31

1.5K 69 0
                                    

Seorang perempuan cantik yang kelihatan dengan penuh berkarisma dan sangat kelihatan berkeyakinan tinggi itu melangkah masuk ke dalam syarikat besar secara laju dan melulu sambil memegang beg tangan jenama Gucci dengan gaya orang kayanya.

Dari jauh sebatu lagi sudah dapat bau minyak wangi perempuan itu yang dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang menghidunya.

"Eh, Farah! Hai!" Sapa Syukri setelah melihat wajah perempuan memegang beg tangan Gucci itu sedang melangkah laju ke dalam ofis dengan muka masam mencuka seakan-akan menahan rasa marah tetapi masih kelihatan cantik.

"Bitch! Please!" Balas perempuan bernama Farah itu kepada Syukri sambil mengibaskan rambut panjangnya yang ikal mayang paras pinggul itu sebagai tanda dia langsung tidak berminat dengan lelaki bernama Syukri. Baginya, Syukri ini 'Nothing'. Perempuan itu terus sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat Putera tanpa izin dengan laju sekali.

Terangkat kedua belah kening Syukri setelah kena flip hair dengan perempuan bernama Farah tadi. Syukri kembali ke tempat duduknya dan terus melakukan kerja seperti biasa.

Tombol pintu dibuka oleh Farah secara tiba-tiba tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada Putera.

BUMMMM!!!

Pintu dihempas kuat oleh Farah sampai mengejutkan Putera yang sibuk meneliti komputer riba di atas meja. Putera terjeda seketika melihat wajah Farah seakan-akan menempiaskan kata cacian kepadanya.

Farah dan Putera saling berpandangan.

"Fuck you!" Tempit Farah secara tiba-tiba ke arah Putera kerana dia terlalu marahkan lelaki itu.

Tangannya dikepal menahan rasa geram. Wajahnya yang berkulit sawa matang itu bertukar menjadi merah. Wajahnya kelihatan garang, ditambah pula dengan lipstik merah hatinya itu dan pembayang mata smokey eyesnya. Perghh! Merecik macam model!

Pakaiannya pula, dia mengenakan skirt pendek paras betis berwarna hitam dan baju blause berjalur panjang berwarna puith-biru. Rambutnya yang hitam pekat berkilauan itu sangat cantik dan mengoda. Separuh rambut depannya menutup bahagian dahi seperti perempuan Jepun, manakala rambut belakangnya pula dibiarkan lepas panjang mengurai sehingga paras pinggul.

"Farah, apa you buat dekat sini? It's over right?" Balas Putera dengan wajah berkerut namun, suaranya kedengaran tenang sahaja.

"Hah?! Over?! You janji nak kahwin dengan I, mana janji you?! Lepastu, you blocked nombor telefon I. I cari you, you hilang hampir seminggu! You pergi mana?!" Tempit Farah lagi sambil mengibaskan rambutnya lagi sekali.

"Ish, akulah minah ni. Aduh! Serabut otak aku dengan dia ni, halah!" Ucap Putera perlahan sambil mengusutkan rambutnya.

"You nak apa supaya you tetap cintakan I? You nak dara I? I boleh kasi!" Ucap Farah dengan tanpa rasa malu sambil membuka butang bajunya satu per satu sehinggakan nampak mangkuk megginya yang berwarna ungu gelap itu.

"Ish, Farah! Tutup balik! You ingat I ni jantan jenis apa?" Balas Putera secepat mungkin setelah melihat Farah sudah membuat aksi gila di dalam pejabatnya. Nasiblah pejabatnya ini kedap bunyi.

"Dah tu?! You nak apa?!" Tanya Farah dengan nada marah-marah seraya tangannya terhenti dari terus membuka butang yang terakhir.

"Holy shitlah!" Ucap Putera sambil mengosok-gosok kelopak matanya yang rasakan seperti sudah buta setelah melihat maksiat mata sebentar tadi.

"Eh, fuck! You yang shit! Janji dengan I macam-macam, lepas tu hilang seminggu! Ughhh!" Marah Farah lalu dia jalan terkedek-kedek ke arah Putera, lantas dia terus menghempuk badan Putera dengan beg jenama Gucci itu samahu-mahunya.

"Auch! Auch! Sakitlah! Stop it!" Pinta Putera setelah terasa sakit kena hempuk dengan beg Gucci yang seberat 1KG itu. Entah apa yang ada di dalam beg itu.

"I tak kira, I nak kahwin dengan You! I nak kahwin dengan You! I nak kahwin dengan You! I nak kahwin dengan You Putera Afiq! I nak kahwin dengan You!!!"

AYU ZALIKHA (COMPLETED)Where stories live. Discover now