"Hoi abang berbaju biru, muka manis cam ulat bulu.. dapat salam dari ayah ibu, tamat kuliah jadi menantu.." Ayu bernyanyi seorang diri sambil menyidai baju di luar rumah.
Kebetulan pula Putera lalu di situ, terus langkahnya terhenti lantas dia memerhatikan warna baju yang dipakai olehnya ketika ini.
'Hai? Dia kata dekat aku ke? Kebetulan aku pakai baju warna biru ni.' Ucap Putera dalam hati. Bibir Putera pula sudah mengukirkan senyuman manis.
Dia bersandar sahaja di tepi dinding sambil memeluk tubuh dengan kemas lalu dia memehatikan sahaja Ayu dari jauh yang sedang asyik bernyanyi lagu bertajuk Abang Berbaju Biru itu.
"Abang jangan lama di situ, Adik sudah lama menunggu, berdoa semoga Allah bantu, supaya cepat kita bersatu." Ayu teruskan menyanyi tanpa menyedari Putera sedang memerhatikannya dari jauh.
'Hai, ada peluang nak try ni. Hahaha.' Ucap Putera dalam hati lagi. Putera ada satu rancangan supaya Ayu sedar akan kehadirannya, lalu dia berjalan di tepi dinding sambil memandang ke arah Ayu yang sedang sibuk menyidai baju di ampaian.
"Zalikha, Zalikha, Zalikha, kaulah gadis jelita.. Bilaku berjalan sebelah, terasa rusuk bergetar.. Zalikha, Zalikha, Zalikha, kaulah yang mempersona, bilaku terdengar suaranya, hatiku terpaut jadi gila, adakah dia, sudah berpunya.. Jika belum ada, inginku berkenalan dengannya.." Putera pula menyanyi lagu Floor88 sambil berjalan melintasi Ayu seraya memandang ke arah gadis itu.
Ayu tersentak, lantas terus dia memandang ke arah Putera dengan penuh perasaan malu menebal dalam hati.
'Aish, dia dengar ke aku nyanyi tadi?' Getus hati Ayu.
Bayangan Putera pula sudah hilang dari pandangan mata Ayu dalam sesaat. Ayu pub rasakan benda yang sama, seakan-akan sedang berbunga-bunga mekar di taman hati.
'Ya Allah, handsomenya kawan abang aku ni. Sukalah tengok gaya dan cara dia tu. Nampak baik sangat. Dia senyum pun manis. Alahai, kalau dapat suami macam kawan abang aku tu kan best.' Ucap Ayu dalam hati sambil sudah berangan-agan.
'Aish, apa aku merepek ni?' Ayu mula tersentak dari lamunan. Tudung yang tersarung pada kepalanya ditarik sedikit ke belakang.
Sejak-sejak kawan abangnya ini datang, Ayu memang akan pakai tudung walaupun di dalam rumah. Iyalah, bukan mahramkan, haram kalau tayangkan aurat di hadapan lelaki lain.
Ayu menyambung kembali menyidai pakaian sambil tersenyum-senyum seorang diri. Suara Putera yang menyanyikan lagu Zalikha tadi sedang bermain-main dalam kepalanya. Entah kenapa dia suka sangat, dia sendiri tidak tahu.
YOU ARE READING
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...