5|L i m a

143 18 0
                                    

"Kau duduk dekat hotel ni juga ke?" soal Eamir. Matanya tajam memanah wajah Izly.

"Tak. Saya walk-in. Kalau ada bilik kosong, alhamdulillah, saya stay sini. Kalau tak, saya terpaksa stay tempat lain." jawab Izly dalam senyuman.

"Luckly, sebenarnya aku ada satu bilik kosong. Kawan aku tak jadi nak travel dengan aku. So, macammana kalau aku lepaskan bilik tu dekat kau. Jujurnya, today semua bilik dekat hotel ni dah fully booked. Lagipun hari dah nak malam, susah nak cari bilik lain dah. Why not aku buka offer ni pada kau. Setuju?" Eamir cuba membuat tawaran.

Izly sudah mengerutkan kening. Terasa takut untuk mempercayai kata-kata Eamir.

"Eh, tak apa. Saya boleh cari hotel lain. Awak jangan risau." jawab Izly berbahasa. Sejujurnya, susah Izly mahu menerima tawaran lelaki yang baru dia kenali hanya dua minit itu.

"Aku ikhlas. Aku dah siap booked bilik ni untuk tiga malam. Tapi nak buat macammana, kawan aku buat spoil pula. Dah penat-penat rancang semuanya, dia tak datang pulak. Kau tak perlu bayar apa-apa. Aku tak harapkan bayaran pun. Memandangkan kau pun tak kenal sesiapa dekat sini, aku rasa better kau terima sahaja."

"Tapi.." Izly masih serba-salah.

"Aku ikhlas."

"Saya.."

"Aku tak akan minta apa-apa bayaran. Kau boleh pilih bilik dekat receptionist nanti. Aku cuma tak nak biar bilik yang aku dah tempah tu kosong je. Atleast kalau kau duduk situ, kira berbaloi jugalah dari dibiarkan kosong. Lagipun bukan diorang nak return balik duit aku kalau cancel booking. So anggap sajalah semua ini rezeki kau. Setuju?"

Izly memandang wajah Eamir dalam-dalam, mengharapkan Eamir tidak bergurau. Hatinya masih berkira-kira mahu menerima atau menolak tawaran tersebut.

"Setuju tak?" soal Eamir.

"Bayaran macammana?"

"No need."

"Ergh.."

"Tak apa. Nanti bincang lain. Ni details untuk confirmation booking." Sehelai kertas bersaiz A4 yang berlogo Agoda.com itu bertukar tangan.

"Kau boleh pergi ambil kunci dekat receptionist dulu. Aku tunggu sini." Ucap Eamir sambil mengarahkan pandangannya kepada sofa di sebelah Izly.

"Are you serius?" soal Izly tidak percaya. Wajah Eamir dipandangnya tajam. Cuba mencari keikhlasan dalam mata lelaki itu.

Hampir tiga saat pandangan mereka berdua bertaut. Izly kemudian cepat-cepat melarikan pandangannya ke tempat lain. Terasa perasaan asing mula singgah di hatinya ketika melihat anak mata Eamir.

"Aku serius. You better go now, atau kau nak duduk satu bilik dengan aku?"

"Hah? Nope!" Jawab Izly separuh menjerit. Langkah di atur laju ke kaunter receptionist. Eamir sudah mengukir senyuman tatkala teringatkan kata-katanya kepada Izly tadi. Kedengaran agak biadap, tapi Eamir akui sangat suka melihat wajah kelam-kabut gadis itu.

Sampai di kaunter, Izly jadi serba-salah. Terasa tindakannya sebentar tadi salah. Bagaimana dengan mudahnya Izly boleh menerima tawaran lelaki itu. Macammana kalau lelaki itu sebenarnya berniat jahat? Macammana kalau sebenarnya lelaki itu ada niat tersembunyi? Entah-entah lelaki itu bapa ayam ke?

"Miss!" Panggil Izly dalam senyuman. Gadis berambut blonded di kaunter mendekati Izly dan mengukirkan senyuman. Perlahan-lahan Izly menghulurkan kertas di tangannya kepada gadis kaunter itu.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now