16

1.8K 83 0
                                    

Hubungan Syukri dan Ayu kembali pulih setelah lima minit berjalan kaki. Yalah, gaduh adik-beradik ni orang kata, gaduh-gaduh manja sahaja. Bukan gaduh serius. Bak kata pepatah, air yang di cincang takkan putus.

Mereka berdua kembali bergelak ketawa seperti biasa dan seperti tiada apa yang telah berlaku. Rumah pengantin pula makin dekat dengan mereka, Syukri dan Ayu mula membawang sambil berjalan. Putera disebelah menjeling sahaja dua adik-beradik itu berbisik. Entah apa yang dibisikkan oleh mereka berdua.

"Abang tahu tak kenduri ni siapa yang kahwin?" Tanya Ayu sambil tersenyum-senyum sinis.

"Kenduri siapa?" Soal Syukri kembali dengan dahi berkerut.

"Kenduri Jamillah tak guna tu!" Balas Ayu senada.

"Hah?! Jamillah?! Jamillah yang tuduh kita mencuri dulu tu ke?!" Kata Syukri dengan mulut terlopong. Seakan-akan tidak percaya mereka akan pergi ke kenduri anak dara tua tu. Akhirnya kahwin juga Jamillah tu. 

"Yalah, Jamillah mana lagi. Ish, Ayu dari kecik sampai sekarang berdendam dengan dia lagi. Sebab dialah orang kampung tuduh kita pencuri!" Ucap Ayu sambil menahan geram.

Syukri turut mengetap giginya. Terimbas kembali dahulu masa kecil-kecil Jamillah ini tuduh mereka berdua mencuri duit di kedai runcit. Padahal, bukan mereka yang buat.

Sampailah sekarang, Ayu dan Syukri berdendam dengan anak dara tua itu. Nasib dah tak jadi anak dara tua dah sekarang ni. Masa mereka berdua masih kecil, Jamillah itu berusia dua puluh lebih. Sekarang entah berapa umurnya. Macam mana tak jadi anak dara tua, mulut jahat gila babi!

"Aish, tiba-tiba Ayu rasa tak nak pergilah kenduri ni abang." Bentak Ayu dengan muka tak puas hati.

"Ehh, kejap Ayu.Sekarang ni lah kita nak balas dendam balik." Balas Syukri sambil tersenyum jahat ke arah Ayu.

"Nak buat apa abang?" Soal Ayu dengan wajah berkerut. Ada-ada saja abangnya ini.

"Kita buat..." Bisik Syukri ke telinga Ayu.

Ayu sudah tersenyum apabila mendengar rancangan jahat abangnya itu.

"Okay, Ayu setuju!"

Kedua adik-beradik itu mula ada kata sepakat.

Kaki mereka sudah sampai di hadapan halaman rumah pengantin tua itu tanpa disedari. Mereka kembali pura-pura tersenyum. Ayu sudah tahu mereka akan pergi ke kenduri Jamillah tak guna tu, jadi dia hanya bagi sampul kosong kepada mak pengantin tua. Padan muka! Bukan sampulnya sahaja, malah sampul emak, Syukri dan sampul Putera pun kosong sebab dia yang sediakan. Biar tahu rasa pengantin tua tu nanti!

Terus mereka bersalaman dengan tuan rumah. Sempat lagi mata-mata di tempat kenduri itu memandang ke arah Putera yang kelihatan kacak, segak dan bergaya.

"Minah! Menantu ke tu?!" Usik orang-orang kampung.

Putera sudah tersenyum apabila diusik oleh orang kampung di situ. Terasa macam artis pula.

"Eh, bukan. Ini kawan Syukri dari Kuala Lumpur." Balas Mak Aminah sambil tersenyum-senyum kalau jadi menantu betul dia pun apa salahnya bukan? Hahaha!

"Berjodoh dengan orang Kuala Lumpurlah nanti kau Minah!" Usik orang-orang kampung itu lagi.

"Aii, sukalah tu orang jodohkan kau dengan adik aku." Bisik Syukri pada telinga Putera.

"Gila tak suka. Adik kau lawa kot." Bisik Putera pula sambil tersenyum suka.

"Amboi, kau. Jangan harap aku nak ambil kau jadi adik ipar aku." Balas Syukri sambil mencekak pinggang.

Putera hanya mencebikkan bibir. Tak dapat lampu hijau lagi dari Syukri. Aduh, macam mana ni?

Tanpa membuang masa lagi, mereka terus menuju ke meja makan untuk mengisi perut. Orang masih ramai walaupun sudah pukul dua belas tengah hari. Selalunya di kampung, awal-awal pagi lagi orang sudah ramai dan meriah. Lagu-lagu cinta juga jelas kedengaran berkumandang memeriahi majlis perkahwinan tersebut.

"Ayu, jangan lupa plan kita." Bisik Syukri sambil berbisik di sisi adiknya.

"Yaa, Ayu tahulah tapi lepas kit makan kenyang-kenyang dulu. Heheheh!" Balas Ayu sambil ketawa jahat.

AYU ZALIKHA (COMPLETED)Where stories live. Discover now