Sejak dari tadi tak henti-henti lagu bergenre dangdut berkumandang satu per satu di kedai kecil milik Sammy. Lagu Semakin Rindu Semakin Asyik, Dag Dig Dug, Secangkir Madu Merah, Robek Hatiku, Angkat Kaki dan lain-lain lagi berkumandang tanpa henti. Putera layankan sahajalah dah lagu itu sahaja yang dipasang oleh Sammy dari tadi.
"Nah, Ais kacang korang dah sampai." Ucap Sammy sambil membawa tiga mangkuk ais kacang yang diletakkan di dalam dulang.
"Yeah, dah sampai. Wah, ABC spesial ni." Kata Ayu sambil tersenyum suka melihat susu pekat melimpah ruah di atas ais kacang itu.
"Hehe, takdelah. Rezeki korang harini."
"Terima kasih Abang Samsul, Ayu makan dulu ya." Ucap Ayu lalu dia mengambil ais kacang yang paling banyak susu. Tekun dia makan tanpa memandang orang lain lagi.
Sammy tersenyum sahaja melihat Ayu makan hasil tangannya dengan riang sekali. Tak untung tak apa, janji orang suka dengan hasil air tangannya sudah cukup untuk Sammy.
Syukri dan Putera juga turut mengambil ais kacang masing-masing, lalu makan tanpa banyak bunyi. Serta-merta suasana sepi sejenak, hanya bunyi radio sahaja kedengaran enak berdangdut.
Cuaca petang ini sangatlah indah, tak panas. Redup sahaja ditambah pula dengan angin-angin bayu menyejukkan lagi keadaan. Sangat tenang dan damai.
"Malam ni, kami baliklah Sammy. Lepas ni takdelah nak makan ais kacang kau lagi." Ucap Syukri perlahan.
"Hmm, itulahkan. Hati-hatilah balik malam ni. Jalan gelap." Pesan Sammy sambil menongkatkan dagu dengan tapak tangannya.
Tak semena-mena, Ayu terhenti menyuapkan ais kacang ke dalam mulutnya. Wajahnya sudah bertukar sedih. Sayu sahaja dia rasakan kerana selepas ini semuanya kembali seperti keadaan asal. Dia kembali sunyi duduk di dalam rumah sendirian.
Walaupun abangnya kuat menyakat, dia tetap sayang akan abangnya itu. Tanpa gurauan kasar abangnya, hidup Ayu terasa kosong dan sunyi.
Wajah Putera ditatap oleh Ayu seketika. Berat juga dia nak melepaskan Putera pergi setelah mula rapat dengan jejaka kacukan Belanda itu walaupun hanya kenal beberapa hari sahaja.
Ayu mengeluh perlahan secara tak sengaja.
"Ayu janganlah sedih. Nanti Ayu dengan family Ayu datang rumah abang pulak. Kenal-kenal dengan family abang." Ucap Putera setelah perasaan wajah Ayu bertukar sedih secara drastik.
Ayu cuba tersenyum semula.
"Takdelah Abang Putera. Ayu okay. In Shaa Allah, ada rezeki kita jumpa lagi." Balas Ayu perlahan.
Putera hanya mampu tersenyum nipis seraya memandang wajah cantik Ayu dengan pandangan mata yang redup.
"Alah, takyah nak sedih sangatlah. Ayu berlakon je tu. Padahal sukakan abang balik KL." Tiba-tiba Syukri menyampuk setelah lama mendiamkan diri.
"Ish, mana ada. Abang Syukrilah yang Ayu paling rindu sekali tau. Werrk! Nak muntah kejap." Balas Ayu dengan nada berguraunya.
"Aik, lagi sorang siapa?" Ucap Syukri sambil menjeling ke arah adiknya.
"Itu..." Ayu sudah hilang kata-katanya, lalu dia terus terdiam dan makan ais kacang kembali seolah-olah tak ada apa yang berlaku.
"Eleleleh, Abang Putera dialah tu. Ah!" Kata Sammy sambil menolak bahu Ayu secara tiba-tiba. Dia tak dapat kawal perangai gediknya, lalu dia ketawa suka sambil menutup mulutnya.
"Ish, Abang Samsul sakitlah." Balas Ayu setelah ditolak kuat oleh Sammy. Nasib tak tumpah ais kacang dia.
Putera turut terasa malu, lalu dia terdiam dan teruskan sahaja makan ais kacang tanpa berkata apa-apa lagi.
Sedikit senyuman nipis singgah di bibir Syukri tapi entah untuk apa senyuman itu. Dalam hatinya bagus juga jika adiknya sudah punya pasangan. Tak adalah dia susah hati sangat pasal adiknya setelah Ayu mempunyai suami nanti.
Dia masih belum mahu mempunyai jodoh bukan disebabkan oleh apa, sebabnya tugas dia sebagai seorang abang belum selesai selagi adiknya tak bahagia dengan pasangan pilihan hati.
Berjodoh dengan Putera? Hmm, itulah yang membuatkannya takut untuk melepaskan adiknya kepada lelaki bernama Putera a.k.a bos merangkap kawan baiknya sendiri itu.
P/S: Cerita ini tak ada kena mengena langsung dengan Aliff Aziz >_<
YOU ARE READING
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...