33

1.4K 66 0
                                    

"Putera Afiq." Laung satu suara perempuan tua dari luar bilik Putera sambil mengetuk pintu perlahan.

"Yes ma." Balas Putera sambil membuka daun pintu. Jelas terpampang wajah mamanya mengenakan telekung putih. Selalunya dia akan tinggal di kondominium bersama Syukri tetapi tidak hari ini kerana adik bongsunya kena demam panas. Sebagai abang, dia haruslah balik datang melawat adik kesayangannya.

"Ada apa mama?" Tanya Putera dengan wajah berkerut. Dia tahu kenapa mamanya datang tapi saja buat-buat tanya.

"Tadi Farah telefon mama. Putera tahukan kenapa Farah telefon?" Ucap Puan Kamariah kepada anaknya sambil tersenyum nipis.

Putera mengeluh seketika sambil menggaru-garu belakang telingnya.

"Hmm, tahu. Pasal nak ajak kahwinlah tu." Balas Putera acuh tak acuh.

"Mama tak kisah pun Putera nak berkahwin dengan sesiapa pun. Kaya, miskin, cantik, buruk mama tak kisah, asalkan Putera rasa gembira dengan pilihan Putera." Ucap Puan Kamariah kepada anaknya dengan tenang.

"Hmm, tahu tapi Putera rasa, Farah bukan jodoh yang sesuai untuk Putera." Ucap Putera sambil mula melemparkan pandangannya ke arah lain.

"Maksud Putera, Putera ada calon baru?" Soal Puan Kamariah dengan dahi berkerut.

Putera hanya mampu menganggukkan kepalanya. Secebis senyuman dihadiahkan kepada mamanya sekadar pemanis wajah.

"Siapa? Boleh mama tengok?" Tanya Puan Kamariah lagi.

"Boleh!" Balas Putera dengan wajah ceria. Terus dia berlari ke arah laci meja untuk mengambil beg duitnya. Di dalam beg duitnya terdapat sekeping gambar. Gambar siapa lagi kalau bukan gambar Ayu yang dia terpijak tempoh hari.

Terus dia menuju ke arah mamanya perlahan-lahan sambil menyerahkan gambar itu kepada Puan Kamariah dengan penuh harapan agar mamanya turut suka dengan pilihannya.

"Nah."

Gambar itu sudah bertukar tangan. Dibelek semahu-mahunya gambar itu oleh Puan Kamariah. Sebecis senyuman singgah di bibir orang tua itu.

"Lawa orangnya. Ayu muka budak ni. Putih, bersih, suci. Siapa nama dia?" Tanya Puan Kamariah seraya menyerahkan kembali gambar itu kepada anaknya.

"Betullah apa yang mama cakap tadi. Nama dia Ayu, seayu orangnya." Balas Putera sambil tersenyum rapi. Tak pernah sebahagia ini apabila mengenalkan seseorang kepada mamanya. Entah kenapa, tapi perasaan ini lain macam. Tak sama seperti sebelum-sebelum ini.

"Masya-Allah, sedapnya nama budak ni. Mama sukalah. Cantik je tengok dia bertudung. Sejuk mata memandang kalau tidak, sebelum ni jodoh Putera seksi bukan main sampai bisul mata mama tengoknya." Balas Puan Kamariah cuba untuk berjenaka dengan anak sulungnya.

"Haha, ini adik Syukrilah mama. Putera kenal masa balik kampung dia haritu. Best mama family dia orang, kecoh macam pasar malam. Ada je benda lawak yang dia orang buat setiap hari." Kata Putera dengan penuh teruja.

"Ouh, patutlah cantik, adik Syukri rupanya. Mama sukalah dengan budak tu, nanti ajaklah datang rumah kita. Mama nak kenal-kenal." Ucap Puan Kamariah seorang gadis Belanda asli itu dengan senyuman.

"Hmm, Putera tak janjilah mama. Syukri tak bagi Putera dekat-dekat dengan adik dia and ya, kami tak ada hubungan apa-apa pun cuma Puteralah yang tergila-gilakan dia." Ucap Putera dengan wajah sudah bertukar muram.

"Lah, tak bagi kenapanya?" Soal kembali Puan Kamariah.

"Syukri cakap Putera ni buaya. Takut-takut Putera nanti tinggalkan adik dia bila dah bosan nanti." Jawab Putera dengan terus terang.

"Oh, hmm.. Memang patutlah Syukri tak bagi adik dia dekat Putera. Memang betul pun. Haa, itulah dulu suka main-main. Sekarang dah suka betul-betul tak dapat dah." Ucap Puan Kamariah turut menyalahkan anaknya.

"Alah, mama pun sama macam Syukri ke? Yalah, Putera mengaku Putera bersalah tapi kali ni, Putera serius. Serius nak dekat Ayu ni mama." Ucap Putera dengan nada bersungguh-sungguh.

"Hmm, mama tak boleh nak buat apa kalau Syukri tak bagi. Syukri pun mama dah anggap macam anak mama sendiri jadi, mama dah masak dengan perangai dia, kalau Putera betul-betulkan nakkan budak Ayu ni, Putera kena buktikan yang Putera dah mula serius, dah mula tak main-main macam sebelum ni. Belajar dari kesilapan lalu okay." Ucap Puan Kamariah memberi nasihat kepada anaknya.

Putera hanya mampu mengangguk dan tersenyum kelat. Dia pun hanya 50-50 setelah Syukri melarang sekeras-kerasnya. Dia hormat dengan keputusan Syukri. Dia pun tak mahu bergaduh dengan Syukri disebabkan hal sebegini.

"Hmm, kalau tak ada apa-apa lagi mama masuk tidur dulu. Nanti, mama cuba cakap baik-baik dengan Syukri suruh ajak keluarga dia datang rumah kita." Ucap Puan Kamariah seraya mula menuju ke arah bilik tidurnya.

"Baiklah ma, eh mama. Ayden tidur ke belum lagi? Nak tengok dia sekejaplah." Tanya Putera di hujung daun pintu.

"Tak tidur lagi, tengah tengok TV dalam bilik dia. Pergilah, dia pun tak puas nak manja dengan abang kesayangan dia lagi." Ucap Puan Kamariah dengan suara makin perlahan.

"Thanks ma! Assalamualaikum, goodnight!" Ucap Putera buat kali terakhir sebelum mamanya masuk tidur.

"Waalaikumusalam, goodnight sweetheart!" Balas Puan Kamariah sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Putera.

Putera mula melangkah ke bilik adiknya di tingkat bawah sekali secepat mungkin sebelum hari makin larut malam.

AYU ZALIKHA (COMPLETED)Where stories live. Discover now