalam beg tangannya.

Tapi selama ni, mak su hanya merokok senyap-senyap. Jarang-jarang mereka nampak mak su merokok secara terbuka. Mereka nampak, tapi mereka tidak pernah memberitahu kepada sesiapa.

Tanpa disangka, hari ni mak su arahkan pula Adam menghisap vape. Arif tahu tu bukan gula-gula kerana rakan-rakan pernah bercerita di sekolah.

Apa yang mereka mampu lakukan, hanya berdoa tiada lagi kerja gila yang perlu mereka lakukan.

TRAUMAWhere stories live. Discover now