47

1.7K 72 1
                                    

Beberapa hari sahaja lagi Ayu dan Putera akan bernikah dan sah menjadi suami isteri. Tak semanis novel cinta bukan? Yalah, perkenalan yang tak sengaja, jatuh cinta dengan hanya sekali pandang tanpa mengenali dengan lebih mendalam agak merumitkan. Ini umpama bercinta selepas berkahwin.

Ayu rasa bagaikan mimpi. Mana tidaknya, kenal tak sampai sebulan terus ditunangkan dengan pilihan keluarga walaupun suka sama suka.

Ayu turutkan sahaja kehendak keluarga. Cincin emas di jari ditenung lama. Sedikit senyuman tawar singgah di bibir Ayu. Dia langsung tidak mengenali siapa Putera malah baru kenal tak sampai sebulan.

Tapi bagi Ayu apa yang penting, dia harus letakkan kepercayaan penuh kepada Putera. Dia yakin dengan jodoh. Soal cinta? Sejujurnya, Ayu ini tak pernah bercinta. Ya walaupun dia cantik, tapi dia lebih suka jual mahal. Yalah, lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya, dengan Putera pun dia tak percaya sepenuhnya selagi dia tidak sah menjadi isteri kepada lelaki itu.

Di khabarkan oleh abangnya, Putera itu seorang budaya darat. Entah betul atau tidak, Ayu susah nak percaya sebab muka lelaki itu seperti orang bik-baik, naif dan ditambah pula rajin solat. Takkanlah, Putera seorang buaya darat.

"Ayu sejak nak bernikah ni langsung taknak cakap dengan abangkan?" Tegur Syukri sambil membawa bekas bunga telur yang baru sahaja dibelinya tadi ke ruang tamu.

Ayu memandang sekilas ke arah muka abangnya yang sudah masam mencuka itu sambil menongkatkan kepala.

"Biasalah, orang tu dah nak kahwin dengan lelaki kaya, mananya nak sayang abang dia ni dah." Kata Syukri lagi seolah-olah terasa hati. Terus dia mengempaskan tubuhnya di sebelah Ayu. Peluh di dahi dilap dengan tisu putih.

"Dia yang banyak larikan diri dari Ayu. Cakap Ayu pulak yang tak nak cakap dengan dia." Balas Ayu dengan nada serius.

Syukri memandang sekilas ke arah wajah adiknya. Butang baju kemeja dibuka satu agar peluh cepat kering.

"Eleh, mana ada." Balas Syukri acuh tak acuh.

Suasana sepi sejenak.

"Abang sebenarnya tak nak Ayu kahwin dengan Abang Putera kan? Jawab jujur, Ayu takkan marah." Kata Ayu secara tiba-tiba.

"Uish, mana ada. Apa Ayu cakapkan ni?" Marah Syukri dengan dahi berkerut.

"Yalah, abang tak pernah suka Abang Putera dekat-dekat dengan Ayu. Ke abang takut Ayu dah tak sayang abang? Abang takut Ayu berubah selepas berkahwin? Abang takut dah tak boleh manja-manja macam selalu lagi?" Kata Ayu dengan panjang lebar.

Syukri terdiam. Separuh dari apa yang dikatakan oleh adiknya tadi itu betul.

"Abang, Ayu tak macam tulah! Ayu tetap sayang abang walau apa pun yang terjadi. Walaupun abang tu suka bergurau kasar dengan Ayu, Ayu tetap sayangkan abang. Sebab Ayu ada sorang abang je, Ayu takde yang lain dah. Abang.. kita ni ada dua adik-beradik je. Takkanlah Ayu nak lupakan abang yang selalu jaga Ayu sejak kecil sampailah dah besar panjang macam sekarang."

Syukri mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tiba-tbia terasa malu dengan adik sendiri apabila cakap soal ini secara tiba-tiba. Terasa agak janggal.

