"Nyah, kau ambil ni nyah. Lawa kalau kau pakai lipstik warna nude-nude macam ni, nyah. Memang trend sekarang tau!" Kata Sammy a.k.a Samsul kepada Ayu sambil menunjukkan majalah Avon kepada Ayu. Hari masih pagi buta, dia sudah datang rumah orang promote barang.
"Lawa tapi Ayu tak ada duit lagilah." Balas Ayu dengan wajah monyok. Dia pun dah lama tak beli alat solek oleh kerana kekurangan duit semenjak berhenti kerja ini jadi duit yang ada dia harus jimat cermat.
"Ish, rugi nyah. Kau lawa, pakai ni mesti lagi lawa." Kata Sammy lagi sambil memuncungkan bibirnya. Majalah Avon itu ditutup olehnya kembali.
Suasana sepi sejenak.
"Ada orang jatuh parit! Ada orang jatuh parit!" Tiba-tiba sahaja ada laungan suara budak-budak dengan kuat datang ke arah Ayu dan Sammy.
Terus anak mata Sammy dan Ayu terarah ke arah tiga orang budak itu. Tak lama kemudian, budak-budak itu tepat berada di hadapan Ayu dan Sammy.
"Haih, budak-budak ni. Siapa pulak yang jatuh parit pagi-pagi buta macam ni?!" Tanya Sammy sambil memperbetulkan sekuntum bunga raya di atas kepalanya yang sudah senget.
"Kawan Abang Syukri jatuh dalam parit buta tu. Tak boleh nak keluar." Cerita budak itu dengan penuh semangat.
"Hah! Abang Putera jatuh dalam parit buta! Eh, bahaya tu, kalau lambat boleh tengelam dia dalam tu! Abang Samsul jom cepatlah kita tolong dia. Jom cepat-cepat!" Ucap Ayu dengan mula kelam kabut menyarungkan selipar pada kakinya.
"Ayu! Tunggulah aku! Ahh!!" Jerit Sammy dengan gaya lembut kalah perempuannya itu. Terkedek-kedek dia berlari ke arah Ayu yang sudah menaiki motosikal kapcai miliknya.
"Korang ikut juga ya." Arah Ayu kepada budak-budak itu supaya ikut juga. Ayu sudah mula menaiki motor kapcai milik Sammy tanpa izin lelaki lembut itu.
"Abang Samsul, cepatlah!" Tempit Ayu kepada Sammy yang lambat kalah perempuan. Ayu sudah berwajah cuak.
"Ish, yalah-yalah." Balas Sammy seraya duduk di belakang Ayu.
Ayu terus menghidupkan enjin motosikal dengan sekali tendangan sahaja. Dipulasnya pemegang semahu-mahunya.
RENGGGG!!! RENNGGGG!!! GENGG.. GENNGG!!!
Gear satu dimasukkan secara mengejut sehinggakan motosikal itu terpacak tayar hadapan.
RENNGGG!!!! GENGGGGGG!!!
"Ahh! Ayu! Siotlah kau!" Sammy menjerit sebaik sahaja tayar motosikal kapcainya wekang ke depan dalam beberap saat. Ayu pula terus sahaja memecutkan motosikalnya selaju mungkin agar cepat sampai tanpa sepatah pun ayat keluar dari mulutnya.
•••
"Abang!!!" Laung Ayu sekuat hati setelah nampak kepala abangnya di tengah-tengah petak sawah padi. Hon motor kapcai itu ditekan banyak kali supaya abangnya perasaan akan kehadirannya.
PIN! PIN! PIN!
"Ayu!!!" Laung Syukri kembali setelah nampak Ayu datang menaiki motosikal bersama Samsul. Rasa nak maki pun ada, dua orang ni yang datang dah kenapa? Yang gagah perkasa sikit takde ke?
Terus Ayu memakirkan motosikal di tepi jalan. Ayu dan Samsul terus berlari-lari anak untuk mendapatkan Syukri tanpa bercakap banyak lagi.
"Abang, mana Abang Putera?" Soal Ayu dengan nafas semput.
"Tu haa. Dalam tu." Balas Syukri sambil menjuihkan bibirnya ke arah Putera yang sudah tenggelam hingga paras dada.
"Laillahaillallah.. Abang Putera buat apa pergi terjun masuk dalam tu." Soal Ayu sambil merenung ke arah Putera yang sedang membuat lambang peace ke arahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...