16| E n a m b e l a s

93 5 0
                                    

Seperti yang dijanjikan. Hari ini Izly dan Eamir bersama-sama ke rumah sewa Izly di Pantai Dalam untuk mengambil barang-barang Izly. Walaupun Izly rasa tidak sedap hati, kerana mengingati bahawa Eamir kini adalah suaminya, maka Izly akhirnya bersetuju juga untuk tinggal di rumah Eamir.

"Kau dah nekad ke nak tinggalkan kitorang ni? Dah memang tak nak tinggal dengan kami lagi?" soal Aira inginkan kepastian.

Izly hanya mengangguk laju. Senyuman cuba dimaniskan ketika pandangan mereka bersatu. "Tempat seorang isteri disamping suami. Jadi, antara nak atau tak, aku kena ikut Eamir juga. Aku tak ada pilihan." Ucap Izly. Senyuman cuba dimaniskan.

"Kau bahagia dengan Eamir?" Aira masih mahu mencungkil rahsia.

"Bahagia. Tapi kau faham je lah, kami kahwin tanpa cinta. Jadi, definisi bahagia tu tak tahu nak cakap macammana." Aira mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Izly.

Dua buah kotak yang berisi barang-barang peribadi milik Izly di letakkan di depan pintu. Jika diikutkan, Izly agak berat hati untuk meninggalkan rumah itu, tetapi kerana mengenangkan janjinya kepada Eamir, Izly tetap bersetuju.

"Kau boleh ke angkat semua kotak ni sendiri? Kalau tak boleh, aku boleh tolong." Aira sudah menawarkan bantuan.

"Tak apa. Aku dah whatsapp Eamir. Kejap lagi dia sampai sini."

Aira memandang tepat ke wajah Izly. Mencari keikhlasan dalam wajah itu. "Kau yakin ke dengan keputusan kau ni? Kau tak rasa yang keputusan kau untuk keluar awal dari rumah ni terlalu cepat. Sebab, perkahwinan ini tak dirancang. Aku jadi takut. Kau tak kenal dia lagi. Aku bukan tak percayakan Eamir. Tapi aku susah nak terima." Akhirnya ayat itu terkeluar dari mulut Aira selepas beberapa ketika ayat tesebut di tahan-tahannya.

"Aku okey. Percayalah. Semuanya baik-baik je. Kalau satu masa nanti aku tak okey, Aku janji akan cari kau. Kau kawan baik aku, kau akan tetap ada dengan aku sampai bila-bilakan?"

"Walaupun aku dah ada suami nanti, kau akan tetap jadi kawan baik aku sampai bila-bila. Aku akan tetap ada di sisi kau. Aku janji." Balas Aira dalam senyuman.

Hubungan mereka bukan setakat kawan baik. Tetapi sudah seperti adik-beradik. Saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka berdua kemudiannya berpelukan. Masing-masing seakan tidak mahu berpisah.

"Ehem" pelukan mereka terlepas.

"Maaf saya menganggu awak berdua. Saya datang nak angkat barang." Ucap Eamir dengan senyuman yang menghiasi bibir. Izly dan Aira melepaskan pelukan. Pandangan mereka terarah kepada Eamir yang sedang berdiri di tangga paling atas. Mahu bertindak mendekati, Eamir bimbang dia akan mengganggu dua sahabat itu.

"It is okey. Saya cuma nak lepaskan rindu pada kawan baik saya." Ucap Aira apabila melihat Eamir.

Kotak pertama diangkat oleh Eamir. "Jangan risau, nanti kalau awak senang, awak boleh datang rumah kami. Nanti saya suruh Izly whatsapp location sharing dengan awak. Rasanya awak tak kisah kot datang rumah kami yang biasa-biasa tu." Eamir sudah mengukirkan senyuman seraya ayat terakhir itu meniti di bibirnya.

"InsyaAllah." Balas Aira pendek. Izly punya hanya menjadi pemerhati antara mereka.

"Aira, aku gerak dulu ye." Ucap Izly pula seraya mencapai sebuah lagi kotak di depan pintu. Eamir sudah bergerak ke tangga untuk turun. Aira membuat isyarat ok, kemudian Izly mengikuti langkan Eamir ke tingkat bawah.

Sampai di bawah, Izly terkedu tatkala melihat keretanya sudah tiada di petak parking ketika mereka berdua bergerak ke kereta Eamir.

"Awak, mana kereta saya?" soal Izly sambil matanya meliar memandang sekeliling kawasan parking. Ketika mereka tiba di petak parking tadi, Eamir meminta kunci kereta Izly. Katanya hanya mahu memindahkan beberapa barang dari keretanya ke kereta Izly. Tetapi tidak langsung Eamir menyatakan tentang perkara lain. Eamir yang sudah sampai ke kereta hampir ketawa ketika melihatkan wajah kerisauan Izly. Nampak comel walaupun Izly sedang berada dalam kerisauan!

