11|S e b e l a s

124 13 2
                                    

Encik Imran dan Irfan berpandangan. Izly hanya menunduk. Malu dengan tindakan sendiri. Eamir pula masih dengan senyumannya. Sesekali Encik Imran memandang Izly pula. Terasa pelik dengan keputusan drastik Izly.

"Encik Eamir yakin ke dengan apa yang Encik nak buat ni? Saya tak nak Encik rasa terpaksa." soal Encik Imran.

"Jangan ber-encik dengan saya uncle. Panggil saya Eamir sahaja. Saya setuju. Lagipun cinta dan sayang tu boleh dipupuk. Saya yakin kami akan bahagia. InsyaAllah." Izly sudah menelan liur apabila mata mereka bertentangan. Kata-kata yang keluar dari mulut Eamir itu membuatkan Izly tidak senang duduk.

Kata-kata Eamir terlalu jujur. Segalanya Eamir ceritakan kepada Encik Imran. Tiada satu pun yang lelaki itu selindungkan. Mendengarkan segala kata-katanya kepada Encik Imran, Izly malu sendiri. Terasa kerdil berada di sisi Eamir.

"Izly, Izly yakin dengan keputusan Izly ni? abah takut Izly menyesal. Izly yakin ke?" Kini giliran Encik Imran pula bertanya kepada Izly. Izly mengangguk perlahan. Air matanya gugur lagi. Betapa susah untuk Izly move-on!

Sakit yang Izly tanggung sudah tidak tertanggung. Segala kenangannya bersama Dani seakan bermain-main di dalam fikiran. Izly perlu kut untuk terus move-on. Kenangan itu perlu dihapuskan. Nama Dani perlu dibuang jauh-jauh.

"Izly, Angah tak nak Izly buat benda sia-sia. Izly yakin ke boleh bahagia? Izly jangan jadikan Eamir galang-ganti sebab Izly kecewa. Kena fikir juga, Eamir manusia, ada hati dan perasaan. Berdosa Izly mainkan perasaan Eamir. Walaupun abah setuju, Angah tak setuju. Lainlah kalau Izly ikhlas dengan keputusan Izly. Soal hati dan perasaan ni tak boleh dibuat main tau!"

Encik Imran ikut mengangguk. Air mata Izly mengalir lagi. Sungguh Izly dalam dilema. Memang niat asalnya memilih Eamir hanya untuk meminjam jasad lelaki itu untuk menjadi pengganti Dani. Tapi tatkala melihat kejujuran Eamir ketika berhadapan dengan Encik Imran dan Irfan, perasaan Izly tercuit lagi.

"Tak apa abang, uncle. InsyaAllah saya akan cuba bimbing Izly. Saya janji akan cuba bahagiakan Izly. Saya janji akan jaga Izly sebaiknya. Saya akan cukupkan keperluan Izly seada dan semampu saya." Mata Izly memaku kepada Eamir. Tidak menyangka Eamir akan mengeluarkan ayat-ayat tersebut. Izly menelan liur sendiri. Ada garis halus yang sudah mula melintas di dalam hati Izly. Perasaan apakah ini?

"Kalau macam tu kata Eamir, Angah ok. Bila majlis nak mula?" Soal Irfan. Saat itu semua mata memandang kepada Izly. Hanya Izly sahaja yang ada jawapan itu.

Lama Izly membisu. Hatinya rasa tidak tenang. Encik Imran dan Irfan seolah-olah tidak kisah dengan hubungannya dengan Eamir. Kedatangan Eamir juga seakan tidak mengejutkan mereka.

"Izly?" soal Eamir perlahan.

"Tiga minggu lagi?" Balas Izly sambil memandang Eamir sekilas. Kemudian pandangannya jatuh kepada Encik Imran. Tiga orang lelaki itu mengangguk hampir serentak.

Izly bangun dari kerusi. "Izly ke dapur sekejap ye." ucap Izly lembut. Tanpa menunggu balasan, Izly terus bergerak masuk ke dapur.

Masuk sahaja ke pintu dapur, Puan Izaty dan kak Ngah sudah memandang Izly dengan pandangan ingin tahu. Izly cepat-cepat mendapatkan Puan Izaty dan memeluk tubuh itu.

"Sabar..." ucap Puan Izaty seakan dapat membaca reaksi wajah Izly.

"Izly minta maaf ibu. Izly terpaksa pilih lelaki lain. Dani tinggalkan Izly. Dani minta putus. Dia dah ada calon lain. Izly minta maaf tak bagitahu ibu." Izly teresak-esak menangis di bahu Puan Izaty. Beban yang terasa memberat di bahu seakan beransur-ansur kurang apabila semuanya diluahkan kepada Puan Izaty.

Puan Izaty melepaskan pelukan. Wajah Izly dipandang penuh kasihan. Sebaga seorang ibu, Puan Izaty tahu bagaimana sayangnya Izly kepada Dani. Hubungan cinta itu sudah terlalu lama dibina. Sangkaan mereka, hubungan itu akan bernoktah dengan perkahwinan. Tapi mereka silap, manusia hanya mampu merancang, segala keputusan masih terletak kepada qada dan qadar.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now