CHAPTER 1

127 21 0
                                    

Bahagian ruang tamu rumah agam di tengah-tengah bandaraya Seoul itu dihiasi dengan belon yang berwarna-warni serta riben yang berjuntaian. Di bahagian luar, kebanyakan tetamu sudah pun mula merendamkan diri masing-masing di dalam kolam renang yang luas itu.

Muzik rancak yang dimainkan oleh DJ itu lebih menghangatkan lagi suasana. Makanan-makanan yang dihidangkan tidak pernah berhenti daripada diserbu orang. Bunyi gelas berlaga tanda 'cheers' juga turut serta.

Ting!
Ting!
Ting!

Automatik muzik yang dimainkan dihentikan. Orang ramai juga cepat-cepat tutup mulut, lalu mata dihalakan kepada seseorang yang sedang mengetuk gelas dengan menggunakan sudu itu.

Lelaki yang mengenakan kot itu meletakkan semula gelas tadi ke atas meja. Lalu tangannya mencapai sebuah mikrofon. Jarinya mengetuk mikrofon itu terlebih dahulu sebelum dia memulakan bicara.

"Ladies and gentlemen, thank you for coming to our event today," lelaki itu mengatur kata-kata. Tepukan gemuruh yang diberikan oleh para tetamu bergema di seluruh kawasan tersebut.

Setelah tepukan kembali reda, lelaki itu menyambung semula percakapannya.

"So, now. It's the time that you guys are waiting for. I introduce you, H-Boys!"

Ucapan yang ringkas, tetapi mampu menaikkan serta membangkitkan lagi perasaan teruja tetamu-tetamu yang majoritinya merupakan pelakon-pelakon serta penyanyi negara Korea.

Lagu 'With Love' mula kedengaran. Empat orang jejaka yang mengenakan tuxedo beriben merah itu mula berjalan menaiki pentas kecil yang disediakan di hadapan kolam renang.

Mereka mula mengambil tempat masing-masing lalu bersedia untuk memulakan langkah tarian yang dipraktisnya kira-kira selama tiga bulan.

"One, two!" salah seorang daripada mereka yang merupakan ketua penari mula memberikan isyarat, lebih tepat lagi, dia memberikan isyarat tersebut kepada ahli mereka yang paling muda kerana risau jika dia tersilap masuk muzik.

Keempat-empat orang ahli mula memusingkan badan mereka perlahan. Lalu, menggerakkan badan mereka mengikut rentak. Memandangkan rentak lagu itu agak perlahan kerana ingin menonjolkan rasa romantik, jadi tarian mereka tidaklah begitu sukar dan berbelit kerana ianya bukanlah sebuah muzik yang rancak.

Namun, ianya tidak bagi ahli mereka yang paling muda, Niel.

Sudah sampai ke bahagian korus lagu, semua ahli H-Boys mula mengerutkan dahi masing-masing dan membuat muka. Tetamu-tetamu juga ada yang sudah tertawa.

Mengapa? Kerana Niel mula membuat salah lagi! Dia tersilap langkah tarian tetapi dia masih tidak sedar akan kesalahannya itu. Dia tetap menari sambil tersenyum lebar.

Lalu,

Kedebuk!

"Ahhhh!!" Niel menjerit sambil tangannya memegang punggungnya yang pedih akibat terjatuh dari pentas.

Sekali lagi muzik diberhentikan. Dua orang pengawal keselamatan yang bertugas di situ mula membantu Niel untuk berdiri lalu memapah lelaki muda itu masuk ke dalam rumah.

Rakan-rakan tariannya yang lain sudah memeluk tubuh, tanda geram. Niel sering merosakkan persembahan mereka tetapi kerana kekacakan Niel jugalah, H-Boys mempunyai ramai peminat dari golongan gadis-gadis muda.

Niel dibawa ke sebuah bilik tetamu di tingkat atas.

Pengurus kumpulan tariannya yang telah menyaksikan peristiwa tadi, segera masuk ke dalam bilik itu lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Niel.

Dua orang pengawal keselamatan itu tadi menundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat sebelum beredar dari situ. Kini, hanyalah Niel dan pengurusnya berdua di dalam bilik tersebut.

Muzik dari luar juga dapat didengarinya. Pasti ahli tariannya yang lain sedang mengulang semula persembahan yang tertunggak tadi tanpanya.

