14| E m p a t b e l a s

101 9 0
                                    




Speechless.

Izly sudah tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan reaksinya. Semuanya diluar jangkaan. Sukar diterima oleh akal normalnya. Eamir pula hanya menggosok belakang kepala sendiri. Mungkin juga ikut sama terkejut dengan apa yang mereka baru lihat.

"Yang ini bukan kerja saya. Pasal honeymoon ni, semua idea Lutfi. Saya tak tahu menahu. Dari tiket flight sampai ke hotel, semua kerja Lutfi. Dia cakap ini semua hadiah wedding kita." ucap Eamir sendirian. Dari riak wajah Izly ketika pintu bilik dibuka tadi, Eamir sudah dapat menganggak soalan yang akan keluar dari mulut Izly.

Katil yang penuh dengan kelopak bunga mawar yang dibentuk menjadi bentuk hati, tuala yang dihias menjadi sepasang angsa, berserta warm wish 'happy honeymoon' itu membuatkan muka Izly terasa kebas. Malahan, Eamir yang sudah bercekak pinggang melihatkan kelopak-kelopak mawar itu juga tidak berani dipandangnya. Malu!

"Patutlah gadis receptionist tu pandang saya sambil senyum-senyum." Hanya itu sahaja yang mampu Izly ucapkan. Izly sudah mengeluh perlahan. Jika mereka berkahwin kerana perasaan cinta, pasti kejutan ini adalah sesuatu yang indah. Tapi semuanya adalah sia-sia. Mana mungkin cinta boleh berputik dalam masa yang cepat? Perasaan Izly masih berbaki untuk Dani. Jadi, macammana Izly mahu move-on?

Izly terus melangkah ke balkoni. Taburan kelopak mawar itu tidak dipedulikan. Pintu kaca itu dibuka. Angin pantai terus menerpa ke wajah Izly. Izly berjalan mendekati pagar balkoni. Matanya jatuh ke matahari yang hampir terbenam. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5.30 petang, tidak lama lagi matahari akan terbenam, kemudian berganti dengan malam.

Eamir mendekati Izly yang sedang berdiri di tepi balkoni. Sama-sama memerhatikan sinaran matahari petang. Hampir seminit kebisuan tercipta antara mereka. Kemudian Eamir mula bersuara,

"Saya minta maaf kalau awak tak selesa dengan semua ini." ucap Eamir.

"Langkawi merupakan tempat yang saya dah plan untuk honeymoon dengan Dani. Tapi bukanlah hotel ni, saya tak mampu nak menyewa hotel ni. Mahal! Tengok view semua cantik. Bilik cantik. Semua perfect!" Air mata Izly sudah mula mengalir. Kata-kata yang keluar dari bibirnya kedengaran sedikit bergetar. Kesedihan itu cuba Izly sembunyikan. Terasa malu apabila dilihat oleh Eamir yang kini merupakan suaminya.

Eamir membisu. Kemudian Eamir berlalu ke dalam bilik. Butang ON di remote control ditekan dan dihalakan ke skrin tv. Eamir sudah hilang kata. Mungkin membiarkan sahaja Izly melayan perasaan sendiri itu adalah yang terbaik.

Hampir lima belas minit di balkoni, Izly masuk ke dalam bilik. Izly berdiri di tepi katil. Pandangannya jatuh kepada Eamir yang sedang memandang skrin i-phone di tangan.

"Sampai bila." ucap Izly. Eamir mendongak memandang Izly. Kemudian pandangan kembali ke skrin i-phone.

"Maksud awak?" Eamir ikut menyoal.

"Sampai bila awak nak ikat saya?"

"Awak rasa terpaksa ke? rasa terikat?" soal Eamir pula. Wajah Izly langsung tidak menarik perhatiannya.

"Kenapa awak terima semua cadangan saya untuk majlis kahwin tu?"

Eamir angkat muka memandang Izly.

"Sebab saya tak nak awak buat benda bodoh. Awak suka cari jalan pintas. Walaupun awak tahu jalan pintas tu tak selamat. Jadi, saya datang sebagai hero untuk selamatkan awak." Jawab Eamir sarkastik.

Izly sudah senyum menyenget. Kepala digeleng laju. "Sampai bila awak nak jadi hero?"

"Sampai awak sendiri dah tak perlukan saya lagi." Jawab Eamir bangga.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now