"Ayu! Dah siap ke belum? Lambatnya lahai adik aku sorang ni." Syukri sudah berleter seorang diri sambil menerjah bilik adiknya tanpa izin.
BUMM!!!
"Hoi, apa ni masuk bilik anak dara?" Tempit adiknya kembali setelah abangnya masuk dan terus duduk di birai katilnya.
Ayu teruskan menyolek wajahnya tanpa menghiraukan abangnya lagi. Lantaklah dekat abang dia tu, nanti lagi di layan, lagi sakit hati. Dia teruskan sahaja menyapu pembayang mata pada kelopak matanya. Bulu matanya memang sudah asal lentik, cukup diletakkan maskara sudah nampak cantik melentik.
"Suka hati abanglah nak masuk pun. Ayu tu bersolek lawa-lawa sangat kenapa? Tak payah lawa-lawa sangatlah." Marah Abangnya dengan nada cemburu.
"Eleh, abang takutlah tu ada orang ngorat adik nanti." Balas Ayu sambil cuba menahan ketawa.
"Gila tak! Ayu tu adik abang, abang kenalah jaga." Balas Syukri dengan serius.
"Jagalah sangat, asyik kacau Ayu je." Kata Ayu sambil membuat muka memerli abangnya.
"Itu lain.. Abang takpelah kacau Ayu, orang lain tak boleh." Balas Syukri sudah hilang kata-kata.
Suasana sepi sejenak. Ayu teruskan sahaja bersolek tanpa menghiraukan abangnya di belakang.
"Ayu... cepatlah sikit Ayu. Lamanya make-up." Syukri bersuara lagi sambil membuat muka bosan menunggu.
"Kejap.. Nak siap dah ni.." Ucap Ayu sambil menyapu pemerah pipi nipis pada wajahnya.
"Okay siap. Dah jom." Ucap Ayu tidak lama selepas itu. Baju kebaya ketat berwarna merah jambunya diperbetulkan sedikit. Tudung bawal berwarna putih yang dikenakan pada kepalanya juga sudah terdandan kemas. Orang kalau memang dah asal lawa, pakai apa pun tetap cantik.
Sempat lagi Ayu menyemburkan minyak wangi pada tubuhnya. Sesekali dia menjeling abangnya dari pantulan cermin yang mula leka dengan telefon.
Ayu menyimpan kembali minyak wangi ke dalam laci mekap solek secara perlahan-lahan, lalu beg tangannya berwarna merah jambu di ambil juga secara senyap-senyap. Ayu ada satu rancangan jahat untuk kenakan abangnya. Rasa ketawa yang ingin meledak, cuba ditahannya selagi boleh.
Sepantas kilat Ayu cuba berlari keluar dari biliknya tanpa ingin abangnya tahu.
BUMMM!!!
"Wuahahaha!!!" Ayu sudah ketawa kuat dari luar bilik.
"Woi Ayu! Jangan kunci abang woi!" Ucap Syukri setelah tersedar yang adiknya telah mengunci dia dari luar.
"Hahahaha!" Gelak Ayu dari luar. Lega hatinya dapat mengunci abangnya dari luar.
"Woi apa ni Ayu! Mak! Tolong!" Laung Syukri dari dalam bilik sambil cuba untuk membuka pintu.
"Ayu! Ya Allah, apa ni? Lambat dah ni woi! Elok kita sampai, kita makan talam je nanti!" Jerit emak mereka pula setelah dengar bunyi bising-bising di ruangan tengah rumah.
Putera pula ikut sahaja dari belakang Mak Aminah. Dia juga sudah siap lama. Sungguh tampan Putera hari ini. Segak mengenakan baju batik dan seluar berwarna hitam. Rambut pula menutup dahi dan dikenakan juga dengan cermin mata hitam. Jam Polo kegemarannya setia melekat pada tangan kidalnya.
"Mak, tengok Ayu mak! Dia kunci Syukri! Bukalah cepat woi!" Laung Syukri lagi tanpa henti cuba untuk membuka pintu bilik.
Ayu terus sahaja ketawa tanpa henti. Puas hatinya dapat kenakan si abang. Selalu dia yang kena buli, kini rasakan, dia pula yang buli abangnya.
"Ayu kau pun satu, suka cari pasal dengan abang kau. Bukalah cepat, kita lambat dah ni." Marah emak mereka dengan make-up sudah mula cair.
"Dia yang kacau Ayu dulu tadi, Ayu pula kena. Ish.." Balas Ayu mula tarik muncung. Dia bukan kembali pintu itu.
YOU ARE READING
AYU ZALIKHA (COMPLETED)
Romance(COMPLETED) Seorang jejaka kacukan Melayu-Belanda telah jatuh cinta kepada adik kawannya sendiri yang bernama Ayu Zalikha, namun sering sahaja dihalang oleh Syukri iaitu abang kepada Ayu Zalikha sendiri kerana Syukri tahu bahawa Putera Afiq ini ada...