Be a good housemate!
JIKA tidak mampu mencintai. Mungkin Izly perlu belajar menerima. Bukankah menerima itu juga adalah salah satu proses untuk mencintai? Menerima Eamir dan melupakan Dani.
Izly masih cuba untuk menerima kenyataan bahawa Eamir adalah suaminya. Bersungguh Izly cuba membuang nama dan kenangan Dani dari ingatan. Walaupun hubungan Izly dan Eamir bukan seperti pasangan lain, di rumah ini mereka perlu berkerjasama kerana mereka adalah housemate!
Pintu bilik Eamir diketuk kuat. Sudah hampir lima minit Izly berdiri disitu. Mengetuk dan terus mengetuk. Eamir masih juga tidak mahu membuka pintu biliknya.
"Eamirrrr....." Jerit Izly kuat. Sama kuat dengan ketukan di pintu.
Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi tombol pintu dibuka dari dalam.
Izly sudah bercekak pinggang. Pintu terbuka luas. Eamir berdiri di depan pintu. Mukanya serius. Mungkin marah kerana tidurnya diganggu.
"Awak nak apa?" soal Eamir kasar. Izly terkedu. Muka terasa kebas. Eamir yang sedang berdiri di hadapannya ketika ini sangat menggugat pemandangan Izly. Pandangan dikalihkan ke kiri.
"Boleh tak awak pergi pakai pakaian yang menutup aurat?" soal Izly.
Eamir kerut kening. Kemudian matanya mengarah kepada tubuh sendiri. Hampir terhambur ketawa Eamir ketika melihat pakaian di tubuh sendiri. Patutlah Izly tidak keruan. Rupa-rupanya Eamir hanya memakai boxer! Tidak berbaju, malah dengan bangganya membiarkan tubuh kekarnya terdedah dan mengganggu pemandangan Izly.
"Lain kali jangan terjah bilik orang macam apa je. Lepas tu nak salahkan orang." balas Eamir sinis. Baju t-shirt yang digantung di belakang pintu dicapai lalu disarung ke badannya.
"Sorry," balas Izly sepatah. Walaupun pemandangan itu adalah halal baginya untuk melihat, tetapi Izly tetap rasa tidak selesa dan mahu mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Izly tidak biasa!
"Jadi, awak nak apa ketuk pintu bilik saya pagi minggu macam ni?" ucap Eamir setelah mengenakan t-shirt ke badan. Pandangannya tajam menjamu wajah Izly yang sudah berona merah.
Pandangan Izly kembali kepada Eamir. "Saya datang nak ambil pakaian kotor. Nak basuh."
Eamir angkat kening sebelah, Figure Izly di depan mata dipandang tidak percaya.
"Betul ke?" soal Eamir mencari keikhlasan dalam kata-kata itu.
"Ye,"
"Awak mimpi apa semalam sampai pagi ni terus nak buat baik dengan saya?" Ucap Eamir penuh sarkastik.
"Saya nak tolong je. Awak nak ke tak?" Izly juga ikut sama membalas dengan penuh sarkastik.
Eamir mengeluh perlahan. Senyuman diukir, kini riak wajahnya tidak lagi setegang tadi.
"Biasa saya hantar ke dobi je." Eamir cuba menolak secara lembut.
"Itu dulu. Sekarang awak dah ada isteri. Biar saya tolong basuh. Itu tanggungjawab saya." senyuman memghiasi wajah Izly ketika menuturkan kata-kata itu.
"Isteri?" soal Eamir. Izly mengangguk.
"Awak anggap saya suami awak ke?" soal Eamir seakan tidak percaya. Izly senyum segaris. Terpukul dengan kata-kata Eamir. Wajahnya terasa berbahang. Air liur yang ditelan terasa berpasir. Soalan Eamir itu bagaikan satu perangkap kepada Izly.
"Cepatlah. Saya nak cuci baju ni. Mana baju awak?" soal Izly cuba untuk mengalihkan topik perbualan.
"Awak kata, awak isteri saya. So... why not awak masuk dalam bilik dan ambil sendiri." Ucap Eamir dalam senyuman. Pandangan tajam Eamri tadi kini sudah berganti dengan pandangan nakal. Pintu bilik sudah dikuak luas. Memberi ruang untuk Izly masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
MAPS ©️ ✔️
Storie d'amore"Perkahwinan yang Tak Dirancang, Cinta yang Tak Dijangka." Izly hanya mahu perkahwinan sementara-sekadar untuk menggantikan tempat Dani. Eamir setuju, dengan janji tidak akan menuntut lebih. Namun, sejurus selepas lafaz akad, segalanya berubah. Eami...