"Korang tahu apa-apa tak pasal kenduri Jamillah yang lauk kenduri dia kena curi?" Soal Pak Rashad di atas meja makan sambil tak henti-henti menyuapkan nasi ke dalam mulutnya."Uhuk!" Syukri sudah terbatuk kuat apabila disoal oleh polis pencen itu dengan nada tegas.
Syukri, Ayu dan Putera mula memandang wajah masing-masing dengan mata terbeliak. Sudah mati kata hendak bersuara. Takut salah cakap, kantoi pula dengan polis pencen itu.
Ayu mengharapkan sahaja abanngya untuk bersuara. Putera memang pura-pura bodoh sahaja sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Hah?! Hilang? Macam mana boleh hilang? Astarfirullahalazim..." Soal Syukri sambil buat-buat muka terkejut ke arah ayahnya.
Putera hanya mampu memusingkan bebola matanya apabila melihat lakonan Syukri yang agak kayu itu. Awal-awal lagi dah kantoi.
"Eh, kau ni Syuk. Peluh semacam je lepas ayah tanya. Kau ke yang curi lauk kenduri tiga kawah tu?" Soal Pak Rashad dengan wajah makin serius.
"Eh, takkanlah Syukri nak buat macam tu. Syukri tadi lepas makan terus baliklah. Kan Ayu kan." Ucap Syukri dengan muka mula pucat. Tahu dekat ayahnya habis.
"Aah, betul. Makan-makan terus balik." Ayu juga muka mula cuak. Nasib ayahnya tak tahu tadi dia bergencak sakan dekat atas pentas nyanyi lagu Anak Dara.
"Betul Putera?" Soal Pak Rashad sambil tepat memandang wajah Putera dengan garang.
"Be.. betul." Balas Putera dengan tangan mula bergetar-getar. Terus Syukri menguis kaki Putera agar dia berhenti. Tak pasal-pasal kantoi.
"Hm, kalau betul tak apa, jangan buat tak ketahuan dekat kenduri orang." Ucap Pak Rashad sambil sambung makan kembali. Mak Aminah di sebelah hanya makan tanpa kata apa sebab tahu itu tentu sahaja kerja anak-anaknya.
"Dah, makan-makan. Tambah lagi nasi Putera." Pelawa Pak Rashad.
Putera hanya mampu menganggukkan kepalanya. Nampaknya rahsia selamat. Ini semua kerja bodoh anaknya, tak pasal Putera pun terlibat sekali. Haih, nasib badan.
•••
Usai sahaja makan, terus anak teruna dua orang itu terbongkang di hadapan kaca TV sambil melayan movie hollywood di siaran HBO.
"Weh, esok nak pergi mana lagi." Soal Putera dengan nada malas. Matanya tepat sahaja memandang skrin TV lapan puluh inci di hadapan.
"Hmm, asyik nak berjalan je kau ni, tak penat ke?" Balas Syukri dengan nada malas-malas juga.
"Mestilah tak penat. Bukan selalu dapat masuk kampung." Ucap Putera sambil membuka air tin minuman kacip fatimah. Ini semua sebab Syukrilah ni, tadi pergi kedai, suruh beli air tin coca cola, dia pergi beli air tin kacip fatimah. Esok pagi kalau bangun-bangun jadi lembut jangan tanyalah sebab apa.
"Umm, nak bawak kau pergi mana eh?" Syukri berfikir sejenak sambil matanya memandang ke atas.
"Hah! Aku tahu, esok kita pergi mancing belut nak tak?" Tanya Syukri dengan muka teruja.
"Belut? Oh, yang macam ular tapi boleh makan tu eh?" Tanya Putera kembali.
"Yalah. Nak ke tak nak?"
"Hmm, bolehlah." Balas Putera dengan muka ceria.
"Tapi kau tak takut kotor ke?"
"Kalau kotor mandilah. Ayo." Balas Putera sambil sambung meneguk air kacip fatimah kembali.
"Okay, esok lepas sarapan kita pergi!" Sorak Syukri dengan bersemangat.
"On!" Balas Putera ikutkan sahaja kemahuan Syukri. Harap-harap dia tak takut belutlah nanti. Entah bentuk belut dia pernah tengok ke tidak.
YOU ARE READING
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...