17| T u j u h b e l a s

89 3 0
                                    

Sudah dua hari Izly dan Eamir tidak bercakap. Kedua-duanya lebih selesa membisu. Kata-kata Eamir malam ketika mereka pulang dari mengambil barang dan kereta Izly tempohari menganggu fikiran Izly.

Jadi isteri kepada anak-anak saya.

Adakah itu bermakna Eamir menyimpan perasaan kepada Izly? Adakah itu bermaksud Eamir sebenarnya berkahwin dengan Izly bukan kerana kasihan atau pun hanya sekadar ingin membantu? Selama dua hari ini, persoalan itu bermain di dalam fikiran Izly. Takut dan teruja bergabung menjadi satu!

Tapi kalau semuanya benar, apa tindakan yang perlu Izly buat? Dipertemuan pertama, pada pandangan Izly, Eamir memang seorang yang sempurna. Tiada siapa boleh menolak Eamir. Malah seorang perempuan normal pasti akan menoleh dua kali jika mereka berselisih dengan Eamir. Atau... dalam bahasa normal yang boleh Izly katakana adalah Eamir itu mempunyai tahap kekacakan yang boleh membuat seorang perempuan terbuai dengan perasaan sendiri!

Klise. Tapi itulah kenyataannya.

Esok adalah hari pertama Izly masuk pejabat setelah lama bercuti. Sepatutnya Izly masuk kerja semalam. Tetapi Izly memohon dua hari lagi cuti untuk berehat. Sepanjang dua hari itu, Izly hanya berkurung di dalam bilik. Permintaan Eamir tempohari sangat mengganggu fikiran Izly. Adakah ini sebenarnya bermaksud Eamir menuntut haknya sebagai seorang suami?

Jam di dinding sudah mengarahkan ke angka sembilan pagi. Izly melangkah keluar dari bilik. Pandangannya tertancap kepada Eamir yang sedang menjamah sandwich dan nescafe panas di meja makan. Walaupun mereka tidak bercakap selama dua hari ini, Izly tetap menjalankan rutin hariannya menyediakan makanan untuk Eamir jika lelaki itu berada di rumah.

"Hai!" ucap Izly sambil duduk di kerusi di dapan Eamir.

"Hai. Good morning." Kedengaran suara Eamir serius. Tajam Eamir memandang wajah Izly. Walaupun mereka berkahwin sudah hampir seminggu, Eamir masih tidak boleh meneka perasaan Izly saat ini.

Semuanya kelihatan janggal. Jika selama ini Eamir hanya bersendirian, kehadiran Izly yang secara tiba-tiba itu terasa agak janggal. Izly mencapai mug di tepi meja. Teko berisi nescafe panas di atas meja dituang ke dalam mug. Kepulan asap yang naik ke udara itu memberikan satu aroma kopi yang menenangkan kepada Izly. Mata mereka bertentangan. Dengan agak teragak-agak, Izly cuba memulakan perbualan.

"Malam tu, awak betu-betul ke maksudkan semua kata-kata awak?" soal Izly hati-hati.

Eamir sudah senyum segaris. Wajah Izly dipandang tajam. "Awak rasa?" soal Eamir. Sengaja mahu bermain tanda-tanya.

"Tapi awak tahukan sebab apa kita kahwin? Awak yang setuju nak selamatkan maruah saya dan keluarga saya. Awak dah janji dengan saya masa dekat Starbucks tu. Awak ingat tak?" Izly memberanikan diri memandang wajah Eamir. Intonasi suara dikawal agar tidak kedengaran biadap kepada lelaki itu.

"Saya juga pernah cakap yang selepas pernikahan tempohari, awak dah tak akan ada jalan keluar. Semua keputusan di tangan saya. Did I mention that?" Jawapan Eamir kedengaran sarkastik.

Izly menarik nafas dalam-dalam. Izly ingat semua kata-kata itu. Tetapi Izly tidak terfikir Eamir sebegitu nekad.

"Tapi saya tak boleh. Awak pun tahu, saya dengan Dani dah bercinta tujuh tahun. Saya tak mampu nak terima orang lain lagi. Semuanya berlaku terlalu pantas. Saya takut."

Eamir sudah ketawa sinis. "Takut? Masa awak minta saya kahwin dengan awak. Kenapa masa tu awak tak ada rasa takut? What do you expect? Awak ingat, Saya kahwin dengan awak, beberapa bulan lepas tu kita end up? Bercerai?" soal Eamir.

Tanpa banyak soal, Izly mengangguk. Mengiyakan segala telahan yang dibuat oleh Eamir. Semuanya betul. Tiada yang salah.

"Saya tak boleh terima awak." Ucap Izly. Air mata cuba ditahan dari menitis.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now