"Abang.. Jawablah Ayu tanya abang ni." Kata Ayu lagi sambil mengoncangkan bahu abangnya berkali-kali.

"Abang.. Abang bukan tak suka Ayu dengan Putera. Abang dah dapat terima hakikat. Abang cuma sedih sebab Ayu dah nak kahwin, Abang takut nanti kita dah tak serapat macam dulu lagi selepas Ayu kahwin nanti. Itu je." Ucap Syukri perlahan.

"Tak, Ayu takkan buat macam tu percayalah. Kita akan tetap rapat macam sekarang sampailah bila-bila. Ayu janji." Kata Ayu lalu secara tiba-tiba dia terus memeluk tubuh abangnya dengan erat.

"Yalah, yalah. Abang minta maaf." Syukri tersenyum, lantas dia turut membalas pelukkan adiknya.

"Dahlah, pergi mandi! Busuklah! Bau longkang!" Usik Syukri lagi sambil menolak tubuh Ayu sampai terherot-herot muka Ayu kena tolak dengan abangnya.

"Ish, sakitlah! Tengok tu! Macam mana orang tak marah dekat dia! Ughh!" Marah Ayu sambil memukul paha abangnya.

"Hahaha!" Syukri hanya mampu ketawa kuat seraya cuba untuk menahan tumbukan perlahan Ayu.

•••

"Abang, nanti dah kahwin jangan lupakan Ayden ya." Ucap Ayden kepada Putera yang sedang menolak kerusi rodanya sambil memusing sekitar taman permainan.

"Hmm, kenapa Ayden cakap macam tu? Abangkan sayangkan Ayden. Takkan abang nak buat macam tu." Balas Putera dengan wajah berkerut.

"Ayden sayangkan Kakak Ayu, sebab dia baik sangat. Abang pun tahukan, Ayden takde kawan. Ayden sayang sangat Kakak Ayu tu macam kakak Ayden sendiri. Dia baik." Kata Ayden berbelit-belit.

"Haa, baguslah tu. jadi apa masalahnya?" Soal Putera dengan dahi masih berkerut seribu.

"Ayden takut abang sayang Kakak Ayu je nanti, dah tak sayang dekat Ayden." Wajah Ayden bertukar suram.

"Takkanlah, Ayden tu adik abang mestilah abang sayangkan Ayden. Abang sayang semua orang. Abang nak besarkan lagi rasa sayang abang ni untuk semua orang. Ayden pun sukakan Kakak Ayu tu? So, Ayden nak tak Kakak Ayu tu jadi kakak Ayden?"

"Mestilah nak, tapi Ayden takut abang dah tak sayangkan Ayden lagi."

Putera memberhentikan seketika kerusi roda itu, lalu dia mengeluh seketika sambil tersenyum manis. Terus dia bergerak berdiri di hadapan Adiknya. Putera membongkokkan sedikit tubuhnya dan tangan kanan Ayden di sentuh perlahan.

"Ayden.. Abang sayang Ayden sampai bila-bila tau. Abang tak kisah keadaan fizikal Ayden macam mana. Abang tetap sayangkan Ayden. Kalau abang tak sayangkan Ayden, dari dulu lagi abang dah buat." Ucap Putera sambil mengelus lembut pipi Ayden dengan sebelah lagi tangannya.

"Baik, Ayden faham. Ayden pun sayangkan abang." Balas Ayden dengan senyuman manis seperti abangnya.

"Abang sayang semua orang, abang sayang Ayden. Ayden adik abang. Abang ada adik satu je, jadi abang akan sayang Ayden dengan sepenuh hati abang. Faham?"

Ayden menganggukkan lagi kepalanya sambil terus tersenyum tanpa henti dengan hati kembali tenang. Kalau abangnya bahagia, dia turut bahagia. Tak kisah apa pun yang terjadi, dia akan tetap sayang abangnya. Noktah!

AYU ZALIKHA (COMPLETED)Where stories live. Discover now