12.05 PM, KLIA 2
Keputusan drastik. Hari ini, Izly di sini, memerhatikan orang ramai dengan pelbagai jenis ragam, ada yang sedang bergembira, bersedih, tak kurang yang kelihatan stress. Melihat mereka yang berpasangan, berjalan berdua beriringan sambil mengukirkan senyuman manis sesama mereka, hati Izly tiba-tiba jadi sayu. Jujur, Izly rindukan kehadiran Dani. Kenapa susah sangat Izly mahu membuang nama lelaki itu dari ingatannya?
Kalau kau sayangkan diri kau, move on!
Kata-kata itu bermain di dalam kepala. Izly tarik nafas dalam-dalam. Wajah Dani cuba Izly buang jauh-jauh. Dia sudah memilih, Izly pula harus meneruskan hidupnya secara normal sama seperti perempuan-perempuan lain. Perlahan-lahan, Izly mendaki escalator ke tingkat atas untuk check-in. Kerana ianya pertama kali bersendirian, Izly jadi canggung. Air mata yang hampir menitis saat terkenangkan Dani, cepat-cepat disekanya. Berbekalkan nekad dan niat, Izly perlu berani. Mungkin bersendirian itu akan membuatkan Izly kembali mengenali dirinya, kemudian move on. Siapa tahu!
Boarding pass di tangan Izly pegang kejap. Langkah diatur ke kawasan menunggu yang terletak berhampiran balai berlepas. Sengaja Izly memilih tempat yang agak tersorok. Jauh dari pandangan orang ramai. Izly mengukir senyuman kepada seorang wanita hampir sebayanya yang duduk selang dua kerusi daripadanya.
"Hai!" tegur wanita itu penuh ramah. Izly mengukir senyuman, terasa tidak selesa kerana melihat keramahan wanita itu. Perlahan-lahan, Izly duduk di kerusi. Terasa aneh, tapi Izly cuba bertenang dan bertenang.
"Sendirian?" soal gadis yang duduk di kerusi selang dua kerusi dari Izly. Izly mengangguk. Ternyata penampilannya tidak menunjukkan bahawa dia dari tanah seberang.
"Dewi." ucapnya seraya menghulurkan tangan untuk berjabat. Hati Izly terasa berbelah bahagi.
"Izly," balas Izly sambil berjabat tangan dengannya.
"Saya dari Jakarta, transit mahu ke Bangkok." ucapnya tanpa dipinta. Mungkin faham bahawa Izly agak tertutup untuk berkenalan dengannya.
"Alone?" soal Izly pula apabila melihat Dewi disitu bersendirian. Dia mengangguk seraya mengukir senyuman.
"Serius?" soal Izly lagi seakan tidak percaya.
"Iya,"
"Bercuti atau berjumpa seseorang?" Izly memberanikan diri memulakan topik perbualan.
"Bercuti." jawabnya. Mata Izly membulat. Di wajah Izly terlihat riak teruja.
"For first time?" soal Izly. Sengaja mahu menduga. Manalah tahu mereka dalam situasi yang sama.
"No, ini kali ke lima." balas dia penuh yakin. Izly mengangguk perlahan.
"Saya pertama kali." Jawab Izly jujur. Malu sebenarnya.
"Ke Bangkok?" soalnya. Izly menggeleng laju.
"For first time, saya memilih untuk ke Kota Kinabalu sahaja."
"Oh, masih dalam Malaysia."
"Ye." Ucap Izly malu-malu.
"Nggak apa-apa. Itu juga lumayan. Saya pernah ke Sabah. Ternyata tempatnya bagus bangat!" balasnya. Mungkin sengaja mahu memberi Izly motivasi.
"Hopefully," jawab Izly perlahan. Dia mengangguk seraya tersenyum.
"Apa yang membuatkan awak berani untuk jadi lone traveller?" soal Izly. Entah kenapa, Izly merasakan dia perlu tahu. Jarang seorang wanita muda berani untuk melancong sendirian. Sesekali Izly memandang penampilan wanita itu. Kagum sebenarnya.
YOU ARE READING
MAPS ©️ ✔️
Romance"Perkahwinan yang Tak Dirancang, Cinta yang Tak Dijangka." Izly hanya mahu perkahwinan sementara-sekadar untuk menggantikan tempat Dani. Eamir setuju, dengan janji tidak akan menuntut lebih. Namun, sejurus selepas lafaz akad, segalanya berubah. Eami...