46

1.7K 72 2
                                    

"Mulai sekarang, kau dah jadi tunang adik aku. Aku tak minta banyak, cukup jaga hati dia dan tinggalkan perangai lama kau tu. Boleh?" Pesan Syukri semasa dalam pelukkan Putera.

Putera yang mengenakan baju kemeja biru muda menganggukkan sahaja kepalanya. Dia bersungguh-sungguh akan tinggalkan perangai lamanya dan akan menjadi lelaki budiman selepas ini.

Ayu merenung sahaja ke arah dua jejaka itu dari jauh sambil memegang tiang rumah. Dia hanya mengenakan gaun biru muda yang sangat lembut dan tudung labuh berwarna putih. Sederhana sahaja majlis pertunangannya. Sesederhana pakaiannya.

Tak perlu mini pelamin bagai dan hantaran mahal-mahal bagai. Cukuplah buat apa yang patut pada bazirkan duit kepada benda yang seronok seketika sahaja.

"Baiklah, aku cuba. Aku takkan hampakan kau sebagai kawan baik aku. Aku akan pegang amanah kau selagi aku mampu." Balas Putera seraya melepaskan pelukkannya.

"Aku ada sorang adik tu je tau. Aku tak nak hidup dia kecewa sebab lelaki. Cukuplah dia kecewa dengan pelajaran dia dulu. Aku tak nak dia kecewa lagi." Terang Syukri seraya cuba untuk tersenyum.

"Ya, aku cuba."

Semua orang dari rombongan lelaki sudah berpusu-pusu keluar dari rumah setelah semuanya selesai dengan lancar sekali. Hantaran juga hanya diletakkan dengan harga lima ribu cukup. Kalau tidak, belah pihak lelaki mahu letak dengan harga lima puluh ribu, tapi ditolak mentah-mentah oleh Pak Rashad.

"Aku balik dulu ya." Ucap Putera sambil bersalam pula dengan Syukri. Syukri akan tinggal di kampung ini untuk beberapa hari.

"Ya, hati-hati." Balas Syukri.

Putera menuju pula ke arah Ayu sambil tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Ayu tertunduk malu.

"Ayu, abang balik dulu ya." Ucap Putera sambil tersenyum manis.

"Hati-hati Abang Putera. Ayu.. Ayu tak boleh biasakan diri lagi tapi Ayu harap Abang Putera dapat terima Ayu seadanya walaupun Ayu tak sempurna." Pesan Ayu kepada bakal tunangnya.

"Biar tak sempurna di mata orang, tapi sempurna di mata abang dah cukup untuk bahagiakan abang." Balas Putera dengan senyuman yang masih kekal di bibir manisnya itu.

"Abang pun tak sempurna Ayu, abang pun banyak buat salah dalam hidup abang. Kita sama-sama perbaiki diri kita ya." Ujar Putera lagi.

Ayu hanya mampu tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Cincin emas di jari manis ditenung seketika sebelum kembali memandang ke arah tunangnya.

"Terima kasih untuk segalanya." Ucap Ayu lagi.

"Terima kasih sebab terima abang dalam hidup Ayu juga." Balas Putera.

"Abang balik dulu ya. Apa-apa call." Ucap Putera buat kali terakhir sebelum berlalu pergi masuk ke dalam kereta.

"Baik." Balas Ayu.

Dengan pantas Putera masuk ke dalam kereta. Di tempat duduk belakang kelihatan Ayden sedang melambai-lambaikan tangannya ke arah Ayu yang akan bakal jadi kakak iparnya nanti.

Ayu membalas lambaian Ayden dengan bersemangat sekali. Nampaknya, dia boleh rapat dengan Ayden. Dari tadi Ayden asyik nak berkepit dengan dia sahaja dari petang tadi lagi.

Dalam beberapa saat, bayang kereta-kereta mewah tadi hilang dari pandangan mata Ayu dan keluarganya. Suasana terus jadi sepi.

"Hmm, sebulan lagi dah nak jadi isteri orang. Abang dah tak boleh nak manjakan Ayu lagi dah. Lepas ni, Abang Putera kaulah yang gantikkan tempat abang." Ucap Syukri sambil memeluk tubuh dengan erat seraya datang ke arah Ayu secara tiba-tiba.

"Eleh, asyik usik Ayu je dua puluh empat jam. Manja apanya." Balas Ayu sambil turut memeluk tubuhnya sama seperti si abang.

Syukri mendengus perlahan, lantas laju sahaja kakinya masuk ke dalam rumah. Ayu menjeling sahaja ke arah Syukri sampailah bayangannya hilang dari mata.

Ayu tahu, abangnya tengah sedih pasal adiknya ini sudah jadi tunangan orang. Dah tak boleh nak usik manja-manja seperti dulu lagi. Ayu juga tahu nak lepaskan adik bongsunya ini ke tangan orang lain seraya mengalas tanggungjawab yang sangat berat kelak.

'Abang, Ayu doakan abang pun dapat jodoh yang baik untuk abang. Ayu tetap sayangkan abang walaupun Ayu tak pernah cakap dekat mulut, tapi Ayu cakap dekat dalam hati Ayu. Abanglah, satu-satunya abang yang Ayu ada dan yang paling Ayu sayang." Kata Ayu dalam hatinya.

AYU ZALIKHA (COMPLETED)Where stories live. Discover now