9|S e m b i l a n

119 10 1
                                    

Mata mereka bertentangan. Mereka saling bertukar senyuman. Izly cuba mengawal debar di dada. Entah kenapa, lelaki itu seakan berlainan pada pertemuan kali ini. Izly mengukirkan senyuman yang paling manis. Sejujurnya, Izly ikut cair tatkala wajah lelaki itu menjamu pandangannya semenjak awal tadi.

Suasana di dalam café Starbucks itu terasa sedikit bahang walaupun hakikatnya ruang kedai kopi jenama antarabangsa itu dingin. Sesekali, mata Izly memandang keliling ruang yang kelihatan sangat cozy, di hari cuti begini, hampir keseluruhan ruang di dalam starbucks itu berpenghuni. Izly cuba mengumpul kekuatan, kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki itu.

Beberapa minit, kebisuan tercipta antara mereka. Izly memandang keluar dinding kaca. Eamir pula memandang skrin i-phone di tangannya. Kaku.

Awkward!

"Awak nak minum apa? Saya belikan, jangan risau, saya belanja." Eamir mula bersuara. Izly masih membisu. Hanya pandangan mata Izly sahaja yang tadinya memandang keluar kembali difokuskan kepada Eamir. Sungguh Izly terbuai melihat kesempurnaan lelaki di hadapannya itu. Penampilan Eamir sangat berlainan semenjak mereka bertemu minggu lepas.

"Awak?" ulang Eamir.

"Ye?" jawab Izly dalam nada terkejut. Izly bagaikan baru terjaga dari mimpi.

"Awak nak minum apa?"

"Oh, saya nak cuppucino. Panas." Ucap Izly lambat-lambat.

"Okey, tunggu sekejap ye." Balas Eamir kemudian bangun menuju ke kaunter.

Sempurna. Itu sahaja yang mampu Izly tuturkan. Eamir kelihatan sangat berbeza dengan yang dilihat Izly sebelum ini. Jika sebelum ini Eamir datang kepada Izly dengan penampilannya sekarang, jujur, Izly tidak akan semudah itu merendahkan martabatnya untuk memaksa Eamir berkahwin dengannya. Mungkin Izly akan lebih memilih untuk menerima tawaran Eamir untuk mereka 'couple'.

Pertama kali membuat tawaran, Izly tidak pernah menyesal memilih Eamir. Tetapi, kini terbit satu perasaan asing dalam hati Izly. Izly terasa takut kehilangan Eamir!

Adakah ini cinta? Tak akan semudah itu Izly berpaling?

Izly menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Cuba membuang perasaan asing itu. Izly perlu tetap dalam agendanya sendiri. Dia hanya meminjam jasad lelaki itu untuk berkahwin. Izly faham, dia tidak boleh memaksa Eamir menerimanya. Walau apa pun, Izly perlu berterima kasih kerana Eamir sanggup memberikan bantuan untuk dia menjayakan semuanya.

Jika diberi pilihan, antara Dani dan Eamir, jujur Izly masih mahu memilih Dani, pada Izly, Dani sahajalah lelaki yang dapat mencuri hatinya. Malah, kesetiaannya kepada cinta Dani tidak dapat diberikan kepada lelaki lain. Terlalu sakit untuk beralih cinta kepada lelaki lain.

Izly mengeluh sendiri, penat. Penat dengan perkara yang datang tidak terduga.

Dikejauhan, Izly memandang susuk tubuh Eamir dari belakang. Kacak dan sempurna. Terasa kembali berbahang wajahnya apabila teringatkan lamaran yang dia buat kepada lelaki itu minggu lepas.

Deringan telefon dari dalam bag sandang menganggu lamunan, lambat-lambat Izly mengeluarkan i-phone tersebut.

Dani.

"Hello?" Izly cuba mngawal getar di dada.

"Tahniah." ucap Dani. Mendatar.

"Tahniah? untuk apa?"

"Sebab dah jumpa pengganti. So fast. Agak-agak, antara kita siapa yang akan kahwin dulu? Well, apa-apa pun jangan lupa jemput ye. Bye!"

Sarcastic!

Belum sempat Izly menjawab, panggilan diputuskan. Air mata Izly sudah bertakung, menunggu masa untuk turun. Lelaki itu terlalu kejam. Berkali-kali perasaan Izly didera oleh Dani.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now