4| E m p a t

173 14 0
                                    

Jatuh cinta semula dan bernafas kembali!

Entah kenapa, dalam kekalutan Izly untuk mencari tempat duduk di dalam penerbangan itu, ayat tersebut menerjah di dalam kepala. Berulang-ulang tanpa henti. Betul, Izly perlu jatuh cinta semula, Izly perlu mencari pengganti Dani. Izly bukan gadis biasa, Izly perlu buktikan pada Dani bahawa tanpa Danipun, Izly kuat dan masih boleh melangkah. Sungguh, Izly mahu Dani menyesal sebab buang Izly macam itu sahaja. Dia perlu sedar bahawa Izly bukan sampah!

Tapi...

Jatuh cinta itu mudah, nak cari yang betul-betul layak itu yang susah. Untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya, ianya memerlukan sebuah pengorbanan. Meletakkan seorang lelaki itu sebagai imamnya, banyak benda Izly perlu terima dan tolak. Susah dan terlalu payah mahu memilih. Sebelum ini, Izly tak pula pernah terfikir bahawa mencari seorang suami itu susah, semua kerana Izly cinta mati dengan Dani. Ah, kenapa asyik nama Dani bermain di dalam kepala Izly?

Haih!

Kalaulah cinta itu boleh di beli macam beli sayur dekat pasar, mungkin sekarang ini Izly sudah mampu untuk membeli cinta mana-mana lelaki yang dia minat. Malangnya, semua itu tak mungkin akan terjadi!

Atau, Izly perlu usulkan sahaja kepada abah dan mak, cakap sahaja Izly nak kahwin segera, tak kisah siapapun pilihan mereka. Asalkan Izly puas hati, asalkan Dani dapat tengok Izly kahwin dulu dari dia. Erm... interesting! Tapi, Izly tak berani nak menjerat tengkuk sendiri. Bercinta selepas kahwin? Izly rasa, dia bukanlah orang yang sanggup memperjudikan nasibnya pada seorang lelaki yang dia tidak kenal. Jadi, apa yang harus Izly buat sekarang?

Seorang peramugari mendekati Izly. "Hello Miss, do you want to buy something?" ucap seorang pramugari dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Kata-katanya itu menghantar Izly kembali ke alam realiti. Dengan senyuman, Izly menggelengkan kepala tanda tidak berminat.

Buy something? Kalau boleh, nak saja Izly bagitahu peramugari itu bahawa dia nak beli suami, atau paling tidakpun boyfriend?

Ada jual tak?

IZLY menarik nafas dalam-dalam. Mata Izly meliar melihat wajah-wajah asing yang berada di sekelilingnya. Jantung Izly berdegup kencang. Otaknya ligat berfikir. Jujur, Izly buntu mahu bermula daripada mana. Bila selama ini Izly sudah biasa berteman, Izly terasa teramat canggung. Berkali-kali skrin telefon berjenama apple itu Izly tekan, Cuba menstabilkan emosi dan perasaannya yang sudah seakan roller-coaster saat ini.

Hey Izly, enjoy your trip!Maryam

Izly senyum sendiri membaca potongan ayat yang dihantar oleh Maryam melalui aplikasi whatsapp. Izly menarik nafas dalam-dalam lagi. Menyedut segala oksigen untuk memberikannya kekuatan dan keberanian untuk terus melangkah.

Izly never give up!

Perlahan-lahan Izly menapak keluar ke pintu utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tersebut. Izly sedar dia tiada kenalan di sini, Izly tidak pernah sampai ke sini dan Izly tidak mempunyai sebarang persediaan dan back-up plan. Kedengaran agak menakutkan pada orang lain, tapi itu adalah apa yang Izly lalui sekarang.

Follow the flow!

Oh, kini kata-kata Dewi pula bermain di dalam kepala Izly. Bingkas, Izly berjalan perlahan ke arah beberapa kaunter di pintu masuk KKIA. Satu-persatu iklan yang terpapar Izly lihat. Izly perlu mencari pengangkutan untuk ke pusat bandar, cari hotel untuk tempat tinggal dan makan.

Izly manusia yang memerlukan kenderaan untuk bergerak. Izly bukanlah manusia yang arif menggunakan pengangkutan awam, setelah berfikir panjang sambil melihat beberapa tawaran di kaunter, Izly akhirnya memilih untuk menyewa sebuah kereta dibandingkan memilih pakej percutian yang dicadangkan oleh petugas di kaunter itu.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now