Annyeong-haseyo, pembaca-pembaca semua!
Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa cerita Kim Seung-hyu yang ditulis dari hati saya ini bukanlah sebuah cerita yang bertemakan fan-fiction namun sebaliknya ia merupakan cerita bertemakan teen-fiction di mana watak utama, Yaya Suhaila sedang mencari hala tujunya selepas tamat SPM.
Pada mulanya saya ingin menamakan watak utama sebagai Kim Tae-hyu tetapi risau jika ada yang keliru kerana ingatkan yang nama tersebut diberikan sempena nama sebenar V daripada kumpulan BTS.
Nama keluarga Kim dipilih atas sebab target saya untuk cerita ini bukanlah kepada peminat drama Korea semata, tetapi dari semua kalangan pembaca.
Bayangkanlah, jika saya memilih nama keluarga Jeon, Ryu atau Song, pasti ia akan mengelirukan buat pembaca yang tidak biasa dengan cerita-cerita Korea, sebaliknya lebih selesa dengan nama keluarga Kim atau Lee kerana nama-nama keluarga tersebut lebih terkenal.
Untuk Seung pula, saya suka sebutannya kerana seperti menyebut Song tetapi Song selalunya dijadikan sebagai nama keluarga. Jadi saya memilih Seung.
Seterusnya, Hyu. Ah, itu saya main hentam saja. Haha...
Jadi, di sini saya mahu semua pembaca memahami bahawa cerita saya tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pelakon ataupun penyanyi Korea Selatan di luar sana.
Saya juga ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa atau kesalahan penggunaan ayat sama ada ketika saya menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Korea.
Saya juga mengharapkan doa dari kalian agar saya diberikan peluang untuk memenangi anugerah #Wattys2020 serta sebarang pertandingan yang saya sertai.
Assalamualaikum,
Yaya Madzlan
YOU ARE READING
Kim Seung-hyu
Teen FictionDemi merealisasikan kehendak Encik Crush iaitu bersama-sama menjadi seorang penyanyi, Yaya Suhaila tekad untuk mengejar sinar harapan di kota Korea Selatan yang sememangnya terkenal dengan ahli bidang hiburan yang berbakat. Kata pepatah, "hujan emas...