"Saya dah bawa balik rumah kita." Jawab Eamir tidak bersalah. Bebola matanya menangkap wajah Izly yang seakan tidak percaya itu.

"Hah? Habis tu macammana awak datang sini semula?" Izly seakan tidak puas hati.

"Saya naik grab macam selalu." Balas Eamir. Niat Izly untuk memandu sendiri pulang ke rumah Eamir tidak kesampaian. Izly mengeluh perlahan. Sikap diktator Eamir menjengkelkan Izly lagi.

Bosan!

Dengan wajah mencuka, Izly bergerak ke bahagian bonet kereta. Kotak itu diletakkan di sebelah kota yang pertama. Wajah Eamir dipandang Izly sekilas. Kemudian Izly terus masuk ke dalam kereta. Izly hanya membiarkan Eamir menyusun semua kotak tersebut sendirian. Sikap diktator Eamir itu sungguh tidak boleh diterima oleh Izly. Semudah itu Eamir bertindak tanpa mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu.

Izly mengeluh sendirian. Terasa annoying apabila Izly cuba protes segala tindakan Eamir. Sedangkan dia dan Eamir cuma berkahwin tanpa cinta. Mengenangkan cara mereka berkahwin, Izly kemudian malu sendiri.

Nak buat macammana, terlajak kata boleh diundur, terlajak kahwin, Izly perlu menanggung semua perkara berkaitan Eamir, sama ada suka atau tidak, setuju atau perlu mengalah! Izly sudah tidak boleh berfikir sebaiknya.

"Again, sorry. Saya tak sampai hati nak biarkan wife saya memandu sendirian malam-malam ni." Perkataan wife itu sengaja ditekannya. Eamir duduk di tempat pemandu. Menghidupkan enjin kereta kemudian memandang Izly sekilas sebelum kembali memandang permukaan jalan raya.

"Awak tak boleh senang-senang nak buat semua keputusan untuk saya. Sebagai seorang lelaki, awak kena hormat saya juga. Saya ada hak untuk diri saya. You ruin all my plan!" Tukar Izly.

"Ruin?" soal Eamir. Izly terdiam. Jika Izly menjawab, Izly sudah tahu ke mana arah kata-kata Eamir selepas ini. Pastinya Eamir akan mula menyindirnya lagi dan lagi!

Hampir lima belas minit kebisuan tercipta antara mereka. Masing-masing lebih suka melayan perasaan sendiri.

"Okey, sebagai tanda minta maaf. Esok pagi saya hantar awak ke office. Okey?" Eamir sudah memulakan misinya untuk memujuk Izly. Entah kenapa, melihat wajah sedih Izly, perasaan Eamir seakan tidak keruan. Rasa bersalahnya menebal!

"Eh, awak tak kerja ke?" soal Izly pelik. Rasa marahnya sudah berkurangan.

"Saya cuti lagi. Saya ambil cuti panjang, awak jangan risau."

"Awak kerja apa? Saya tengok awak macam senang je ambil cuti. Lagipun awak macam banyak je cuti. Ke awak dah kena terminate?" Izly sengaja serkap jarang. Sudah tidak kisah jika kata-katanya itu menghiris perasaan Eamir.

Eamir ketawa kuat. "Kalaulah saya boleh kena terminate, sayalah orang yang paling bahagia. Tapi nak buat macammana, apapun yang saya buat, teruk mana pun kerja saya, saya tetap tak akan kena terminate, saya tetap kena jalankan tanggungjawab saya selama-lamanya!

"Wow, jealousnya dengan kerja awak. Dekat office awak ada post kosong? Kalau ada, awak boleh tak recommend pada saya?" ucap Izly penuh pengharapan.

Eamir memandang Izly sekilas, kemudian kembali ke pemanduan. "Awak serius ke?" soal Eamir pelik. Izly mengangguk mendengarkan pertanyaan itu.

"Awak tak perlukan kerja lain, saya dah dapatkan awak kerja yang lagi mudah dan selamat. Awak tak akan penat nak layan masalah orang lain lagi. Saya pasti awak akan sukakan kerja tu." Eamir sudah senyum simpul. Izly terdiam, cuba mencerna setiap kata-kata Eamir.

"Kerja apa?" soal Izly berminat.

"Jadi ratu di hati saya. Jadi ibu kepada anak-anak saya."

Izly terkedu. Kata-kata Eamir kedengaran pelik. Apa maksud sebenar Eamir? Tekak terasa kering. Wajah Eamir dipandang sekilas. Tak mungkin Izly tersalah dengar. Mustahil!

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now