Hari ni hari sukan sekolah. Arif bertanding tiga acara. Lari 100 m, 400 m dan lompat jauh. Cuaca yang panas luar biasa buat keletihan berganda.
Pulang sahaja ke rumah terus dia rebahkan badannya yang terlalu letih. Adam memujuknya supaya masak sup telur kegemarannya kerana terlalu lapar. Ya, dia tahu abangnya mampu masak sup telur kerana abangnya sudah biasa berdikari.
Dalam keletihan, abangnya turutkan permintaan adiknya. Ringkas sahaja sup mereka, bawang, air, telur dan perasa kerana itu sahaja yang dia tahu dan itu sahaja bahan yang ada.
Sementara menunggu sup mendidih, Arif dan Adam terlelap akibat kepenatan. Arif tersedar apabila terhidu bau asap.
Bergegas dia ke dapur dan lihat api sudah pun menjulang tinggi. Dia ketakutan. Mujur dia teringat rancangan yang pernah ditonton. Rancangan tu menggunakan kain basah untuk memadamkan api.
Pantas dia mencapai kain dan basahkan. Dia baling ke arah api. Dia ambil lagi air dan siram berkali-kali. Mujur api padam akhirnya. Tapi kesan jelaga hitam melekat tinggi pada dinding dapur.
Terduduk dia di pinggir dapur.
Laju dadanya turun naik.
Terbatuk-batuk kesan dari terhidu asap.
Laju air mata mengalir di pipi.
Terkejut. Takut.Apa pula dia nak jawab dengan mak su.
Pasti teruk dipukul.
Puas sudah dirotan. Dia serik dan trauma.Terbayang lagi api yang menjulang.
Seram. Dia masih terlalu muda untuk berhadapan situasi itu.Apabila mula tenang, dia mula menyental dapur dan dinding. Sedaya upaya ingin menghilangkan kesan hitam supaya tidak dimarahi mak su.
Selesai semuanya, mereka bersiap untuk tidur. Arif mula mengarang buat ibunya yang sudah tiada.
"Ibu.. Tadi abang takut sangat.
Api tu tinggi sangat bu.
Abang tak tahu nak buat apa.
Abang tak tahu nak panggil siapa.
Abang tahu salah abang.
Abang cuba padamkan walaupun abang takut sangat.
Menggigil tangan abang masa padamkan.
Berderau dada abang.
Abang takut.
Kalau ibu ada, mesti ibu tolong abang kan.
Abang nak ibu..
Abang betul-betul rindukan ibu.. "===================
Tersentuh dengan kisah ini? Klik vote, komen, dan share untuk memberi sokongan kepada penulis 💕
YOU ARE READING
TRAUMA
General FictionArif, 12 tahun dan Adam, 8 tahun baru sahaja kehilangan ibu mereka setahun yang lalu. Sejak ketiadaan ibu, mereka dijaga oleh ayah dan mak su. Memandangkan ayah mereka jarang pulang ke rumah kerana sibuk bekerja, mak su yang dipertanggungjawabkan un...