"Mak, Ayah. Syukri balik dulu. Nant cuti Syukri balik lagi ya." Ucap Syukri sambil menyalam tangan kedua orang tua itu.
"Balik hati-hati." Ucap Pak Rashad dengan rasa berat hati untuk melepaskan anaknya dan Putera pergi dari sini. Namun, apa kudratnya untuk menghalang? Kerana urusan kerja, mereka terpaksa berpisah.
"Pakcik, makcik. Putera pun nak gerak dulu kalau ada salah apa-apa Putera minta maaf, halalkan makan minum saya." Ucap Putera pula sambil menyalam tangan kedua orang tua itu juga.
"Alah, tak ada apalah. Makcik dengan pakcik kau suka Syukri bawa balik kawan. Lagi-lagi kawan yang macam Putera ni. Sekurangnya kami tahu jugalah Syukri dekat sana berkawan dengan orang baik-baik." Ucap Mak Aminah dengan senyuman.
Putera hanya mampu mengangguk menahan rasa malu menebal dalam diri. Nak kata baik itu, taklah baik sangat, tapi bolehlah.
Ayu pula dari tadi tersandar pada tiang seri rumah dengan wajah monyok. Sedih abangnya dah nak kena pulang ke tempat kerjanya.
"Alololo, adik abang ni. Sedih pula ya, dia? Nanti abang bawa balik strawberi tau!" Sempat lagi Syukri mengusik adiknya buat kali terakhir sebelum dia pergi.
"Ish, tengok tu! Ada je benda yang dia nak cakap bagi orang sakit hati tau!" Marah Ayu sambil menepuk bahu abangnya.
"Haha, jangan marah. Kalau marah, nanti kena jual!" Balas Syukri sambil ketawa kuat.
"Abang, janganlah balik." Ayu merayu lagi sekali.
"Tak boleh macam tu, abang kena balik juga. Kerja. Nanti cuti panjang abang datanglah lagi." Ucap Syukri sambil memegang kedua belah tangan adiknya dengan erat sekali.
"Tunggu abang balik okay." Bisik Syukri lagi kepada adiknya sambil tersenyum manis.
Ayu hanya mampu menggangguk dan tersenyum manja ke arah abangnya.
"Dah, abang gerak dulu. Bye budak Cameron Highland!" Kata Syukri sambil menarik tudung adiknya ke hadapan, habis senget tudung adiknya yang tadi kemas kini sudah sengget sebelah.
"Ish, abang!" Marah Ayu.
"Hahaha!" Syukri hanya ketawa sambil melangkah masuk ke tempat duduk pemandu.
Kini, Putera pula merenung Ayu dari jauh sambil tersenyum. Ayu yang perasan akan Putera sedang tersenyum ke arahnya, terus dia pura-pura memperbetulkan tudungnya sambil membaling wajahnya supaya memandang ke arah lain.
"Err, Ayu. Abang balik dulu ya. Nanti abang datang lagi itu pun kalau Ayu sudi nak tengok muka abang lagilah." Ucap Putera sambil ketawa kecil. Belakang kepalanya digosok-gosok perlahan.
"Hmm, mestilah sudi. Ada cuti, datanglah sini lagi. Ayu senang Abang Syukri bawa Abang Putera datang sini. Meriah. Oh, lagi satu. Maaflah, keluarga kami ni bising sikit. Hari-hari bising macam kena bom." Ucap Ayu diselitkan sedikit gurauannya.
"Haha, tak adalah. Abang okay je. Okay, gerak dulu. Assalamualaikum." Ucap Putera seraya melangkah pergi masuk ke dalam kereta duduk di sebelah Syukri. Tiba-tiba terdetik di hatinya macam nak bagi Syukri lebih sedikit cuti, tapi apakan daya. Kerja, menghalang niatnya untuk melakukan semua perkara itu.
"Waalaikumusalam."
Selepas beberapa saat, terus kereta mahal itu hilang dari pandangan Ayu dan keluarganya. Suasana terus menjadi sunyi. Masih terbayang-bayangan usikkan Syukri bermain di dalam rumah mereka.
'Hmm, sunyinya rasa.' Getus Ayu dalam hati, lalu dia terus melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan rasa sedih menebal dalam hati.
YOU ARE READING
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...