"Assalamualaikum mama, kami sudah pulang, mana janjinya? cucur Adabi yang enak?" Kata Syukri sambil menyanyi lagu cucur Adabi seraya melangkah masuk ke dalam rumah.
"Anak-anakku yang bodoh ini mama buatkan, cucur Adabi yang enak!" Sambut Mak Aminah sambil mengetuk kepala Syukri. Ayu ketawa terbahak-bahak lihat emaknya luku kepala abangnya, Syukri.
"Aduh, sakitlah mak." Ucap Syukri sambil menggosok-gosok kepalanya.
Putera turut ketawa tambah terkejut dengan aksi emak Syukri tadi. Rare bukan main. Mereka ini memang selalu bergurau kasar. Jadi tak kisah. Putera sudah biasa sejak tiga hari lepas.
"Hah, kenalah dengan kau suka buat lawak bodoh tengah-tengah rembang macam ni. Mahunya mak tak naik angin. Sudahlah, mak nak pergi solat." Ucap Mak Aminah sambil berjalan pergi untuk menunaikan solat Zohor yang masih tertangguh.
"Ayu masuk bilik dulu, nak mandi nak solat. Nanti kalau ada kawan Ayu datang, suruh tunggu dekat dalam rumah dulu tau." Ucap Ayu seraya mula melangkah masuk ke dalam kamarnya dengan laju.
"Kawan tu laki ke perempuan?" Tanya Syukri dengan pantas.
"Sajat!" Laung Ayu dalam bilik dengan kuat.
"Heh! Sajat pulak!" Balas Syukri bentak-bentak.
"Aku pun rasa macam nak mandilah." Ucap Putera secara tiba-tiba.
"Hah! Hah! Tak payah nak gatal! Kau nak intai adik aku mandikan?" Serang Syukri tanpa tunggu lagi.
"Heh! Tak pasal aku nak buat kerja gila macam tu. Tunggu lepas dia habis baru aku pergi pulak." Balas Putera pantas menafikan kata-kata Syukri. Tak terlintas di hatinya nak buat macam tu.
"Haa, bagus. Jangan nak macam-macam dengan adik aku. Kang makan senapang gajah mak aku baru tahu." Ucap Syukri mula terbaring di atas sofa sambil memegang alat kawalan jauh televisyen.
"Haih, aku tak jahat sampai macam tulah." Balas Putera sambil terus meluru masuk ke bilik Syukri.
•••
"Weh, seriuslah tu kawan abang kau? Handsomenya." Bisik Timah kepada Ayu.
"Eh, bukan ini ke mamat yang mention warna-warna tudung dekat kenduri tadi? Eh dialah. Oh my Gucci!" Sahut Rokiah sambil mula histeria.
"Shut! Diam sikit. Malulah kalau di dengar." Marah Ayu sambil meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.
"Ops.."
Putera yang sedang duduk di bawah pokok buah mata kucing langsung tak perasan yang dia diperhatikan oleh tiga orang anak gadis sunti dari jauh. Apa yang dia tahu, dia geram tengok buah-buah mata kucing yang sudah masak ranum. Dia petik dari pokok dan terus makan tanpa henti. Rasa macam dalam syurga pula.
"Ya, memang handsome kan? Kalaulah aku berjodoh dengan orang macam ni kan best?" Ucap Ayu mula berkhayal jauh.
"Eh, apa tak bolehnya? Minta jelah dekat abang kau. Aku tengok pun dia memang taste kau pon kan? Nak yang muka mat saleh, kulit putih bersih. Haa, sesuailah tu." Kata Rokiah sambil mencelup biskut kering ke dalam air teh suam.
"Ish, gila ke kau? Abang aku awal-awal lagi dah tak bagi. Dia kata buayalah apalah, tapi aku tengok baik je? Senyum je tak henti. Yang bestnya tu, dia tahu lagu Abang Berbaju Biru tu. Korang pun tau kan, tu lagu kegemaran aku dalam seminggu dua ni. Haih, tapi nak buat macam mana, bukan rezeki. Dia pun tak pernah cakap suka dekat aku." Ucap Ayu dengan panjang lebar.
"Enak susunya mamamama... enak susunya mamamama..." Syukri datang entah dari mana sambil menyanyi lagu enak susunya sambil melintasi sebelah Ayu.
"Hmm, kau tengoklah tu, abang aku tu. Mesti dia dengar tadi, sebab tu jadi terencat akal macam tu." Kata Ayu sambil menjuihkan bibir.
"Abang kau pun handsome, tinggi, kulit sawa matang, muka bujur sireh, tangan urat-urat, kening dia tu pun tersusun cantik je aku tengok. Tak ada makwe ke?" Tanya Timah kepada Ayu.
"Entah, tak tanya pula. Tak adalah tu, yalah siapa nak suami perangai budak tak matang macam tu? Asyik kacau orang je tahu." Kata Ayu perlahan, takut-takut abangnya terdengar pula nanti.
"Hmm, nasib kaulah labu, dapat abang macam tu. Haih..." Kata Timah dan Rokiah serentak sambil menongkat dagu di atas meja.
YOU ARE READING
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...