"Ehem," pengurusnya, Kang Jae-wook berdehem.

Jantung Niel sudah mula berdebar-debar. Pasti dia akan dimarahi lagi kerana kerap melakukan kesilapan.

"On December is your group's tour at Kuala Lumpur, right?" dengan slang Bahasa Inggeris yang lancar, Kang Jae-wook bertanya.

Niel menganggukkan kepalanya beberapa kali. "Y-yes.., why, sir?" tanya lelaki muda berumur 21 tahun itu.

"So, that will be your last performance. Then, you need to join the dancing class to improve your bad dancing skills," tenang Kang Jae-wook mengeluarkan kata-kata. Mata Niel sudah terbeliak.

"What do you mean, sir? But we have other countries to go after Kuala Lumpur. It's almost 5 countries but why I can do my performance only at Kuala Lumpur?" Niel sudah memberontak. Takkanlah dia hanya boleh turut serta persembahan di sebuah negara sahaja. H-Boys takkan lengkap tanpanya!

"I know. So that's why I decided to cancel your tour performance at other countries. So, H-Boys only need to do performance at Kuala Lumpur, then you guys need to wait until you already improved your dancing skills," jelas Kang Jae-wook. Lalu, jarinya membetulkan kaca matanya yang hampir jatuh.

Niel menundukkan kepalanya. Secara jujurnya, dia memang tidak gemar untuk menyertai kelas tarian kerana gurunya amat tegas. Boleh tercabut lutut kerana setiap hari perlu mengulang satu langkah tarian kira-kira 100 kali!

Kang Jae-wook berdiri, lalu melangkah keluar dari bilik itu, meninggalkan Niel keseorangan yang sedang diselubungi dengan rasa kekecewaan.

****

"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi, Rusydina!"

Ruang tamu rumah sepupuku itu dihiasi penuh dengan belon berwarna merah jambu, sesuai dengan dirinya yang agak manja dan comel itu.

Setiap ahli keluarga menepuk tangan setelah usai menyanyikan lagu hari jadi kepada Rusydina.

Rusydina tersenyum lebar lalu bersedia untuk meniup lilin yang dicucuk pada kek hari jadinya yang berperisa red velvet itu. Nyum, tak sabarnya aku nak makan!

"Dina harap Dina boleh jumpa Niel!" amboi, orang lain buat permintaan dalam hati, dia boleh pula cakap kuat-kuat. Dengan perasaan yang gembira, dia meniup lilin keknya dan disambut dengan tepukan ahli keluarga, termasukku juga.

Aku yang setia berdiri bersebelahan dengan sepupuku itu, ditarik lalu dipeluk olehnya. Aku dengannya memang rapat sejak kecil lagi memandangkan kami berdua sebaya.

"Happy birthday, Rusydina!" ucapku setelah pelukan kami direnggangkan. "Terima kasih, Yaya! Aku sayang kau," balasnya sambil tersengih.

"Aku harap satu hari nanti kau dapat jumpa idola kau tu. Apa nama dia? Nil? Nail?"

"Ish, kau ni! Niel-lah!" jawab Rusydina sambil menepuk bahuku.

Walaupun sakit, aku hanya tahan sambil tersenyum perit kerana takkanlah mahu memarahi birthday girl, kan?

Kek mula dipotong dengan teliti lalu diberikan kepada setiap tetamu.

Aku menikmati kek itu bersama dengan ibu-ibu saudaraku yang sudah lama tidak berjumpa kerana majoriti ahli keluargaku bekerja di luar negara.

Aku sangat teruja jika dapat berkumpul bersama-sama kerana dapat mendengar cerita tentang pengalaman mereka di negara orang. Walaupun aku sering melancong ke luar negara, aku tetap gemar mendengar pengalaman-pengalaman mereka seakan aku tidak pernah ke sana lagi.

"Yaya!" panggil Rusydina, lalu duduk di sebelahku bersama beberapa buah kotak hadiah. Lalu, dia meletakkan kotak-kotak tersebut di sebelahnya lalu memelukku. Haih, manja betul sepupu aku sorang ni!

Tiba-tiba, salah seorang ibu saudaraku yang merupakan ibu Rusydina mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya.

"Honey, this is for you,"

Kim Seung-hyu Where stories live. Discover now