Perguruan Melati Putih
Melati Putih merasa amat resah. Wakil dari PERIKATAN LANGIT BUMI telah pulang selepas menyampaikan dua hajat daripada Ketua Perikatan. Hajat yang pertama ialah Perguruan Melati Putih harus menyertai PERIKATAN LANGIT BUMI sebagai penebusan kerana kegagalan menahan anak-anak muridnya menjadi pengikut PERTAPA CABUL. Berita tentang PERTAPA CABUL ditemani oleh Cindai Biru dan Cindai Ungu ketika melakukan jenayah dan kezaliman pemerkosaan sudah tersebar luas di seluruh negeri. Perguruan Melati Putih dituntut untuk bertanggungjawab terhadap hal tersebut. Hajat yang kedua amat merunsingkan Melati Putih. Ketua PERIKATAN LANGIT BUMI menyampaikan lamaran kepada Seroja untuk anak lelakinya. Sesungguhnya keadaan sebenar Seroja yang telah menjadi mangsa perkosaan Pertapa Cabul masih tidak diketahui oleh sesiapa selain daripada Melati Putih dan anak-anak muridnya.
.................................................
Perikatan Langit Bumi
PERIKATAN LANGIT BUMI adalah satu pertubuhan rahsia yang disertai oleh kumpulan-kumpulan perguruan dan persilatan setelah kerajaan yang memerintah mengharamkan semua perguruan dan kumpulan persilatan dan memburu sesiapa sahaja yang menuntut ilmu persilatan tanpa kebenaran. Semua ahli dalam perikatan telah bersumpah untuk mengamalkan dan mewariskan ilmu persilatan mereka secara rahsia dan tidak melakukan sebarang bentuk ancaman kepada kerajaan dan rakyat jelata. Perikatan ini diketuai oleh Mahaguru Puncak Fajar yang juga merupakan mahaguru Persilatan Fajar Emas. Anak lelakinya dikenali sebagai Fajar Putih adalah seorang pemuda yang amat disenangi kerana sifatnya yang merendah diri kepada orang lain walaupun ayahnya ialah pendekar terhebat dalam Perikatan. Guru-guru daripada kumpulah persilatan yang menyertai Perikatan Langit Bumi menjadi Ketua Bahagian dalam Perikatan.
Ketika ini berlaku perjumpaan ahli dalam Perikatan Langit Bumi. Ahli-ahli dari perguruan dan persilatan akan menyampaikan laporan mereka kepada Mahaguru Puncak Fajar.
Harimau Merah, guru dan Ketua Bahagian daripada Persilatan Harimau Bayang mula menyampaikan laporannya.
"Ketua Mahaguru, pihak kerajaan telah menyampaikan hajat untuk memohon bantuan daripada semua perguruan untuk turut serta dalam usaha memburu dan menghapuskan Pertapa Cabul. Panglima Ombak Deru telah menyampaikan titah dari istana bahawa semua perguruan yang berjasa akan diberikan pengampunan dan dibenarkan untuk mengamalkan ilmu persilatan secara terbuka.
Belum pun sempat Puncak Fajar bersuara, seorang Ketua Bahagian yang juga guru dari Persilatan Waja Hitam bernama Besi Timur membuka mulut.
"Ketua Mahaguru. Kita tidak boleh percaya sebarang janji dari pihak kerajaan. Boleh jadi ini helah mereka untuk menghapuskan kita secara keseluruhan selepas memperalatkan kita untuk menghapuskan Pertapa Cabul"
Kesemua ahli Perikatan mula bersuara dan berbisik kerana bersetuju dengan kata-kata daripada Ketua Bahagian Waja Hitam.
Mahaguru Puncak Fajar mula berkata;
"Kita tidak boleh terus berburuk sangka. Boleh jadi telah berlaku sesuatu yang tidak diduga sehingga menyebabkan pihak istana sendiri meminta bantuan kita."
"Guru Harimau Merah, apa yang menyebabkan pihak kerajaan memerlukan bantuan kita?"
Harimau Merah mengimbas kembali apa yang dialaminya;
............................
Harimau Merah dan beberapa anak muridnya bersama-sama Panglima Ombak Deru di sebuah rumah milik seorang yang kaya. Beliau ialah seorang saudagar yang memiliki kekayaan yang banyak hasil perdagangan yang luas hingga ke seberang laut. Oleh itu jumlah cukai yang dikutip oleh pihak kerajaan amat tinggi sehinggakan sebarang ancaman terhadap beliau pasti akan menjejaskan hasil negeri. Akan tetapi malang yang tidak berbau datang menimpa.
YOU ARE READING
Pertapa Cabul (Baru)
FantasyCerita asal dari website komikbiru tetapi website tu dah lama down. Part 1 dan 2 boleh didapati di https://www.wattpad.com/story/143152011-pertapa-cabul Aku cuma akan upload bermula Part 3 Update: Part 4 hingga 32 (TAMAT) hasil idea aku telah dimuat...