CHAPTER 16

24 11 0
                                    

Pelukan aku dengan ibu dileraikan. Ibu mengelap pipinya yang basah. Telingaku terdengar juga yang dia tersedu perlahan.

Aku memuncungkan mulut. "Alah, ibu! Janganlah nangis. Yaya kejap je... Dua bulan saja dekat sana," jawabku dengan nada merajuk.

Ibu memaksa dirinya untuk tersenyum. "Yalah, ibu tak nangis. Barang-barang semua dah bawa? Tak tinggal apa-apa?" tanya ibu untuk mendapatkan kepastian.

Aku segera menganggukkan kepala dengan yakin. "Ibu minta maaf tak dapat hantar ke airport. Ibu ada meeting kejap lagi," beritahu ibu. Aku sekadar mengangguk.

Lagipun aku memang mengharapkan ibu dan ayah tidak menghantarku kerana risau jika mereka dapat tahu bahawa aku pergi ke Korea bersama Aliff.

Lalu, aku bersalaman dengan ayahku pula. "Hati-hati dekat sana. Dengar cakap Aunty Dyane," ayah memberikan arahan. Aku mengangguk laju.

Pon! Pon!

Tak lama kemudian, perkhidmatan Grab yang aku order melalui telefon pintar sudah pun tiba. Lalu, aku menarik bagasiku menuju ke teksi tersebut. Sempat aku melambaikan tangan kepada kedua-dua orang ibu bapaku sebelum masuk ke dalam perut kereta.

****

Selendang putih yang berkelipan dan berkilat itu dililitkan pada bahagian kepala Shafiqah. Sempat tukang solek yang diupahnya membetulkan solekan pada wajah gadis itu.

Usai dihias, Shafiqah diminta berdiri untuk melihat penampilannya di hadapan cermin.

Shafiqah berasa sangat berpuas hati dengan penampilannya. Wajahnya cukup berseri-seri kerana selama ini dia tidak pernah bersolek secantik ini.

Gaun berwarna putih yang disarungkannya kelihatan sungguh elegen dan cantik.

Walaupun ini merupakan perkahwinan yang ditentukan oleh ahli keluarga, Shafiqah tetap gembira kerana dapat berkahwin dengan anak orang kaya. Malah, bakal suaminya sangat kacak dan mampu membuat sesiapa sahaja cair dengan pandangannya.

Pintu dikuak lalu Datin Maryana kelihatan. Datin Maryana tidak sabar untuk melihat penampilan bakal menantunya, sebab itulah dia masuk ke dalam bilik.

"Amboi, cantiknya bakal menantu aunty ni," puji Datin Maryana lalu duduk di atas hujung katil. Shafiqah menoleh memandang bakal ibu mertuanya itu.

"Biasa-biasa sajalah, aunty..."  balas Shafiqah sambil tersenyum malu.

Tiba-tiba, pintu bilik Shafiqah dibuka. Serentak kesemua orang di dalam bilik itu memandang ke arah pintu.

Kelihatan abang sulung Shafiqah, Shafiq sedang tercungap-cungap. Mungkin dia sedang berlari tadi.

"Kenapa ni, along?" tanya Shafiqah setelah mendapatkan abang kesayangannya itu.

Shafiq memandang Shafiqah tepat, membuatkan Shafiqah berasa amat risau.

"A-Aliff..."

Datin Maryana yang terdengar nama anak lelakinya dipetik, terus bangun. "Kenapa dengan Aliff?" tanya Datin Maryana tegas.

Shafiq yang masih termengah-mengah segera memandang Datin Maryana. "A-Aliff... Di-dia hilang..."

Kim Seung-hyu Where stories live. Discover now