"Mak! Abang dah balik." Laung Ayu dengan kuat pada pagi hari raya apabila melihat kereta hitam baru sahaja memakir tepat di halaman rumahnya.
"Dah balik? Amboi, cepatnya." Balas Mak Aminah sambil meletakkan lemang di atas meja makan. Matanya juga terarah ke arah pintu rumah.
Lagu raya bertajuk Bersama Di Hari Raya nyanyian Cenderawasih berkumandang kuat dari rumah jiran sebelah sampai terdengar hingga ke rumah mereka di buetnya. Nasiblah lagu itu enak didengar mahunya pasang lagu 'black metal' jenuh nak hadam pada hari raya macam ini.
Terbantut niat Putera untuk menyuapkan ketupat bersama rendang ayam ke dalam mulutnya setelah dia turut melihat kelibat kereta hitam tadi. Terus dia bangun dan berdiri di sebelah Ayu. Pinggang Ayu dipeluk dengan kemas, Ayu turut melentokkan kepalanya pada dada Putera dengan gaya manja.
Ahli keluarga Putera turut beraya di sini. Sudah seminggu mereka berkampung di sini. Ayden bukan main suka lagi apabila tinggal di kampung selama seminggu ini, macam-macam tempat yang pernah di ceritakan kepadanya, dia pergi. Terasa seperti bukan hari puasa semangatnya Ayden apabila menjelajah satu kampung.
"Aduh aduh, duh abang. Sakitnya perut ni. Alahaii.." Merenggek Farah sambil memegang perutnya yang sudah bunting selama sembilan bulan itu. Tinggal masa untuk bersalin sahaja.
"Hati-hati, awak tu mengandung. Tunggu masa nak meletup je lagi. Saya tak nak apa-apa terjadi dekat awak dengan anak kita." Kata Syukri dengan nada ayah-ayah.
"Aduh.. yalah. I pun sayangkan baby kita, I tahulah you pun, suka nak bagi I marah-marah. Dahlah orang tengah sakit ni." Balas Farah dengan bayi di dalam perutnya yang tak henti-henti bergerak-gerak sana sini.
"Sabarlah, demi anak kita." Jawab Syukri dengan tenang seraya cuba untuk memimpin Farah masuk ke dalam rumah.
"Kak Farah, boleh ke tu kak? Biar Ayu tolong." Ucap Ayu seraya cuba untuk memimpin Farah masuk ke dalam rumah.
"Aduhh, sakitnya Ayu alahaii. Ayu nanti kalau mengandung macam akak harap tak jadi macam inilah, sakitnya lain macam. Aduh duh duh.." Kata Farah seraya mula duduk di atas sofa baharu.
"Itu tandanya cucu nenek sihat. Dia aktif macam bapak dia. Mintak nanti perangai tak macam bapak dialah, menyakat orang je kerjanya." Ucap Mak Aminah sambil membawa air sirap ais dari dapur.
Semua orang ketawa kuat dengar apa yang keluar dari mulut Mak Aminah. Tuan Kamal dan Puan Kamariah turut ketawa bahagia. Suka benar mereka dengan keluarga Ayu ini. Memang sebijik macam Putera katakan, ramah dan baik hati sungguh.
Ayu pula? Hmm, masih belum ada 'isi' lagi. Tapi tak apa, sebab dia dah rancang tak mahu ada anak lagi sebab nak fokuskan dengan butik yang baru di bukanya tiga bulan lalu.
Alhamdulillah, bisnes butik tudung jenamanya sendiri berjalan dengan sangat lancar sehinggakan sudah masuk ke pasaran Brunei walaupun baru hanya tiga bulan memulakan perniagaan. Rezeki Allah kan, rezeki Allah ni datang dari pelbagai cara.
Bila semuanya sudah stabil, barulah dia akan merancang perancangan keluarga pula. Putera pula ikutkan sahaja kemahuan Ayu, asalkan Ayu tetap bahagia berada di sisinya.
"Hari nak bersalin bila Farah?" Soal Pak Rashad yang dari tadi mendiamkan diri sahaja yang baru sahaja balik ke rumah setengah jam tadi.
"Lima hari bulan ni ayah." Jawab Farah selamba sambil mengusap-usap perutnya. Syukri pula sudah pergi serang meja makan untuk menyentap makanan yang ada. Memang dia tengah kebuluran sekarang ni, sibuk jaga Farah sehinggakan dia lupa nak makan.
Semua orang terdiam..
Krik-krik..
Terbantut Syukri nak menyuapkan nasi himpit ke dalam mulutnya setelah melihat semua orang terdiam dengan mata terbeliak luas.
YOU ARE READING
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...