"Jadi macam mana sekarang? I tak kira tau, you kena kahwin dengan keempat-empat orang sekali barulah adil!" Kata Farah masih tak berpuas hati. Kedua belah tangannya mencekak pinggang dengan erat sekali. Farah benar-benar sudah gila!
"Allah! Diam boleh tak Farah! You dengan yang lain ni dah kenapa nak rosakkan hari bahagia I! Jangan sampai I hilang sabar, I tampar muka you tu nanti kang!" Akhirnya terluah juga marah Putera yang cuba di tahannya dari tadi. Putera memang susah nak marah, ini baru kali pertama orang lihat Putera naik hantu.
"Tamparlah kalau you tak malu. Dayus!" Balas Farah pula tanpa rasa takut.
Putera sudah menggangkat tangannya ke atas sambil mengetap gigi dengan rapat.
"Abang Putera jangan!" Ayu bersuara sebelum tapak tangan Putera hinggap ke pipi Farah.
Tangan Putera terhenti dari bergerak seraya matanya terarah ke arah Ayu sambil dengan berkaca-kaca. Air liurnya ditelan terasa kelat. Semua mata memandang tepat ke arah Ayu.
"Abang Putera, kita tak payahlah kahwin kalau susah sangat. Ayu dah tawar hati dah. Janganlah sampai nak tampar-tampar muka orang perempuan. Dahlah, maaf Ayu pergi dulu." Ucap Ayu menahan rasa sebak. Sejambak bunga di tangan Ayu tadi dicampakkan ke tepi, lalu dia terus berlari keluar dari rumah tanpa dihalangi oleh sesiapa pun termasuklah Syukri sendiri.
Syukri memandang tepat ke arah muka Putera dengan pandangan yang kosong. Syukri mengembuskan nafasnya seketika. Perasaan marahnya tadi sudah lama hilang di ganti pula dengan perasaan kosong tiada rasa.
"Putera, aku tahu benda macam ni akan terjadi. Jadi, faham tak kenapa aku tak bagi kau dekat-dekat dengan adik aku? Terima kasih sebab kau dah lukakan hati adik aku. Aku.. aku dah tak mampu nak cakap apa-apa lagi. Kau uruslah sendiri. Kalau Ayu tawar hati, aku pun sama. Sama tawar hati juga dengan kau." Ucap Syukri setelah itu dia terus berlalu pergi menghilangkan diri demi mencari sedikit ketenangan jiwa.
Redup sahaja mata Putera ketika ini. Perasaan malu disaksi oleh orang ramai langsung tak ada. Dia hanya merasakan perasaan sedih dan kecewa. Dia kecewa kerana telah merosakkan kepercayaan sahabat baiknya sendiri. Lebih sayu apabila dia memandang wajah ahli keluarganya yang sudah tertunduk ke bawah kelihatan sedih. Tak kurang juga wajah Pak Rashad dan Mak Aminah yang kelihatan terkejut dan tertunduk ke bawah tiada kata. Wajah Farah dan dua lagi bekas kekasihnya ditatap kembali oleh mata coklatnya.
"Farah, Dayana, Loffa. Maaf, saya tak boleh buat benda ni, saya tak boleh nikah dengan awak bertiga. Maaf, kalau saya selama ni janji manis-manis dengan korang, saya tak tahu akan jadi macam ni. Kalau saya tahu, saya takkan buat macam ni. Maaf Farah, awak baik, awak cantik tapi saya tak cintakan awak. Saya cintakan Ayu. Maaf, saya pergi dulu." Terus Putera berlalu pergi setelah habis berkata dengan pantasnya dia menyarungkan kasut kulit berwarna hitam pada kaki sambil matanya melilau mencari kelibat Ayu yang hilang entah ke mana.
Farah tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Putera sebentar tadi. Hatinya terasa pedih seperti dihiris-hiris. Terus matanya tertunduk ke bawah. Nampaknya, Putera memang tak akan dia miliki sampai bila-bila. Dia memejamkan kelopak matanya seraya tertunduk ke bawah dengan rasa penuh menyesal di dalam jiwa.
'Farah.. Dia dah tak cintakan kau, kau bukan untuk dia terima hakikat Farah. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?' Katanya dalam hati, lalu dia mengembuskan nafasnya keluar agar perasaannya menjadi tenang.
-
Dari jauh Putera sudah nampak susuk tubuh Ayu duduk di atas sebuah titi kayu laluan ke jalan seberang seorang diri. Ayu merenung ke dalam air parit yang keruh itu dengan pandangan yang kosong sambil mencampakkan beberapa ketul batu kecil ke dalamnya. Kakinya di hulurkan ke dalam parit. Air parit yang cetek itu ditenung lama.
![](https://img.wattpad.com/cover/191123491-288-k330236.jpg)
YOU ARE READING
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...