7| T u j u h

151 19 0
                                    

Seorang lelaki lebih berminat untuk mendapatkan seorang wanita dengan cara susah. Lelaki yang benar-benar gentleman akan memilih wanita yang terbaik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya. Perempuan yang terlalu senang didekati, secara jujur akan susah dihargai. Tapi, kalau perempuan yang datang melamar lelaki tu, macamman pulak?

Izly pada pandangan Eamir bukanlah seorang yang murah, bukan jenis perempuan yang senang dipancing, Izly seorang yang mempunyai prinsip, tetapi kerana seorang lelaki, prinsipnya diketepikan. Izly bagaikan jasad yang hilang semangatnya. Sejujurnya, Eamir pula adalah seorang lelaki yang takut kepada komitmen. Apabila ianya melibatkan sebuah  perkahwinan, ketakutan Eamir naik dua kali ganda. Hidup berdua dengan makhluk pelik bernama wanita, Eamir masih belum bersedia mahu melayan kerenah mereka.

Hati mana tidak sedih tatkala melihat wajah suram Izly. Eamir juga ikut bersedih. Melihatkan air mata dan wajah sedih Izly, Eamir faham betapa cintanya Izly kepada lelaki bernama Dani itu. Lelaki tersebut agak beruntung. Tapi sayangnya Dani tidak pandai menghargai.

Sukar sebenarnya untuk Eamir menolak permintaan Izly, Tetapi sukar juga baginya untuk menerima kerana dia dan Izly baru pertama kali bertemu. Mana mungkin perkahwinan boleh terjadi hanya kerana pertemuan pertama. Eamir sedikit ralat untuk bertindak terburu-buru.

"Hai!" Eamir angkat kepala cepat-cepat melihat gerangan yang menegur. Melihat Izly yang berdiri di tepi meja, Eamir mengukirkan senyuman yang paling manis.

"Sila duduk," ucap Eamir dalam senyuman yang masih menguntum.

"Terima kasih." Izly terus melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Eamir.

"Feel better?"

"Bolehlah," balas Izly laju seakan memahami maksud pertanyaan Eamir. Jujur, Izly masih belum boleh move-on. Hatinya masih terkesan dengan peristiwa semalam, Izly cuba bangkit, cuba kelihatan normal pada pandangan orang lain, terutama Eamir.

"Kau okey ke tak sebenarnya ni?" ulang Eamir.

"Eh, saya ambil makanan sekejap eh, tunggu tau!" seraya itu, Izly bangun dari duduknya. Langkah diatur ke bahagian makanan. Perlahan-lahan, Izly melihat satu persatu makanan pagi yang disediakan ala buffet.

Dikejauhan, Pandangan Eamir masih memaku kepada Izly, segalanya kelihatan normal dari luaran. Tapi hakikatnya gadis itu masih rapuh. Sungguh Eamir tidak pernah terfikir untuk bertemu dengan Izly, apatah lagi mahu menjalinkan hubungan hingga ke jinjang pelamin. Langsung semua itu tiada di dalam fikirannya.

Eamir benci dengan perhubungan. Eamir benci dengan komitmen yang tidak diundang. Eamir tidak perlukan semua itu. Eamir percaya bahawa hidupnya tidak perlu terikat dengan sesuatu hubungan untuk kekal bahagia. Tetapi, kehadiran tiba-tiba Izly dua hari lepas membuatkan Eamir kembali menimbang segala pendiriannya. Mungkin Tuhan mengirimkan gadis itu untuk mematahkan pendirian Eamir?

Mungkin.

Izly meletakkan pinggan berisi mee goreng di atas meja. Kemudian kembali berjalan ke kaunter air. Senyuman diukirnya Eamir apabila Izly kembali ke meja dengan segelas jus oren.

"Betul ke kau okey ni?" Soal Eamir ketika Izly mula menyuap mee goreng itu ke mulut.

"Tipulah kalau saya cakap saya okey. Tapi saya sedang cuba move on. Tapi.. once saya jumpa lelaki yang sanggup gantikan tempat Dani, saya akan ajak dia kahwin juga. Keluarga saya tak boleh dimalukan. Majlis kahwin saya tetap perlu diteruskan seperti yang dirancang." Tegas kata-kata Izly. Eamir terkedu. Tetapi masih cuba menjadi positif.

"Izly,"

"Saya serius." balas Izly dalam senyuman. Air mata yang sedang bertakung di tubir mata hanya dibiarkan sahaja. Kali ini Izly benar-benar nekad. Apapun yang terjadi, Izly perlu punyai pengganti. Dani perlu tahu bahawa Izly juga punya hak untuk memilih.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now