Pertapa Cabul 18

5.6K 79 5
                                    

Imbasan kembali....

Gua Hutan Berkabus

5 hari sebelum hari perkahwinan Wasih Puri.

Pertapa Cabul tidak melakukan perbuatan maksiatnya bersama-sama hamba-hamba nafsunya. Sebaliknya dia melatih mereka dengan ilmu persilatan yang dimilikinya selama ini.

Suria dan Sutera yang telah menguasai Jurus Pasak Api dan Tiang Dingin berasa amat kagum dengan hasil yang mereka perolehi. Kekuatan yang disedut oleh Pertapa Cabul melalui persetubuhan mereka bukan sahaja dapat dipulihkan dengan lebih cepat malah dapat dipertingkatkan hasil cantuman jurus yang baru diperolehi dengan jurus yang telah dipelajari daripada Melati Putih.

Kedua-dua murid terawal Melati Putih bukan sahaja sudah melupakan ajaran guru mereka malah berasa menyesal tidak bersama dengan Pertapa Cabul sejak dari dulu lagi.

Ketika itu keenam-enam pengkhianat dari Perguruan Melati Putih sedang menumpukan perhatian kepada aksi Pertapa Cabul. Mata mereka tidak berkelip memerhatikan kepantasan gerak langkah "kekasih" mereka melancarkan Langkah Kilat yang disatukan dengan Jurus Meringankan Badan.

Ketika bergerak pantas di udara lutut Pertapa Cabul melanggar sehelai daun yang kebetulan gugur dari pohon. Daun itu pecah berkecai akibat tenaga dari kaki Pertapa Cabul.

Waris Pertapa Laknat itu berhenti menggerakkan jurusnya lalu mendarat di atas dahan pokok. Matanya berkerut bagaikan memikirkan sesuatu. Matanya melihat beberapa helai daun yang melayang di tiup angin. Pertapa Cabul sekali lagi melancarkan Langkah Kilat lalu menjejakkan kakinya atas dedaun itu. Dedaun tersebut meletup dan berkecai selepas dijejaki telapak kaki Pertapa Cabul.

Pertapa Cabul akhirnya menyedari bahawa Langkah Kilat bukan sahaja jurus langkah kaki untuk bergerak lebih pantas malah boleh digunakan untuk menyerang. Akan tetapi tiada sebarang panduan tentang jurus-jurus tendangan kaki melalui peninggalan Pertapa Laknat. Anak Bayu Semilir itu mula berfikir adakah "guru"nya itu sengaja menyembunyikan seluruh panduan asal atau sebenarnya hanya memiliki panduan yang tidak lengkap.

Akhirnya melalui ilham dan kepintarannya sendiri, Pertapa Cabul menghasilkan beberapa jurus serangan menggunakan kaki melalui Langkah Kilat sebagai asas. Jika bukan kerana kejahatannya sudah pasti lelaki yang bernama asal Kejora Kencana itu sudah dinobatkan sebagai "Bijaksana" dalam dunia persilatan.

Pertapa Cabul menamakan semula kumpulan jurus-jurus tersebut sebagai Gerak Halilintar dengan Langkah Kilat sebagai jurus pertama. Dia turut mengajarkan hasil ilhamnya itu kepada keenam-enam hamba nafsunya namun sebahagian mereka belum dapat menguasai jurus-jurus tendangan itu dengan sempurna.

Tamat Imbasan kembali....

....................................................

Tempat Persembunyian Persilatan Waja Hitam

Besi Timur berada di dalam rumah yang dirikan sebagai tempat persembunyiannya bersama Waja Ayu. Dia sedang duduk membaca sebuah kitab. Tiba-tiba dia merasakan ada kehadiran yang menuju ke rumahnya.

Besi Timur bergerak keluar dari rumahnya menanti kehadiran yang bakal tiba. Dia melihat ketibaan dua pendekar handalan yang bergerak dengan Langkah Gulung Bumi milik kumpulan persilatannya.

Dua orang lelaki yang sebenarnya rakan seperguruannya yang turut menyandang gelaran "Guru" dalam Persilatan Waja Hitam bersama Besi Timur sebagai guru utama. Mereka bergelar Beliung Gangsa dan Gempita Perak. Mereka bukan sahaja guru dalam persilatan malah juga adalah manusia yang tidak disukai oleh Besi Timur.

Pertapa Cabul (Baru)Where stories live. Discover now