48

2K 69 3
                                        

Hari pernikahan yang dinanti-nantikan telah tiba. Majlis akad nikah dilakukan di rumah pihak perempuan selepas solat Asar. Suasana pada pukul lima petang hari ini tenang sahaja. Redup namun, tetap dapat melihat cahaya matahari dari celahan awan putih.

Ayu duduk di hadapan meja solek selepas siap disolek rapi oleh mak andam. Baju akad nikahnya santai sahaja, tidak terlalu banyak manik-manik serta labuci-labuci pada baju. Sederhana lebih manis di pandang orang.

Ayu tenung seketika baju akad nikah berwarna krim lembut itu dengan perasaan gementar. Dia harap semuanya akan baik-baik sahaja. Takkan ada perkara buruk yang akan berlaku nanti. Tudung bawal berwarna coklat lembut diperbetulkan sedikit oleh mak andam lalu diletakkan kain selendang putih di atas kepala Ayu sebagai penaik seri. Sederhana namun sangat cantik. Less is more kata orang.

"Kakak solek Ayu lembut-lembut je ni, macam yang Ayu nakkan. Okay ke?" Tanya mak andam perempuan merangkap kawan sekolah Syukri.

"Okay kak, thanks. Sama macam yang saya nakkan." Balas Ayu dengan senyuman nipis pada bibirnya. Mekap ala-ala Korea itu dipandang oleh Ayu dengan rasa puas hati.

"Ayu, bakal suami kau dah sampai dah tu dah siap ke belum?" Tanya Syukri yang secara tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke dalam bilik Ayu tanpa memberi salam terlebih dahulu.

Ayu menoleh ke arah abangnya dengan pantas. Syukri tersenyum nipis melihat wajah cantik adiknya itu dengan perasaan bercampur baur. Segala kenangan mereka semasa kecil terlintas di mata Syukri sesaat.

"Cantik jugakan adik abang ni, macam artislah." Puji Syukri dengan nada suara lembut. Jarang sekali dia nak cakap baik-baik dengan Ayu.

"Alah, dalam hati mesti tengah kutuk Ayu. Macamlah orang tak tahu." Balas Ayu sambil memusingkan bebola matanya yang sudah di pakaikan kanta lekap berwarna coklat hazel itu.

"Eh, orang puji seriuslah ni. Dia boleh pulak kata orang kutuk dia. Abang kutuk betul-betul baru Ayu tahu." Ujar abangnya lagi mula bersandar pada dinding.

"Hmm."

"Kenapa? Takut ke?" Soal Syukri kepada Ayu dengan kening bersambung.

Ayu diamkan sahaja dengan hati yang gelisah.

"Hmm, janganlah takut. Abang ada." Ucap Syukri dengan senyuman setia pada bibir. Bahu adiknya di usap perlahan.

Ayu diamkan lagi dirinya.

"Okay, jangan takut. Abang duduk dekat sebelah Ayu nanti. Apa macam okay?" Ucap Syukri lagi memberikan cadangan. Senyuman seorang abang langsung tidak lekang dari bibirnya sejak dari tadi.

"Betul?" Ayu mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Betullah, takkan abang nak tipu pulak." Balas Sykri dengan dahi berkerut dan bibir muncung ke depan.

"Nak!!! Ayu nak abang temakan Ayu nanti, please!!!"  Ucap Ayu sambik memeluk pinggang abangnya dengan erat. Matanya dipejamkan dengan rapat. Terus hatinya yang gelisah tadi kembali tenang.

"Abang sanggup buat apa je janji adik abang ni bahagia. Dah, jangan takut okay, abang ada." Balas Syukri sambil mencuit hidung adiknya.

"Ish, janganlah sentuh muka Ayu! Habis make up orang tau! Buat penat-penat dari tadi, dia boleh je main sentuh-sentuh macam tu je." Marah Ayu kepada Syukri lantas segera dia melihat wajahnya pada cermin takut-takut foundation pada hidungnya sudah hilang.

"Alah, budak ni. Abagn tampar kang muka tu, jerebu satu kampung!" Balas Syukri pula dengan nada dingin setelah kena marah-marah manja dengan adiknya.

•••

"Semua dah sedia ke?" Tanya Tok Kadi kepada Putera yang sedang duduk di hadapannya.

Putera terdiam seketika dengan wajah cuak. Ahli keluarganya setia duduk berhampiran dengannya demi menyaksikan detik-detik bahagia dalam hidup Putera.

AYU ZALIKHA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang