19

1.8K 86 5
                                    

Putera sudah berdiri di atas pentas setelah didesak secara paksa oleh Syukri. Macam Syukri pula bos di dalam cerita ini.

Kini, dia hanya bertemankan Ayu di bawah. Syukri pula entah hilang ke mana. Semasa Putera melangkah ke atas sempat lagi dia memesan kepada Ayu supaya jangan cemburu. Ayu hanya mampu ketawa apabila dipesan sebegitu rupa oleh Putera.

Anak-anak gadis di bawah mula histeria melihat abang masam di atas pentas memegang mikrofon. Semua orang mula mendekati ke arah pentas sambil merakam Putera dari bawah.

"Assalamualaikum semua, Nama Saya Putera Afiq, boleh panggil Putera je..."

"Ahhh!!!" Jerit anak-anak gadis sebaya Ayu di bawah memotong kata-kata Putera secara tiba-tiba.

"Abang Afiq! I love you!" Jerit seseorang dari bawah secara random.

"... err, sabar-sabar eh semua. Hari ini saya akan menyanyikan lagu..." Putera sambung kembali kata-katanya namun, hilang kembali setelah matanya terpandang susuk tubuh Ayu. Dia baru dapat idea ingin menyanyikan lagu apa setelah memandang wajah Ayu.

"Abang nak lagu apa, abang?" Tanya Abang DJ kepada Putera dari jauh sambil menggunakan mikrofonnya.

"Err, tak payah muzik abang DJ. Kita acapella je." Balas Putera sambil cakap menggunakan mikrofonnya juga.

"Uish, dia acapella. Caras job DJ nampak? Haha." Balas Abang DJ sambil ketawa.

"Takpe, saya nyanyi dululah ya. Maaf kalau tak sedap." Ucap Putera sambil tersenyum comel. Bibir merah jambunya sangat comel jika di tatap lama. Bibir orang tak merokok katakan.

"Cepatlah nyanyi!" Jerit Ayu dari bawah sambil ketawa kecil telah menganggu fokus Putera di atas.

"Ya, sabar sayang." Balas Putera di atas pentas sambil tersenyum nakal.

"Wuhuuuu!!! Ahhhh!!!" Anak gadis yang lain pula yang suka. Ayu di bawah sudah buat muka pelik sambil memeluk tubuh dengan kemas.

Putera memejamkan mata sambil mula mencari feeling lagu. Sempat lagi dia terbayangkan wajah Ayu terlintas dalam fikirannya sesaat.

"Oii adik bertudung putih
ini abang jomblo bersedih
bolehkah adik abang pilih
akan ku jadikan kekasih..."

"Ahhhhh!!!!" Semua anak gadis termasuklah janda-janda yang memakai tudung berwarna putih menjerit histeria.

Ayu di bawah sudah ketawa berdekah-dekah. Dia pun memakai tudung berwarna putih ketika ini. Terasa lucu apabila dia juga dalam golongan gadis bertudung putih. Semua menantikan tudung warna apa pula yang di sebut oleh Putera nanti.

"Oii adik bertudung merah..."

"Ahhhh!!!! Sini! Sini!" Giliran gadis bertudung merah pula menjerit histeria sambil mengangkat tudung masing-masing. Ada juga mengangkat tangan ke atas supaya dia diperasan oleh Putera kerana memakai tudung berwarna merah.

Ayu ketawakan sahaja sambil menoleh ke belakang untuk lihat siapa yang memakai tudung berwarna merah, lalu Putera sambung kembali menyanyikan lagu tersebut setelah gadis bertudung merah berhenti dari histeria.

"... maukah di ajak bernikah?
abang tunggu lulus sekolah
ku pinang kau dengan bismillah."

"Ahhh!!! Pinang saya! Pinang saya!" Jerit kesemua gadis bertudung merah.

"Oii adik bertudung biru...
cantik manis semanis madu
dapat salam dari ayah ibu
siapkah kau jadi menantu"

"Ahhh!!!" Jerit pula gadis-gadis bertudung biru. Bilangan gadis bertudung biru tidak terlalu ramai seperti gadis bertudung merah jadi sorakkan mereka tidak terlalu kuat.

"Oii adik bertudung ungu..."

"Ahhhh!!!!" Jerit gadis bertudung ungu sambil melompat-lompat.

"...lihatlah abang yang belum laku
kalau adik serius mahu
harus hafaz al-Quran dulu..."

"Sudahh!!!" Sorak gadis bertudung ungu sambil gelak ketawa. Ayu sudah pening kepala dengan buaya seorang ini. Memang betul buaya seperti abangnya katakan. Namun, Ayu langsung tidak kisah.

"Oii adik bertudung hitam..."

"Ahhhh!!!"

"...ayuh langsung ke pelamin
menjalinkan cinta dalam islam
setelah nikah kita pacaran"

"Ahhhh!!!! Mahu!!!" Sorak gadis bertudung hitam pula yang bilangan sama banyak dengan gadis bertudung merah.

"Err.. tudung warna apa lagi saya tak mention?" Tanya Putera terhenti ketawa seketika.

"Kuning!!! Kuning!!! Coklat!!! Coklat!!!" Sorak gadis yNg bertudung kuning dan coklat secara kuat dari bawah pentas.

"Oii adik bertudung coklat...
hati abang sudah terpikat
mahukah kau di ajak akad
ku pinang kau dengan selawat"

"Ahhh!!!" Jerit gadis bertudung coklat.

"Okay, okay last!" Kata Putera sambil menganggkat satu jari ke atas.

"Oii adik bertudung kuning..."

"Ahhhh!! Yes!!! Yes!!! Yes!!!" Sorak gadis bertudung kuning sambil mengoncang tiang kemah. Masing-masing mengangkat tudung berwarna kuning. Boleh tahan ramai juga gadis bertudung kuning.

"...lihat adik abang merinding
mahukah adik dipersunting?
abang janji takkan berpaling"

"Ahhhh!!! Mahu!!!" Sorak gadis bertudung kuning.

"Oii, adik cantik dan manis
carilah suami beriman
seperti Abang Putera yang tampan
pastilah kau jadi idaman..."

"Sekian terima kasih." Ucap Putera sambil tunduk sebagai tanda hormat, lalu dia berjalan ke tepi pentas sambil disorak oleh anak-anak gadis gedik dari bawah.

Laju sahaja kaki Putera menuju ke arah Ayu yang dari tadi tidak henti-henti ketawa.

"Eh, memang buayalah Abang Putera ni macam Abang Syukri cakap. Nakal tau! Habis histeria budak kampung ni. Hahaha!" Kata Ayu sambil tak henti-henti ketawa lagi.

"Mana ada buaya, abang just nak hiburkan orang je." Balas Putera turut ketawa. Kaca mata hitamnya diperbetulkan sedikit kedudukannya.

"Abang Putera, nak selfie!!!"

"Abang Putera, nak selfie!!!"

"Abang Putera, nak selfie!!!"

"Abang Putera, nak selfie!!!"

"Abang Putera, nak selfie!!!"

Pinta semua gadis-gadis histeria tadi untuk berselfie dengan Putera macam seorang artis. Tersentak Putera dibuatnya apabila ada orang nak berselfie dengannya. Segerombolan anak gadis meletop ovari sudah mengerumuni Putera.

"Haa, dah pergilah layan peminat abang tu." Kata Ayu sambil ketawa kecil.

"Eh, cemburu ke?" Usik Putera sambil mengangkat keningnya.

"Tak adanya nak cemburu. Dah pergilah layan peminat abang tu." Arah Ayu sambil memeluk tubuh. Terasa lucu bila dibayangkan kembali. Tersentuh jugalah dia apabila tudung berwarna putih tadi disebut. Tak sangka Ayu dibuatnya apabila Putera tahu lagu itu.

'Ini mesti sebab dia dengar aku nyanyi lagu Abang Berbaju Biru haritu, haha gatal!' Ucap Ayu dalam hati sambil matanya memerhatikan Putera dari jauh sedang sibuk melayan kerenah peminatnya apabila minta berselfie sampai tak menang tangan dibuatnya.

AYU ZALIKHA (COMPLETED)Where stories live. Discover now