13| T i g a b e l a s

94 8 0
                                    

Jantung Izly berdegup laju. Pandangan matanya terarah kepada jari-jemarinya yang terasa sejuk. Jam di dinding sudah menginjak ke pukul sebelas malam. Eamir masih di luar, rancak berbual dengan saudara-mara yang masih berada di bawah khemah. Izly terasa serba salah. Jika diikutkan, Izly mahu sahaja turut berada di luar bersama saudara mara yang lain. Tetapi semuanya itu tidak mungkin kerana Puan Izaty dan kakak-kakaknya menyuruh Izly masuk ke bilik lebih awal.

Tombol pintu dipulas dari luar. Izly sudah menelan liur sendiri. Rentak jantung cuba dikawal. I-phone di sisi dicapai laju, cepat-cepat skrin di tekan.

"Assallammualaikum. Boleh saya masuk?" ucap Eamir dengan sebelah badannya sudah masuk ke dalam bilik.

"Waalaikumsalam. Boleh." ucap Izly perlahan sambil matanya cuba dialihkan dari memandang figure Eamir di sebalik pintu.

"Lega dapat lari dari abang dan saudara-mara awak. Habis saya kena buli." Jawab Eamir bersahaja. Wajahnya dihiasi dengan senyuman manis.

Eamir cuba mengawal debar di dada. Jika diikutkan hati, pasti Izly sudah dipeluknya. Benda halal, pasti rasa tidak sabar itu menggebu. Tapi.. Eamir cuba kuatkan hatinya. Eamir perlu tetap dengan perjanjian yang telah dimetrai antara mereka. Eamir tidak mahu memaksa. Eamir faham yang cinta Izly hanya untuk Dani. Hingga sekarang tetap untuk Dani walaupun secara fizikalnya Izly kini adalah milik Eamir. Walaupun terasa sakit untuk mengakui semua itu. Eamir tiada pilihan!

Eamir bergerak ke beg trolinya yang diletakkan ditepi dinding. Sehelai tuala dan sepasang baju tidur di keluarkan dari dalam beg. Perlahan-lahan Eamir melangkah ke bilik air. Eamir perlu berlagak bersahaja di hadapan Izly!

Usai pintu bilik air di tutup, Izly menghembus nafas perlahan. Debar di dada cuba dikawal rentaknya. Berdua-duaan dengan lelaki asing di dalam sebuah bilik, sungguh Izly rasa sedikit takut. Walaupun hakikatnya bahawa lelaki itu adalah suaminya kini.

"Awak!" I-phone di tangan hampir terlepas dari genggaman Izly. Pandangan Izly memfokus kepada Eamir di sebalik pintu bilik air.

Izly menelan liur sendiri tatkala matanya melihat Eamir yang hanya berseluar panjang di sebalik pintu. Pertama kali melihat Eamir tanpa baju, Izly hilang fokus. Mata cuba dilarikan dari terus menikmati pemandangan asing itu, tetapi matanya tidak mahu bertindak selari dengan fikiran. Masih mahu terus memandang tubuh sasa Eamir. Eamir yang terperasankan wajah Izly yang kelihatan tidak keruan itu hanya buat tidak faham. Sengaja mahu melihat sejauh mana Izly mahu menolaknya.

"Esok pagi kita balik rumah kita ye." Kemudian perlahan-lahan pintu bilik air ditutup semula dari dalam.

Rumah kita.

Entah kenapa perkataan itu terasa syahdu di telinga Izly. Izly menarik nafas dalam-dalam. Dia perlu berlapang dada. Apa pun yang terjadi selepas ini, itu semua adalah bayaran kepada kebodohan dan sikap tidak sabar Izly selama ini.

Redha!

Selepas beberapa minit di dalam bilik air, pancuran shower tidak lagi kedengaran, beberapa saat kedengaran bunyi pintu toilet pula dibuka dari dalam.

Kali ini degupan jantung Izly berdegup dua kali ganda. Eamir seakan sedang menguji Izly. Eamir yang hanya berseluar pendek paras lutut, memakai baju t-shirt putih nipis dengan rambutnya yang masih basah itu kelihatan indah pada pandangan mata Izly.

"Awak pandang apa?" soal Eamir. Langkah diatur ke katil. Atau lebih spesifiknya ke arah Izly yang sedang duduk dibirai katil.

"Nothing." Jawab Izly sambil menggeleng laju. Wajahnya terasa kebas. Pertanyaan Eamir itu menandakan bahawa dia sudah tertangkap!

"Well, saya tahu awak tak selesa. Me too. This is awkward moment. Saya harap awak puas hati dengan semua yang dah kita berdua go through beberapa minggu ni. I guess." ucap Eamir sambil menggosok-gosok belakang tengkuknya.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now