"What?" Aira terkejut. Sangat terkejut dengan kata-kata yang baru dia dengar. Maryam hanya membisu. Tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan reaksinya. Maryam juga ikut terkejut dengan kata-kata Izly. Izly hanya mengangguk lemah. Beberapa minit, suasana di dalam bilik itu senyap. Izly, Aira mahupun Maryam semuanya sedang cuba mengawal emosi mereka. Kata-kata Izly yang pada awalnya kedengaran seakan gurauan bertukar serius. Aira memandang Izly dengan pandangan tajam. Masih mahu mengharapkan kata-kata Izly itu hanya gurauan sebenarnya.
Empat hari Izly berada di Kota Kinabalu, dalam masa empat hari, begitu mudah Izly move on dan mahu berkahwin. Tindakan drastik Izly bukan sahaja membuatkan Aira dan Maryam sahaja terkejut. Malah, sesiapa pun akan ikut sam terkejut jika mereka mendengar kata-kata Izly.
"Siapa dia? Kau kenal siapa keluarga dia? Dia asal daripada mana? Kau jumpa dia dekat mana? Izly, be rasional boleh tak?" Aira sungguh-sungguh marah. Bagaimana gadis seperti Izly boleh bertindak sebegitu berani. Izly hanya memilih untuk membisu.
"Kau tidur dengan dia ke apa?" Aira sudah serkap jarang. Mata Aira tajam memandang wajah Izly, apa yang Izly buat sungguh tidak boleh dicerna oleh akal logiknya. Dia dan Maryam mencadangkan Izly bercuti untuk gadis itu menenangkan perasaan. Sebaliknya, lain pula yang terjadi. Izly sudah berani berhubungan dengan lelaki yang tidak dikenali. Sedikit terasa menyesal Aira kerana membiarkan Izly bercuti bersendirian.
"Tak, dia baik, dia jaga aku. Dia dah tahu semuanya tentang Dani." Izly masih menunduk. Tidak berani menentang wajah Aira yang sudah menyinga. Aira kawan baiknya, bukan sahaja di zaman kuliah, malah dari zaman sekolah lagi. Persahabatan mereka terlalu lama.
"Izly, kenapa jadi macam ni, kenapa kau buat benda macam ini. Izly, kau pertaruhkan masa depan kau pada seseorang yang kau tak kenal, Izly..." ada nada kecewa dalam kata-kata Aira. Aira sudah menggeleng perlahan. Kecewa dengan sikap terburu-buru kawan baiknya itu.
"Sudahlah tu Aira, doakan yang baik-baik untuk Izly." Maryam cuba meleraikan ketegangan antara Aira dan Izly. Apa pun yang terjadi, macammana marahpun mereka berdua kepada Izly, Izly sudah buat keputusan sendiri. Mereka tiada hak mahu membantah.
"Aku tak boleh terima," ucap Aira. Masih dalam nada marah. Jelingannya tajam menikam wajah Izly.
"Aira, kau kena faham. Sejak korang whatsapp aku kad kahwin Dani tu, aku jadi lagi sedih. Hati aku terhiris, maruah aku di pijak-pijak oleh Dani. Aku rasa terhina sangat. Tolong jangan nafikan keputusan aku. Aku je yang tahu apa yang aku rasa. Sakit dia, Tuhan sahaja yang tahu. Aku sedar, Eamir pun tak nak dekat aku, dia kahwin dengan aku sebab nak tolong aku. Dia tak macam lelaki lain, berkali-kali aku pujuk dia, baru dia sudi nak tolong, kalau dia jahat, dengan kondisi aku yang macam ni, dah macam-macam dia boleh buat dekat aku!" Entah kenapa, laju sahaja kata-kata itu meniti di bibir Izly. Pandangan tajam Aira itu dibiarkannya sahaja.
"Dia tolong apa? Tolong jadi pak sanggup? Kau mengandung ke?" bentak Aira marah. Maryam sudah menarik tangan Aira, cuba menenangkan Aira yang semakin berapi-api bahasanya. Dalam situasi ini, Maryam sedang cuba menjadi orang tengah untuk menenangkan kedua-dua kawan baiknya itu.
"Mind your words Aira. Aku tahu kau kawan baik aku. Tapi kau tak ada hak nak judge aku macam tu!" Suara Izly ikut meninggi. Sakit hatinya dituduh begitu.
Aira merenung Izly tajam. "Habis tu? Sebab apa? Kenapa kau terdesak sangat nak cari pengganti Dani? Kau ingat, kahwin ni macam main pondok-pondok ke?" Dadanya berombak-ombak ketika menuturkan ayat itu.
"Dia jadi pak sanggup untuk buktikan pada Dani, aku juga boleh gantikan tempat Dani dengan lelaki lain. Bila-bila masa sahaja kalau aku nak. Eamir sudi untuk gantikan tempat Dani. Aku dah buat keputusan muktamat untuk kahwin dengan Eamir secepat mungkin. Kalau boleh, hari yang sama Dani kahwin." Balas Izly. Air mata yang sudah mengalir dari tubir mata dibiarkan sahaja.
YOU ARE READING
MAPS ©️ ✔️
Romance"Perkahwinan yang Tak Dirancang, Cinta yang Tak Dijangka." Izly hanya mahu perkahwinan sementara-sekadar untuk menggantikan tempat Dani. Eamir setuju, dengan janji tidak akan menuntut lebih. Namun, sejurus selepas lafaz akad, segalanya berubah. Eami...