Proton Ertiga berwarna coklat itu memasuki kawasan perumahan apartment kos sederhana. Bangunan empat tingkat yang mempunyai beberapa blok itu langsung tidak menarik perhatian Izly. Apa yang lebih Izly risaukan saat ini adalah apabila perlu duduk berdua dengan Eamir dalam satu rumah.
Kereta itu berhenti di depan pintu masuk bangunan yang tertera huruf F di hadapannya. Selesai membayar tambang kepada pemandu grab itu, Eamir keluar dari perut kereta. Izly yang duduk di belakang hanya mengekori Eamir keluar dari kereta itu.
Setelah Proton Ertiga itu berlalu, Eamir berjalan memasuki bangunan tersebut. Langkah diatur menaiki tangga ke tingkat satu. Izly hanya menjadi pemerhati. Tidak berminat mahu bertanya lebih lagi.
Gril dan pintu kayu dibuka perlahan-lahan.
"Jemput masuk." ucap Eamir sambil memberi laluan untuk Izly masuk dahulu ke dalam rumah. Perlahan-lahan Izly melangkah masuk ke dalam rumah. Pandangannya memaku ke ruang tamu. Rumah itu nampak sangat biasa dengan mengetengahkan dekorasi scandinavian minimalist. Mungkin kerana sebelum ini Eamir tinggal bersendirian, oleh itu dia memilih dekorasi simple begitu.
Pintu ditutup. "Ini saja tempat yang saya mampu sediakan untuk awak." Ucap Eamir sambil duduk di sofa menghadap skrin televisyen bersaiz 50 inci di dinding.
"Actually, saya sebenarnya dah rancang nak duduk je dekat rumah sewa sekarang. Awak tak perlu buat semua ni." Izly cuba membantah. Izly tidak mahu nampak lemah di depan Eamir. Tidak mahu menggantungkan terlalu besar harapan kepada hubungan mereka.
"Habis tu, saya macammana?" soal Eamir.
Izly terkedu. Kata-kata Eamir itu kedengaran seakan Eamir mahu pergi lebih jauh dalam hubungan perkahwinan mereka. Tapi, Izly masih tidak mampu untuk menerima Eamir sepenuhnya.
"Sampai bila?"Soal Eamir.
"Sampai bila?" Izly ikut menyoal. Tidak faham maksud Eamir.
"I guess kawan-kawan awak yang dua orang tu pun akan kahwin end of this year. Betul?" Eamir sudah senyum menyenget. Pandangannya tajam.
Izly terdiam. Termalu sendiri dengan tekaan Eamir. Terlalu banyak yang lelaki itu tahu tentang dirinya. Siapa sebenarnya Eamir? Kenapa lelaki itu seakan boleh membaca setiap rahsia Izly seakan membaca sebuah naskah novel. Pelik!
Izly mengambil tempat duduk di sebelah Eamir. Masih menjaga jarak walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri. "Saya minta maaf sebab saya paksa awak. Saya rasa bodoh sangat dengan tindakan saya. Saya malu dengan apa yang saya dah buat. Saya seakan desperate sangat nak kahwin. Sampailah pada hari saya call awak tu. Hari tu saya betul-betul takut dengan masa depan sendiri.
Saya manusia yang kejam sebab cuba melibatkan orang lain dalam masalah saya. Saya sepatutnya perlu move-on, dekatkan diri dengan Tuhan, bukan cari pengganti Dani semata-mata untuk puaskan hati sendiri. Apa yang saya buat, sangat-sangat memalukan. Betul kata awak. Apa yang saya buat ini semuanya salah. Saya minta maaf sebab libatkan awak." Air mata sudah bertakung di tubir mata Izly. Hanya menunggu masa untuk mengalir. Eamir di depan Izly pula hanya menjadi pemerhati. Jujurnya Eamir terasa bosan dengan kata-kata Izly. Dari Langkawi hingga ke rumah ini, Izlya masih bercakap tentang perkara yang sama.
"Awak maafkan saya tak?" soal Izly.
"Apa maksud awak? Awak nak bagitahu yang awak menyesal kahwin dengan saya? Nak bagitahu semua ini satu kesilapan?" Eamir bangun dari sofa. Langkah diatur menghampiri bilik. Wajahnya serius.
"Like i said. No U-turn. Awak yang cari saya. Semua hak terhadap awak adalah di dalam tangan saya. No turning back! Titik." Eamir sudah memulas tombol pintu bilik. Wajahnya tegang.
YOU ARE READING
MAPS ©️ ✔️
Romantiek"Perkahwinan yang Tak Dirancang, Cinta yang Tak Dijangka." Izly hanya mahu perkahwinan sementara-sekadar untuk menggantikan tempat Dani. Eamir setuju, dengan janji tidak akan menuntut lebih. Namun, sejurus selepas lafaz akad, segalanya berubah. Eami...